Dec 30, 2011

Mengabadikan Gambar Kenangan ^^

Sempena penghujung tahun masihi pada 2011 ini, sengaja saya letakkan beberapa gambar sebagai kenangan. Meskipun ia sekeping gambar, namun terselit 1001 satu makna bagi setiap gambar di bawah ini.

1) Bersama sahabat-sahabat PERMAS UM


2) Kenangan bersama kerajaan Negeri Selangor di dalam satu program. Tak ingat program apa...

Dec 27, 2011

26.12.2012; Terima kasih Semua


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk terus bernafas di dunia ini. Masih mengizinkan saya untuk bersama keluarga, rakan-rakan dan semua kenalan saya. Syukur Ya Allah. Hanya kepada-Mu aku sembah dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan.

26.12.2011, genaplah usia saya iaitu 22 tahun. Kebetulan, saya juga berkongsi tarikh dengan tsunami yang berlaku di Indonesia 7 tahun yang lalu. Kalau tokoh tidak pasti pula. Mungkin ada yang boleh berkongsi dengan saya siapakah tokoh yang sama tarikh dengan saya itu?

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan. Pelbagai cara digunakan. Ada yang guna Facebook, ada yang guna sistem pesanan ringkas dan ada juga yang terus menelefon.

"Akmal, selamat hari lahir"

"Sanah Helwah"

"Hb"

Begitulah antara ucapan-ucapan yang saya terima. Rasa sangat gembira dan dihargai. Tidak kurang juga yang memberi nasihat selain daripada mendoakan kesejahteraan saya.

Apapun maaf sebab saya tidak dapat memberi apa-apa sebagai balasan. Cukuplah saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Insyallah :)

Dec 16, 2011

Kenangan Sekolah Menengah (Madrasah Idrisiah)


Artikel ini ingin saya kongsi berkenaan kisah sebuah persahabatan. Sengaja saya nukilkan kisah ini kerana bagi saya, nilai sebuah persahabatan ketika di sana sangat tinggi dan tiada tolok bandingnya. Ia mempunyai nilai memorial yang tinggi buat kami semua yang pernah bersama.

Kadang-kadang menitis air mata ini mengenangkan kenangan yang pernah saya ukir bersama sahabat-sahabat saya di situ. Terlalu banyak kenangan untuk dikenang kembali. Sehinggakan terasa ingin sahaja kembali ke kenangan itu. Begitulah indahnya sebuah persahabatan itu.

Teringat memori di Idrisiah dahulu. Saya belajar di situ daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Sebuah Sekolah Agama Rakyat yang terletak berhadapan dengan Masjid Ubudiyah yang terkenal dengan keunikan binaannya yang tersendiri.

Dec 15, 2011

Berubah Perlukan Pengorbanan


Artikel ini sengaja saya tulis khas untuk golongan ahli gerakan Islam yang sentiasa skeptik dan statik dalam memikirkan sesuatu perkara. Melihat perubahan itu sebagai satu risiko dan bakal mendatangkan kesan yang negatif.

Suka saya ambil satu contoh, bagaimana pada zaman dahulu, orang tidak pernah melihat menjual air mineral sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana air mudah di jumpa di mana-mana. Malahan ia boleh di dapati daripada rumah sahaja.

Namun, sebuah syarikat Jepun telah mengambil inisiatif membotolkan air mineral dan dipasarkan di pasaran. Menakjubkan! Dalam beberapa tahun sahaja ia telah berjaya memperoleh keuntungan yang sangat banyak sehingga tidak pernah tercapai akalnya untuk mendapat keuntungan seperti itu.

Dec 14, 2011

Tarbiyah Manifestasi Siasah


Pertamanya, artikel ini sengaja saya nukilkan bagi menjawab beberapa persoalan sahabat yang saya rangkumkan di dalam satu tajuk. Tajuk yang berat ini akan saya sentuh seringkas yang mungkin untuk memberi kefahaman yang mudah. Ini adalah berdasarkan apa yang saya dapat sepanjang bergelar ahli gerakan Islam.

Acap kali, apabila disebut tentang siasah dan tarbiyah, pasti ramai yang melihatnya dalam dimensi yang berbeza. Seolah-olah siasah itu perbuatan yang asing dalam konteks kaca mata tarbiyah. Begitulah terjadi sebaliknya. Walhal ia sama sekali tidak benar.

Sengaja saya nukilkan tajuk di atas, iaitu tarbiyah manifestasi siasah. Ini kerana, sepanjang saya bergelar ahli gerakan mahasiswa Islam, saya tidak pernah diajar untuk membezakan antara siasah dan tarbiyah. Malahan ia perlu digerakkan secara seiring dan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Tarbiyah adalah unsur di dalam kehidupan. Sangat menyedihkan apabila ada kelompok tertentu yang mengasingkan elemen tarbiyah ini daripada kehidupan seharian. Kelompok ini hanya melihat tarbiyah itu dari kaca mata yang sempit. Ia sekadar melihat tarbiyah ini di dalam program mahupun manual yang dicipta oleh mereka sendiri.

Dec 13, 2011

Dirgahayu Tuanku Mizan


Akhirnya, setelah 5 tahun berkhidmat sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke-13, Tuanku Mizan telah selamat berangkat ke Terengganu. Sesungguhnya, sepanjang di bawah pemerintahan baginda, pelbagai kegemilangan di kecapi oleh Malaysia.

Diputerakan pada 22 Januari 1962, di Kuala Terengganu, Tuanku Mizan mendirikan rumahtangga dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Tuanku Mizan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 oleh Raja-Raja Melayu pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006.

Oct 12, 2011

Wanita Berhalqum, Apa Nak Jadi?


Dewasa kini, isu wanita berhalqum semakin menjadi-jadi. Wanita berhalqum ataupun bahasa mudahnya, golongan lelaki yang menyerupai wanita atau mak nyah, kini mudah kelihatan di mana-mana di tempat awam.

Menurut Profesor Madya Dr Teh Yik Koon, penulis buku "The Mak Nyahs Malaysian Male To Female Transsexuals", terdapat lebih kurang 100,000 mak nyah di Malaysia. Di mana 70 hingga 80 peratus adalah Melayu. Ini seharusnya menjadi kerisauan kita semua.

Tidak kita nafikan, golongan ini pastinya berhujah, ini hak mereka dan mereka lebih selesa menjadi sebegitu. Menjadi lelaki ini bukan fitrah mereka. Kubur kita asing-asing. Jangan jaga tepi kain orang. Malahan lebih teruk lagi, mereka menyalahkan ketentuan qada’ dan qadar dalam kelahiran mereka di dunia ini. Mereka berkata, asalnya mereka di cipta untuk menjadi seorang wanita, namun mereka telah tersalah lahir menjadi seorang lelaki!
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan