Aug 23, 2011

Arsenal Menuju Kehancuran?


Sebagai salah seorang peminat setia bola sepak, kita semestinya mengetahui kelab ini. Kelab Arsenal FC atau nama gelarannya, ‘The Gunners’. Sebuah kelab England yang berpangkalan di utara London.

Arsenal bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan merupakan antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Untuk rekod, Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Sejarah Arsenal

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886. Pada tahun 1913, mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006.

Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.

Arsenal juga merupakan ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.

Di Ambang Kehancuran?


Jika dilihat kini, Arsenal seolah-olah semakin kehilangan punca. Kekalahan baru-baru ini kepada Liverpool seolah-olah memberi gambaran akan kegetiran yang melanda pada kelab utara London tersebut.

Pada perlawanan tersebut, Liverpool seolah-olah memperlekehkan Arsenal dengan meletakkan kesebelasan utamanya daripada kalangan pemain simpanan. Namun masih mampu memenangi perlawanan dengan dua gol berbalas kosong. Untuk rekod, inilah kemenangan pertama Liverpool ke atas Arsenal di stadium Emirates.

Selain itu, kisah saga perpindahan para pemainnya disebabkan kurang keyakinan terhadap keupayaan Arsenal memenangi medal kemenangan menjadi topik utama perbincangan para penyokong Arsenal. Arsenal sudah 6 tahun kemarau kemenangan trofi. Satu rekod yang sangat memalukan untuk sebuah kelab yang hebat seperti Arsenal.

Selain itu, para pemain bintang kelihatan tidak mahu bermain dengan Arsenal. Kebanyakan bintang yang dikaitkan dengan Arsenal tidak mahu menyertai Arsenal dengan sebab-sebab yang kita sudah ketahui. Sama ada Arsenal terlalu kedekut hendak membayar ataupun tidak yakin dengan keupayaan Arsenal untuk memenangi trofi kemenangan.
Tiada Jalan Penyelesaian?

Arsenal sebagai sebuah kelab yang mempunyai sejarah yang hebat harus melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan ini. Beberapa polisi harus di ubah demi menjayakan kelab tersebut.

Prinsip membeli pemain dengan harga yang murah harus di teliti semula. Tidak dinafikan harga yang mahal tidak menjamin kehebatan seseorang itu, namun itulah risiko yang harus diambil.

Lihatlah bagaimana Real Madrid sanggup mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk membeli Ronaldo pada musim 2008 lalu. Memecah rekod dunia ketika itu dengan yuran menjangkau 80 Juta Euro. Harganya sangat mahal namun hasilnya Ronaldo kini mampu menjadi senjata utama mereka.

Arsenal juga seharusnya tidak menjadikan alasan umur pemain mereka yang masih muda sebagai alasan kepada kegagalan yang mereka hadapi kini. Sudah enam tahun berlalu. Namun sehingga kini masih tidak jelas siapakah pemain muda yang betul-betul menyerlah untuk Arsenal

Akhirnya, Arsenal sebagai salah sebuah kelab berpengaruh di England harus bangkit segera daripada kemelut yang berlaku kini. Jangan terus beralasan kerana penyokong sudah muak dengan alasan yang diberikan. Masa sudah terlalu lama diberikan. Bawalah perubahan untuk kejayaan kelab anda sendiri.

Pandangan anda pula bagaimana?

1 ulasan:

ZWAN SABRI said...

tula pasai.. Arsenal kena bangkit drpd kemelut ni klaw nk terus gah di arena bola sepak liga inggeris.. tapikan, kalau Arsenal hancur pown bagus jugak sbb aku x minat arsenal.. HAHA


MySuaraBlog: Contest Aku Berpuisi : 31 Ogos Datang Lagi

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan