Feb 27, 2010

Muhasabah Diri Sebentar...


Kaki melangkah sambil hati berbicara. Bicara perihal peribadiku yang penuh dengan kejadian dan pengalaman. Pengalaman mengenai hidup sepanjang umurku didunia ini. Umur aku dilahirkan oleh ibuku yang teramat kusayang. Apalah yang ingin aku persembahkan tentang amalan ku di Akhirat kelak?

Adakah sudah memadai bagiku untuk melangkah bersama kekasih Allah ke Syurga idaman setiap manusia? Ataupun aku juga bakal menjejaki Syaitan Laknatullah ke neraka? Umurku pula bagaimana..adakah masa lagi bagiku untuk hari esok??

Feb 26, 2010

Masa Depan Malaysiaku


Sedar atau tidak Malaysia sekarang sedang mengalami satu transformasi dalam kehidupan masyarakat. Tsunami poloitik pada PRU ke-12 lalu sedikit sebanyak telah banyak mengubah landskap perubahan minda rakyat Malaysia.

Kebangkitan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak telah membuka minda masyarakat Malaysia sekarang. Kerajaan Malaysia bukan hanya boleh dipacu oleh satu pihak sahaja. Namun ianya boleh dipacu oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk memimpin Malaysia dengan adil dan telus.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat masih tidak dapat menerima perubahan yang berlaku namun ianya tidak mustahil jika pihak PR terus berusaha menunjukkan nilai politik yang sebenar. Namun perlu diingat, perjuangan tidaklah semudah bahasa yang bertutur kerana ia memerlukan pengorbanan sehebat Nabi Nuh.

Feb 24, 2010

Nota Peribadi

Hati ini merasa lemah dalam melalui lorong-lorong kehidupan. Ada sahaja halangan dan rintangan yang perlu kulalui. Bila sudah merasa tenang, pasti akan tiba rintangan lain yang perlu kuhadapi. Kadang-kadang rasa lelah dan putus asa timbul dari hati kecilku ini.

Namun, aku berfikir kembali, mungkin setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi. Tetaoi apakan daya, aku hanyalah manusia biasa. Lemah dalam menghadapi setiap ujian yang menimpa keatas diriku ini.

Aku beruntung kerana mempunyai ramai sahabat-sahabat yang membantuku. Mungkin inilah nilai sebenar sebuah persahabatan. Sangat menghiburkan hati dikala aku merasa kesusahan. Tidaklah merasa kesunyian dalam menghadapi tiap dugaan yang mendatang.

Feb 20, 2010

Liga Juara-juara Eropah 09/10


Peminat bola sepak tempatan kini pastinya akan merasai bahang bola sepak sepanjang tahun ini. Bermula dengan liga juara-juara eropah yang sudah memasuki fasa peringkat kalah mati sehinggalah kepada piala dunia yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Kini, peminat pastinya bakal merasai demam bola dengan bahang yang kian memuncak. Debaran semakin dirasai tatkala piala liga juara sudah memulakan sepak mula pada pagi 17hb Feb yang lepas.

Piala Liga Juara Eropah ini merupakan piala rebutan kelab elit Eropah saban tahun. Kita menyaksikan juara silih bertukar ganti. Namun kehangatannya tetap sama. Setiap tahun kita dapat menyaksikan bakat-bakat baru muncul dari kelab-kelab elit ini. Antaranya Kaka dan Messi.

Feb 17, 2010

Manusia adalah Hamba


Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 77 bermaksud "Wahai orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan abadikanlah dirimu kepada Tuhan kamu dan kerjakanlah kebaikan semoga kamu mencapai kejayaan,"

Manusia dijadikan Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Meskipun pada awalnya para malaikat menentang, namun akhirnya mereka akur dengan ketentuan yang ditentukan oleh Allah SWt. Allah SWt tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan kerana sesungguhnya Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Pernahkah sesekali kita berfikir mengapa Allah menggelar manusia ini sebagai hamba? Bukan sebagai menteri, ataupun pekerja, mahupun digelar sebagai orang gaji? Tiada lagi gelaran lainkah yang lebih sesuai untuk digunakan?

Jika difikir secara logik akal, konsep hamba sudah tiada lagi pada zaman globalisasi kini. Apa yang ada hanyalah istilah orang gaji yang ternyata berbeza berbanding dengan hamba.

Feb 14, 2010

Kisah dua Malaikat dan Hadiah Buat Manusia


Dikisahkan terdapat 2 malaikat diutuskan oleh Allah untuk turun ke Bumi. Seorang bernama Harut dan seorang lagi bernama Marut. Mereka dipilih oleh para malaikat. Allah SWt mengurniakan mereka keinginan sama seperti manusia serta kesemua nafsu yang dimiliki oleh manusia biasa.

Maka turunlah kedua mereka ke Bumi dengan izin Allah SWt. Mereka membawa dakwah dan menyelamatkan manusia dari kesesatan pada zaman Nabi Idris AS. Mereka juga menghukum manusia dengan adil dalam menentukan yang hak dan batil.

Feb 7, 2010

Cahaya Islam Makin Bersinar


Dunia kini melihatkan kebangkitan Islam. Perkara ini sedaya upaya dinafikan oleh media barat. Namun ia tidak dapat dirahsiakan lagi dari pengetahuan masyarakat dunia yang semakin bijak dan pandai mencari maklumat.

Meskipun peristiwa 11 September masih menghantui masyarakat Islam, namun ia sebenarnya membawa 1001 kebaikan kepada Islam sendiri. Agama Islam semakin subur di Negara-negara barat dan Amerika Syarikat sendiri.

Jika dilihat, selama hampir 2 dekad terakhir ini, jumlah umat Islam di dunia telah meningkat secara perlahan-lahan. Angka statistik tahun 1973 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Muslim dunia adalah 500 juta orang. Kini, angka ini telah mencapai hampir 1.5 milion orang.

Feb 4, 2010

Rahsia Nombor 7



Angka dan nombor sering dikatakanmempunyai rahsia tersendiri. Sesetengah orang menjadikan angka sebagai nombor bertuah mereka. Mereka menggunakan nombor tertentu dalam kehidpuan seharian mereka.

Antaranya seperti nombor telefon, nombor rumah, nombor plat kereta dan sebagainya. Masing-masing mempunyai alasan sendiri kenapa mereka menggunakan nombor tertentu.

Tidak kurang juga ada orang yang menjadikan nombor sebagai nombor igaun mereka. Bangun pagi sahaja sudah ingat nombor. Tidur pun kalau dapat mimpi, nak mimpi nombor. Boleh pergi ke kedai nombor selepas itu. Inilah golongan yang dipanggil ‘taik nombor’.

Feb 2, 2010

Istimewanya Kita!!


Umat Muhammad dilahirkan pendek usianya. Hanya sekitar 60 k 70 tahun sahaja. Berbanding dengan umat terdahulu. Mereka dikurniakan oleh Allah panjang usianya. Nabi Nuh misalnya wafat ketika usianya mencecah 950 tahun. Satu usia yang sangat lama.

Namun, umat Muhammad dikurniakan keistimewaan yang pelbagai. Solat fardu 5 waktu sehari semalam bersamaan jika kita melakukan 50 rakaat sehari semalam. Puasa 6 hari selepas Ramadhan dikurniakan Allah pahala ibarat berpuasa selama setahun.

Jan 23, 2010

Detik Kian Tiba...UM & PRK


Debaran kian terasa..bahang kian memuncak...
Masa semakin hampir..detik yang ditunggu sedang menanti..

UM bakal menghadapi satu lagi gelombang yakni pilihanraya kampus sesi 2009/2010. Pemilihan ini dilakukan setiap tahun bagi memilih wakil kepimpinan mahasiswa. Ia berkonsep demokrasi dimana calon dipilih melalui cara buang undi oleh mahasiswa ijazah dasar.

Seperti biasa, kali ini berlaku pertembungan antara Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Kedua-duanya memperjuangkan idealisme masing-masing. Tanpa mahu menyebelahi kepada mana-mana pihak, aku berdoa kalian berjaya dengan perjuangan masing-masing.

Jan 22, 2010

Pengajaran Penting Dari Kisah Lembu


Dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS, dikalangan bani Israel terdapat seorang lelaki yang tua namun tidak mempunyai zuriat. Dia hanya mempunyai anak-anak saudara yang miskin. Suatu hari orang kaya itu dibunuh namun tiada siapa tahu siapa pembunuhnya.

Ibn Kathir menjelaskan dalam Qasas al-Anbinya’ bahawa apabila tiba waktu pagi, anak-anak saudara si mati datang ke tempat kejadian, menangis dan mengutuk perbuatan si pembunuh. Mereka bertengkar sesama sendiri menuduh antara satu sama lain. Akhirnya mereka bertemu Nabi Musa AS bagi mengadu kejadian tersebut.

Lantas Musa AS berkata, “Siapakah antara kalian mahu bersumpah dengan nama Allah? Mengetahui tentang pembunuhan ini, nescaya aku akan ajar dia.” Ternyata tiada siapa yang mengetahui perkara tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan meminta Musa AS berdoa memohon keputusan dari Allah SWT.

Jan 18, 2010

Berjihad...namun masuk neraka


Rasulullah SAW memberitahu sahabatnya dalam salah satu peperangan tentang seorang lelaki yang akan dimasuki kedalam neraka. Walhal lelaki tersebut selalu berperang bersama-sama muslimin yang lain. Bertempur dimedan jihad menentang musuh-musuh Islam.

Para sahabat menjadi sangat terkejut. Lantas mereka mendekati lelaki tersebut dan bertanya perihalnya. Mereka mendapati sahabat ini sangat bersungguh-sungguh dalam berjuang dan berjihad menegakkan kalimah Allah. Namun dalam masa sama, sahabat ini mencederakan dirinya sendiri.

Jan 15, 2010

Pengajaran Kisah Burung kepada Pejuang Islam


Kisah Nabi Ibrahim AS dibakar oleh kaumnya pasti diketahui oleh kita semua. Pada masa itu, Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup kerana memecahkan ‘Tuhan’ kaumnya. Namun, dengan izin Allah, Nabi Ibrahim terselamat daripada terbakar. Maha suci kuasa Allah.

Apa yang menarik dalam kisah ini ialah bagaimana seekor burung yang ingin menyelamatkan Baginda. Dengan keupayaan yang ada, dia cuba hendak menyelamatkan nabi Allah itu. Dia mengambil air dari laut berdekatan menggunakan paruhnya. Lantas ia menyiram air yang dibawa ke kawasan pembakaran nabi Ibrahim.

Jan 14, 2010

Ada apa dengan Bola Sepak??


Sukan bola sepak sangat sinonim dengan kaum Adam. Sebut sahaja pasal pemain, pasukan dan sebagainya tentang bola sepak, pastinya dapat dijawab dengan mudah. Tambahan pula, teknologi kini memudahkan lagi untuk mendapat perkembangan semasa tentang bola sepak.

Semudah A B C. Boleh dilanggan samada dengan SMS mahupun dibaca dalam surat khabar ataupun dilayari di internet. Kesemuanya boleh diguna pakai bagi mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini bola sepak.

Malahan jika diperhatikan, antara bahagian yang selalu dilihat dahulu pada surat khabar adalah bahagian sukan selain hiburan. Ianya semacam menjadi satu trend bahagian sukan menjadi bahagian kegemaran para pembaca surat khabar termasuk penulis sendiri.

Jan 13, 2010

Tokoh 2..al-Ghazali


“Siapakah al-Ghazali?” Tanya seorang kawan kepada rakan-rakannya yang lain. Maka pelbagai pendapat diberikan. Namun, apa yang pasti, ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang daripada tokoh umat Islam. Kebanyakkan kenal secara kasar siapakah al-Ghazali ini. Digelar “Hujjatul Islam” disebabkan kehebatannya mempertahankan Islam.

Al-Ghazali sememangnya seorang tokoh yang dikenali baik kepada umat Islam mahupun Barat. Ds. Zwemmer seorang orientalis berasal dari Inggeris meletakkan al-Ghazali antara empat tokoh utama daripada kalangan Islam. Antaranya Nabi Muhammad SAW, Imam Bukhari dan Imam al-Asy’ari.

Jan 9, 2010

Mari Berfikir Kreatif!!


Dunia tidak pernah statik. Dunia kini amat berbeza dengan zaman atok dan nenek kita. Jika dahulu haiwan merupakan kenderaan utama, namun kini kereta telah menggantikan peranan tersebut. Selain itu, dek kecanggihan yang ada, kita mampu menghasilkan pelbagai lagi jenis kenderaan lain seperti kapal terbang dan kereta api.

Bagaimanakah perkara ini berlaku? Ianya memerlukan suatu proses pemikiran yang kreatif lagi inovatif. Tidak kaku dan tertutup. Perubahan membolehkan kita berkembang. Perubahan yang terhasil membolehkan kita menyelesaikan masalah yang timbul, membuka peluang baru dan bersaing dengan orang lain.

Jan 8, 2010

Tokoh 1..Salahuddin al-Ayubi


Salahuddin Al-Ayubi salah seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam sejarah umat Islam. Sebut sahaja nama beliau, pastinya kebanyakkan kita kenal kepada beliau. Hal ini dek kerana kehebatan beliau dalam menawan Palestin dari tentera Yahudi. Setelah hampir 80 tahun

Palestin berada pada tangan Yahudi, akhirnya Salahuddin berjaya menawan kembali Palestin. Salahuddin terkenal baik dalam kalangan umat Islam mahupun musuh. Beliau juga

Jan 4, 2010

Teruja dan Tertanya..


Pada 16 Februari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman. Ianya bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly adalah haram.
Baginya perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Kemudian, keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain. Ianya mengundang pelbagai polemik kepada parti politik, NGO-NGO, mahasiswa mahupun kepada individu. Kesemua mereka memberi respon menentang sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Jan 3, 2010

Tulisan Jawi Semakin Terancam!!


Tulisan jawi semakin hilang dikikis zaman. Tidak percaya, pergilah buat bancian pada anak-anak muda sekarang. Pastinya hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui cara untuk membaca tulisan Jawi. Ianya merupakan satu berita sedih buat kita semua.

Bagi sesetengah orang mungkin perkara ini biasa, namun ia sewajarnya diberi perhatian yang khusus seterusnya memertabatkan semula tulisan jawi di mata masyarakat kita. Janganlah dibiarkan perkara ini dari terus berlarutan. Jika dibiarkan berlarutan, pastinya ia akan memberi kesan negetif kepada generasi pelapis.

Menurut Azizi Abdullah (2006), daripada perspektif sejarah, tulisan Jawi adalah berasal daripada tulisan Arab dan orang Melayu meminjamnya untuk mengganti tulisan Hindu yang sekian lama digunakan pada awal kemasukan Islam.

Jan 2, 2010

Azam Baru, Wajah Pun Kena Baru


Selamat Tahun Baru Masihi Diucapkan kepada semua rakyat dunia sekalian!! Sedar tak sedar, kita sudah berada pada tahun 2010. Rasanya baru semalam merayakan tahun 2000 bersama keluarga. Kini sudah sepuluh tahun ia berlalu. Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita.

Alhamdulillah, dengan ruang dan peluang yang ada, aku mampu mengubah ‘layout’ blogku ini. Ia sebagai azam baruku sempena tahun 2010. Walaupun blogku ini tidaklah seberapa, namun ia banyak mengajarku erti menulis dan menambah pengetahuan. Pelbagai perkara baru telah dapat kurasai sepanjang aku mula memiliki blog ini.

Dec 31, 2009

2009 Kian Melabuhkan Tirainya..Satu Muhasabah


Tahun 2010 semakin hampir. Ia bermakna semakin dekat dengan tarikh ajalku. Bila masa dan bagaimana aku menghadapinya, hanya Allah SWT saja maha mengetahui. Sebagai hamba, aku perlu akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh NYA. Kerana dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah Maha penyayang lagi maha mengetahui.

Sebelum bermula tahun baru, suka sahaja aku mengimbas kenangan 2009 yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Pelbagai perkara berlaku pada tahun 2009. Samada berlaku pada diriku sendiri ataupun dalam Negara mahupun luar Negara. Kesemuanya mempunyai taksiran sendiri oleh Allah SWT.

Bagiku, perkara paling penting yang terjadi pada tahun 2009 ialah aku berjaya melangkah kaki meneruskan perjuangan ilmuku ke UmKL. Memang dari sekolah menengah lagi aku sememangnya mahu menuntut ilmu di universiti tertua di Malaysia ini.

Dec 28, 2009

Fanemona Artis Kini Membimbangkan..


Artis Malaysia kini tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara faktor utama ianya disebabkan kebanjiran pelbagai program realiti televisyen saban tahun. Ianya seakan tidak akan berakhir malahan bertambah banyak. Tidak cukup dengan golongan remaja dan dewasa menjadi sasaran, anak-anak kecil juga tidak terlepas dari fenomena ini.

Ibu-bapa pula seakan memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak mereka dalam menyertai program-program sebegini. Tidak kurang juga ada yang telah melatih anak-anak dari kecil lagi. Anak-anak dihantar kekelas dan latihan suara. Alasan mereka bagi mengembangkan bakat-bakat anak-anak mereka.

Dec 26, 2009

26 Disember Segalanya Bagiku


Alhamdulillah!! Itulah kata-kata yang mampu saya luahkan pada tarikh 26 Disember ini. Rasa bersyukur sangat kerana masih diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT yang telah mengurniakan saya kehidupan sehingga kehari ini. Sungguh tidak terbalas. Hanya mampu memanjat setinggi-tinggi kesyukuran tanda kedaifan diri ini.

Syukur Ya Allah..kau masih memberi hambamu ini nyawa dan peluang untuk terus hidup di muka bumimu ini. Sungguh kuakui aku masih banyak kekurangan dan kelemahan, namun aku sentiasa berharap apa yang kulakukan selama ini adalah untuk agama dan untuk keredhaanMu Ya Allah. Tanpa keredhaanMu, siapalah diriku ini. Hanya insan lemah bergelar manusia.

Dec 24, 2009

Ayuh! Kita Berjemaah..


Manusia merupakan makhluk Allah yang paling sempurna kejadiannya. Manusia dikurniakan akal fikiran bagi berfikir baik buruk selain nafsu yang menguji tahap keimanan manusia itu sendiri. Hatta malaikat juga diperintahkan oleh Allah untuk sujud kepada nabi Adam. Begitu hebat dan tingginya darjat makhluk Allah bergelar insan ini.

Namun, manusia tidak dapat hidup secara sendirian. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi Allah ini. Ia bermakna peribadi manusia itu tidak terlepas dari kehidupan bermasyarakat dan berkawan. Tiada siapa yang mampu hidup secara bersendirian tanpa bantuan daripada manusia yang lain.

Dec 21, 2009

Rakyat Malaysia; Maafkanlah Orang Tak Berdaya Ini


Islam menganjurkan umatnya berlapang dada dan saling bermaafan antara satu sama lain. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai ‘al-afw’ bererti melepaskan, membuka dan menanggalkan. Manakala dari segi istilah pula memberi maksud memberi maaf kepada orang lain tanpa cerca, tanpa rasa sakit hati dan tanpa dendam.

Firman Allah SWT dalam surah Nur ayat 22 “…dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Dalam sirah, kita boleh lihat bagaimana sikap Nabi Yusuf memaafkan abang-abangnya. Baginda dianiaya oleh abang-abangnya dengan dicampakkan kedalam perigi yang gelap-gelita. Kemudian ditinggalkan dalam hutan belantara seorang diri. Dengan izin Allah baginda diselamatkan dan akhirnya menjadi menteri di Mesir.

Dec 19, 2009

Kemenangan Luas Maknanya


Kemenangan merupakan anugerah yang sangat berharga. Ia merupakan satu impian dan harapan yang wujud pada setiap panglima perang yang sedang berperang dalam peperangan, setiap parti politik yang bertanding dalam pilihanraya, setiap ahli tinju yang sedang bertarung dalam gelanggang dan setiap pelumba yang sedang berlumba di litar.

Kemenangan menjadi matlamat akhir dan dijadikan indikator bagi menilai prestasi diri masing-masing. Menurut Sun Tzu, dalam bukunya ‘The Art of War’ menyatakan kemenangan dalam peperangan yang mutlak adalah kemenangan tanpa pertempuran. Manakala William Hazlitt dalam bukunya, ‘On Great and Little Things’ menyatakan kalau anda fikir anda menang, anda akan menang.

Dec 10, 2009

Luqman al-Hakim motivater dari Quran

Luqman al-Hakim merupakan seorang tokoh ilmuwan islam yang sangat masyhur. Bukti paling nyata yang boleh kita lihat ialah kisah beliau telah tercatat dalam al-Quran. Hatta nama surah pun bernama Luqman. Begitu tinggi Allah mengangkat martabat seorang hambaNya yang bernama Luqman al-Hakim ini.

Sebahagian para ahli bijak pandai berpendapat bahawa Luqman al Hakim merupakan seorang arif budiman, bukan seorang seorang nabi. Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar pula menulis bahawa Luqman dan Maryam bukan seorang nabi. Sebenarnya kedua-duanya tergolong sebagai siddiqin.

Diriwayatkan Jibrail A.S ketika menyuruh Luqman al-Hakim memilih antara kenabian dan hikmah, maka Luqman al-Hakim memilih hikmah. Kemudian Jibrail mengusap dada Luqman al-Hakim dengan sayapnya, lalu Luqman berbicara dengan untaian mutiara hikmah.

Dec 7, 2009

Malaysiaku yang tersayang..

Salam sejahtera dan salam perkongsian ilmu diucapkan kepada semua pembaca sekalian. Kali ini penulis amat berminat ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang isu-isu yang telah berlaku di Malaysia kini. Jika dilihat di surat khabar, pelbagai kisah politik yang berlaku. Ianya dilihat sangat kritikal dan panas.

Bermula dari isu perpecahan dalaman MCA, isu tauliah di Selangor, isu demonstrasi di P.Pinang, Kelantan, dan Perak, isu BTN di Selangor, sehinggalah kepada isu doa sekarang. Isu-isu ini kini hangat diperkatakan di kedai-kedai kopi dan di pejabat-pejabat baik awam mahupun swasta. Kesemua isu ini mencerminkan keadaan politik Malaysia yang penuh warna-warni.

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai isu politik yang berlaku kerana bagi penulis ada yang lebih ahli dalam bab-bab ini. Cukuplah sekadar menjadikan apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada penulis sebagai generasi muda yang bakal menggantikan kepimpinan Malaysia ini satu masa nanti. Insyallah.

Seterusnya bagaimana keadaan pasukan bola sepak Malaysia yang mengalami kekalahan di Laos. Tidak cukup dengan kekalahan itu, pasukan Malaysia juga dipalit dengan isu yang memalukan apabila menyerbu pengadil setelah wisel penamat dibunyikan. Secara peribadi penulis merasakan apa yang berlaku sangat memalukan Malaysia sendiri.

Adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Apa yang penting kita perlu kembali kepada tujuan asal kenapa pertandingan itu dianjurkan. Ianya tidak bukan untuk memupuk sikap kesukanan antara pemain selain merapatkan hubungan antara Negara-negara Asia Tenggara.

Namun insiden itu menyebabkan matlamat itu kelihatan tersasar. Seolah-olah menang menjadi perkara lebih utama berbanding sikap kesukanan dan kerjasama antara pemain. Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh para atlit Malaysia umumnya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia khususnya. Perkara ini seharusnya tidak berulang lagi.

Seterusnya bagaimana kehandalan skuad badminton Malaysia yang berjaya merangkul hatrik buat kali kedua berturut-turut pada kejohanan penutup Super Siri Badminton yang berlangsung di Johor. Tahniah diucapkan kepada para pemain Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Apapun pencapaian ini tidak boleh dijadikan kayu ukur terbaik kerana kebanyakan pemain terbaik dunia terutama dari China yang tidak menyertai pertandingan ini. Ianya memudahkan lagi para pemain Malaysia untuk memenangi pertandingan ini tanpa perlu manghadapi lawan yang sukar. Dan tahniah sekali lagi kerana mereka berjaya membuktikan telahan tersebut.

Seterusnya bagaimana terdapat beberapa negeri di semenanjung Malaysia yang mengalami hujan dan menyebabkan banjir dibeberapa kawasan. Bermula di utara tanah air, kemudian kini disusuli dengan negeri pantai timur. Di negeri-negeri lain hanya hujan lebat dilaporkan sepanjang hari. Sesungguhnya hujan yang turun merupakan anugerah dan nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya.

Akhirnya, cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian penulis dengan pembaca yang dikasihi sekalian. Walau apa yang berlaku dan terjadi di Malaysia ini, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu cakna dan prihatin. Janganlah sekadar menjadi rakyat yang mementingkan diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membantu Malaysia kita ini. Sekian saja, terima kasih sudi baca =)

Dec 3, 2009

Solat Anugerah Tidak Terhingga


Solat merupakan kurniaan Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Manakala bagi orang yang munafik atau lemah imannya, mereka akan menganggap solat itu sebagai satu beban. Terdapat juga golongan yang bagi mereka cukuplah sekadar sekali seminggu yakni sembahyang Jumaat. Bahkan lebih parah lagi, ada yang hanya bersembahyang dua kali setahun yakni pada hari raya sahaja. Itupun usai sahaja sembahyang sudah hilang bayang-bayangnya.

Sangat sedih sekali apabila mengenang perkara sebegini berlaku pada umat Muhammad kini. Sangat jauh berbeza dengan umat-umat dahulu kala. Solat yang merupakan asas kepada agama dianggap perkara yang remeh dan tidak lagi penting.

"Jika ada masa, aku solatlah, kalau takde masa, aku nak buat macam mana." monolog seorang pemuda.
"Ala, usia muda lagi, nanti dah tua nanti aku taubatlah!" bentak seorang Dr kepada sahabatnya.

Apakah sebenarnya telah berlaku pada umat Islam kini sehinggakan solat dianggap perkara yang remeh? Walhal solatlah perkara pertama yang akan dihisap di Akhirat kelak. Jika tidak lepas soalan ini, maka siaplah kita denagn azab Allah yang telah tersedia menanti kita.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya amalan manusia yang pertama sekali akan dihisap pada hari Kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya, maka beruntunglah dia; sekiranya buruk ibadat solatnya, maka rugilah dia.” (H.R Tarmidzi, an-Nasai’e, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

Seterusnya dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :
Diriwayatkan daripada Jabir R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Antara seorang hamba dan kekufuran itu ada batas pemisah, iaitu perbuatan meninggalkan solat.” (H.R at-Tarmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kenapakah Rasulullah sangat menyuruh umatnya menjaga solat? Penting sangatkah solat ini? Hal ini kerana solat merupakan tiang agama. Dalam al-Quran banyak ayat yang menerangkan kepentingan mendirikan solat ini.

Antaranya :
Sesungguhnya Aku Ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain aku, Maka sembahlah Aku dan Dirikanlah solat untuk mengingat Aku.(Surah Toha ; 14)
Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat.

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan- perbuatan keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Ankabut ; 45)

Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Mukminun ; 9-11)


Berdasarkan ayat al-Quran di atas, kita dapati betapa beruntungnya orang yang menunaikan solat. Selain sebagai benteng diri dari melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT, kita juga di jamin mendapat Syurga Firdaus. Sangat tinggi ganjaran yang telah Allah bagi kepada hamba-hambaNya yang menunaikan sembahyang.

Seterusnya, kajian sains juga menunjukkan betapa banyaknya manfaat yang boleh kita perolehi dengan menunaikan sembahyang ini. Bermula dari mengambil wudhu sehinggalah kita memberi salam dan berdoa. Kesemuanya memberi manfaat kepada kita balik. Maka sangat rugi orang yang menganggap sembanhyang ini sekadar perkara biasa tanpa mengetahui 1001 hikmah disebaliknya.

Solat sering dikaitkan dengan ketenangan jiwa. Apabila jiwa kita tenang, maka sistem tubuh badan kita akan turut sama tenang. Ianya sekaligus membantu peredaran darah menjadi lebih lancar dan sempurna. Seterusnya menjadikan perjalanan tubuh badan kita lebih baik.

Solat yang dilakukan dengan sempurna sebanyak 17 rakaat sehari merupakan senaman yang dilakukan secara tidak sedar. Ia di tambah lagi dengan bilangan rakaat solat sunat yang lain pastinya menambahkan lagi tahap kesihatan tubuh badan kita.

Tambah unik apabila sebelum solat, kita akan membasuh sebahagian daripada anggota badan kita. Ianya dilakukan 5 kali sehari dan pada waktu yang sangat sesuai dengan keperluan tubuh badan manusia.

Sungguh unik dan menarik jika kita mahu merungkai keistimewaan disebalik solat 5 waktu ini. Betapa uniknya ia sehingga ia memberi kita banyak kebaikan tanpa kita sedari. Lebih menarik ianya telah disyariatkan lebih 15 abad yang lalu. Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan perkara ini dengan sebaik mungkin.

Sebelum mengakhiri kalam saya, saya berharap moga kita semua dapat melaksanakan ibadah solat ini sebaik mungkin. Solat yang diterima akan mencegah kita dari melakukan perkara yang mungkar. Jadi jika kita tertanya adakah solat kita diterima atau tidak, hisablah diri kita. Bagaimana akhlak kita sebagai seorang muslim. Tepuk dada tanyalah Iman!!

Nov 30, 2009

Perjanjian Hudaibiyah..satu renungan

Setelah beberapa tahun umat Islam berhijah ke Madinah, timbul satu perasaan rindu dalam hati mereka kepada Mekah. Tambahan, Mekah merupakan asal kelahiran mereka. Bak kata pepatah melayu, ‘Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri’. Biar seronok dan makmur sekalipun di Negara asing, namun Negara kelahiran lebih diingati.

Setelah para sahabat memberitahu perkara ini kepada Rasulullah, mereka kemudian berbincang. Hasilnya, mereka sepakat mahu pergi ke Mekah bagi melakukan umrah pada tahun itu. Kerinduan mereka kali ini tidak lagi dapat dibendung. Selain itu, mereka juga ingin melawat sanak-saudara mereka yang masih berada disana.

Setelah mengatur segala persiapan, Rasulullah bersama 1500 orang sahabat berangkat ke Mekah. Setelah sampai di Hudaibiyah, rombongan umat Islam ini didatangi utusan Mekah, Budail bin Warqa’. Baginda menerangkan kepada Budail bahawa kedatangan mereka bukanlah hendak berperang sebaliknya ingin menziarahi Baitullah. Perkara itu kemudiannya disampaikan kepada kaum Quraisy.

Kemudian, Rasulullah mengutuskan Saidina Uthman bin Affan menghadap kaum Quraisy. Selain itu Rasulullah menyuruh Saidina Uthman memberitahu umat Islam di situ bahawa kemenangan Allah semakin hampir dan tidak lagi perlu mengamalkan agama Islam secara rahsia.

Setelah selesai segala urusan, Saidina Uthman kembali semula dengan selamat biarpun terlewat selama 3 hari. Kaum Quraisy kemudian mengirim satu rombongan dipimpin oleh Suhail bin Amru. Suhail mengatakan kaum Quraisy bersetuju mengadakan perjanjian damai dengan beberapa syarat seperti yang telah kita ketahui.

Seterusnya, Saidina Ali bin Abu Talib meneruskan tugasnya sebagai penulis perjanjian antara pihak Rasulullah dengan kaum Quraisy. Di akhir perjanjian beliau menulis perkataan (sesuai dengan perintah Rasulullah): “Dipersetujui oleh Muhammad Rasulullah”

Melihat keadaan itu, Suhail terus bangkit dan berkata: “Kalau aku tahu bahawa engkau adalah urusan Allah, maka aku tidak memusuhi dan memerangi engkau. Namun demikian, tulislah namamu dan ayahmu.” Mendengar perkara itu, maka marahlah kaum muslimin kerana mereka merasakan perkara itu mencabar kemuliaan Rasulullah.

Melihat perkara itu, Rasulullah segera menenangkan mereka. Baginda menyuruh sepupunya, Ali supaya melakukan seperti yang di minta oleh Suhail. Namun, perkara itu tidaklah berapa difikirkan sangat berbanding dengan syarat perjanjian damai yang diilhat tidak menyebelahi umat Islam.

Dalam keadaan begini, datanglah Abu Jandal bin Suhail bin Amru dalam keadaan terikat kakinya. Beliau dapat melepaskan dirinya bagi berjumpa dengan saudara-saudara kaum muslimin yang lain. Tatkala melihat anaknya, Suhail terus memukulnya. Melihat keadaan itu, kaum muslimin menjadi sangat hiba lantas ada yang menangis.

Rasulullah kemudian menghampiri Abu Jundal lantas berkata: “Wahai Abu Jandal, bersabarlah, kerana Allah akan memberi jalan keluar bagimu serta orang-orang yang lemah yang senasib denganmu. Sesungguhnya kami telah membuat perjanjian dengan mereka dan kami sesekali tidak akan menyalahi perjanjian itu.” Kesedihan kaum muslimin bertambah dalam apabila melihat Abu Jandal dibawa pulang ke Mekah.

Begitulah serba sedikit mengenai kisah pejanjian Hudaibiyah yang mengandungi pelbagai pengajaran dan iktibar yang perlu kita ambil. Antara paling utama ialah bukti kebijaksanaan pemikiran Rasulullah dalam memandang kebaikan dan kelebihan perjanjian itu kepada umat Islam pada masa hadapan.

Ianya juga menjadi bukti betapa perancangan manusia tidak pernah melebihi daripada kebijaksanaan perancangan Allah SWT. Umat Islam pada masa itu merasakan perjanjian itu sangat berat sebelah. Namun perjanjian itulah akhirnya menjadi kunci kepada pembukaan Kota Mekah beberapa tahun kemudian.

Selain itu juga, kita dapat melihat betapa Rasulullah sangat pandai bermain politik dengan musuh Islam. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah boleh terima perkataan ‘Rasulullah’ tidak diltulis dalam surat perjanjian tersebut. Ianya tidaklah beberapa penting berbanding kepentingan perjanjian itu tercapai.

Terbayangkah kita jika Rasulullah tetap berkeras ingin perkataan itu ditulis, adakah perjanjian akan dicapai dengan baik? Bolehkah Kota Mekah dibuka selepas itu? Jawapannya semestinya tidak. Maha hebat perancangan yang telah Allah aturkan bagi RasulNya laksanakan.

Syarat perjanjian yang dilihat sangat berat sebelah sebenarnya mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi. Rasulullah memandang tinggi kepentingan perjanjian tersebut. Antara kepentingan perjanjian itu ialah bagi memudahkan Rasulullah melaksanakan dakwah tanpa ancaman daripada kaum Musyrikin Mekah.

Ianya kerana pada masa itu, Madinah bukan sahaja mengalami ancaman musuh dari Mekah, malahan daripada Negara-negara lain seperti Parsi dan Rom. Gencatan masa selama 10 tahun boleh memberikan Rasulullah untuk menumpukan dakwah kepada kawasan-kawasan lain tanpa perlu risau ancaman musyrikin Mekah.

Selain itu, mereka juga boleh datang ke Mekah pada masa hadapan dengan lebih tenang tanpa ada ganguan daripada kaum musyrikin Mekah. Seterusnya dakwah boleh dilakukan dengan lebih bebas di Mekah seterusnya mengembangkan Islam di Mekah itu sendiri.

Sebagai konklusi terakhir, kita boleh melihat disini betapa perlunya kita meyakini apa yang telah diputuskan oleh pemimpin kita. Seterusnya bagaimana sebagai umat Muhammad, kita perlu mementingkan pendamaian kerana Islam bukanlah agama kekerasan. Islam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Akhirnya, jadikan sejarah sebagai pengajaran kepada kita kerana sejarah banyak memberi tunjuk ajar yang berguna kepada kita.sejarah bukan untuk disimpan dalam arkib, tetapi sejarah perlu dijadikan panduan dan pengajaran yang berguna kepada kita semua.

Nov 29, 2009

Jihad dijalan Allah semakin dilupakan


Perjuangan jika diterjemahkan kedalam bahasa Arab memberi makna “Jihad”. Kini umat Islam semakin jauh daripada kesedaran dalam berjuang di jalan Allah ini. Ada pendapat mengatakan jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu. Namun apa yang pasti perkara tersebut tidak pernah dinyatakan dalam Al-Quran. Al-Quran meletakkan berjuang di jalan Allah adalah dengan berperang.

Kemudian sistem pendidikan yang memberi pendedahan tentang jihad sama sekali telah dihapuskan dalam sistem pembelajaran umat Islam. Ianya didasari beberapa sebab yang rapuh. Namun apa yang pasti sebab paling utama ianya dikhuatiri akan memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai kepentingan berjihad ini sekaligus mengancam kedudukan musuh-musuh Islam.

Ibnu Abbas mengatakan berjihad ialah mencurahkan seluruh jiwa dalam perjuangan membela kebenaran agama Allah tanpa perasaan takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah. Manakala Muqatil mengatakan jihad ialah hendaklah beramal dengan bersungguh-sungguh demi keredhaan Allah dan menyembah kepadaNya dengan sebenar-benar ibadah.

Jika kita lihat sendiri, ianya jelas menunjukkan betberjuang dijalan Allah merupakan satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat dan ia merupakan tanggungjawab kepada semua umat Islam. Samada suka atau tidak, itulah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita. Perkara ini juga boleh menjadi fardu Ain apabila terdapat Negara Islam diserang oleh musuh Islam.

Ingatlah perjuangan di jalan Allah mendapat taraf kedudukan yang sangat tinggi sesudah iman kepada Allah SWT. Ianya kerana berjuang di jalan Allah tiada istilah kalah. Yang ada hanyalah mati syahid atau hidup mulia. Sedarlah wahai saudaraku, mati syahid merupakan satu-satunya tiket percuma bagi kita memasuki syurga Allah SWT. Namun ianya menuntut perjuangan yang pahit sebelum mengecapi kemanisannya.

Dalam satu kisah, Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat : Apakah yang sama perjuangan di jalan Allah? Baginda menjawab : “Kamu tidak akan pernah sanggup menjalaninya”. Mereka mengulangi pertanyaan itu hingga dua tiga kali, dan Baginda tetap menjawab : “Kamu tidak akan sanggup menjalaninya”. Namun pada akhirnya baginda menjelaskan :
“Orang-orang yang berjuangan di jalan Allah ibarat orang yang berpuasa, bersembahyang malam dan menekuni ayat-ayat Allah. Ia tidak putus-putus sembahyang dan berpuasa hingga pulang orang yang berperang di jalan Allah.”

Kemudian, dalam satu hadith yang lain, diriwayatkan oleh Imam Abu daud dan Imam Ahmad, baginda Rasulullah SAW bersabda :
“ Segolongan dari umatku akan tetap berperang membela kebenaran, akan dapat mengalahkan musuh yang berlawanan mereka, hingga umatku yang trakhir bakal memerangi Dajjal(Pendusta yang akan menyebarkan kesesatan di akhir zaman).”

Perjuangan member suatu pengistilahan yang sangat luas. Sebagaimana yang telah di tafsirkan oleh Ibnu Abbas, perjuangan bermakna melakukan segala bentuk usaha bagi mengalahkan musuhnya. Ianya bermula dari perjuangan menggunakan senjata melawan musuh Islam mempertahankan Negara Islam, masyarakat, dan agama sehinggalah menentang hawa nafsu
dan hasutan Syaitan.

Tujuan berperang bukanlah sekadar memenuhi tuntutan hawa nafsu manusia. Bahkan ia bagi melindungi kehidupan manusia itu sendiri di muka bumi ini, selain menjaga kebajikan dan melawan musuh-musuh Allah. Selain itu, sebab utama kita berjuang di jalan Allah ini tidak lain bagi mendapatkan keredhaan dari Allah sendiri.

Akhirnya, kita sebagai hamba yang mengaku Allah itu Tuhan kita, Islam itu agama kita, Al-Quran itu pegangan kita, dan Muhammad itu nabi kita, kita perlulah melaksanakan perkara ini dengan sewajarnya. Kedudukan Islam kini sangat ditekan bukan sahaja oleh musuh Islam, bahkan umat yang mengatakan mereka Islam juga.

Tokoh Ulama Islam masa kini, Prof Dr Yusof Qaradhawi pernah mengatakan, dia sama sekali tidak pernah bimbang jika yang menentang umat Islam itu adalah musuh-musuh Islam, namun apa yang paling beliau bimbangkan apabila yang melawan Islam itu merupakan penganutnya sendiri. Ini kerana ianya lebih merbahaya dan sangat memberi ancaman kepada agama Islam itu sendiri selain membawa fitnah kepada Islam.

Jadi marilah kita bersama-sama berfikir sejenak, apakah yang boleh kita lakukan bagi membantu perjuangan di jalan Allah ini. Adakah sudah cukup dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Yakinkah kita ianya mampu untuk menjamin kedudukan kita apabila kita berhadapan dengan Tuhan sekalian alam, Allah SWT? Jadi sebelum terlambat, marilah kita bersama-sama berazam mahu memberi sumbangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Nov 28, 2009

Sekadar ingin berkongsi..Adat Pepatih Negeri Sembilan

Sekadar perkongsianAssalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Tidak terlambat rasanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada para pembaca yang diingati sekalian. Saya berharap raya kali ini memberi 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Insyallah..

Pertamanya, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya menulis dalam blog saya ini. Tanpa izin jua restuNya, sangat mustahil bagi saya untuk menulis bagi berkongsi pendapat dan pandangan saya dengan pembaca sekalian.

Kemudian, izinkan saya memohon jutaan maaf kerana sudah lama tidak berkongsi pendapat dan maklumat dalam blog ini. Terasa bersalah pada diri sendiri dan sekali lagi jutaan maaf di pohon kerana membiarkan blog kesayangan saya ini bersawang. Hampir 3 minggu rasanya. Ianya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan dan paling utama kelemahan dari diri saya sendiri.

Baiklah, entri kali ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dapat saya timba sepanjang terasing daripada dunia internet ini. Pelbagai perkara dan pengalaman baru dapat saya ambil dan manfaatkan dalam kehidupan saya.Ianya adalah pengalaman saya dengan kawan-kawan selama dua hari di Negeri Sembilan.

Pengalaman tinggal disana bersama masyarakat sana secara lebih dekat sangat membantu saya dalam mengenali adat dan kebiasaan disana. Antara yang paling unik di negeri ini adalah mengenai adatnya yang sangat rumit namun apa yang pasti sangat perlu untuk diketahui. Adat negeri Sembilan seperti yang kita tahu dan maklum, mereka masih kuat mengamalkan adat pepatih.Adat pepatih sepertimana yang kita ketahui sangat menjaga hak kaum Hawa.

Sepanjang yang saya pelajari daripada sejarah semasa sekolah menengah dahulu, adat pepatih ini sangat menjaga hak kaum Hawa terutamanya yang melibatkan harta pusaka dan perkahwinan. Hak mereka dilebihkan berbanding kaum Adam.

Namun kini, pandangan saya itu sedikit meleset. Adat yang diamalkan telah berkembang dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Harta pusaka contohnya, hanya dilebihkan kepada kaum hawa jika ianya disebabkan kes-kes tertentu seperti si isteri kematian suami ataupun si isteri diceraikan si suami. Apabila perkara ini berlaku, secara automatiknya hak mereka akan dilebihkan mengikut adat pepatih.

Namun perkara itu tidak beberapa menarik dalam adat di negeri Sembilan itu. Adat yang paling unik adalah apabila ia melibatkan sistem pemerintahan di Negeri Sembilan itu sendiri. Ianya sangat rumit sehingga penulis sendiri merasa pening untuk mengingati perkara itu. Namun apa yang pasti, masyarakat di negeri Sembilan masih kuat mengamalkan adat mereka.

Masyarakat negeri Sembilan juga sangat menjaga semangat kekitaan mereka. Antara paling jelas ialah apabila ada majlis perkahwinan, hampir kesemua penduduk kampung sekitar akan turut sama bergotong-royong bagi melancarkan kenduri tersebut. Menurut orang disitu, jika lembu disembelih pada pukul 7am, maka pada pukul 10.30am mereka sudah boleh menjamu selera hasil sembelihan lembu tersebut.

Saya merasa sangat kagum mendengar perkara tersebut. Betapa pada masa kini perkara tersebut sangat sukar untuk dilaksanakan. Masyarakat kini lebih senang menggunakan khidmat katering dengan alasan ianya lebih mudah dan senang untuk diurus. Selain daripada kesibukan untuk mengurus urusan masing-masing.

Selain itu juga, saya dan kawan-kawan lain sempat belajar membuat anyaman bakul menggunakan surat khabar lama. Perkara ini sangat seronok untuk dipelajari. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin. Menurut masyarakat disana, anyaman yang dibuat adalah bagi mengumpulkan kaum-kaum ibu mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain mengumpulkan mereka pada masa tersebut, aktiviti tersebut boleh memperkenalkan produk kampung mereka di mata masyarakat lain selain menambah duit poket meraka. Aktiviti ini juga boleh menjadikan masa-masa lapang mereka menjadi bermanfaat. Mereka boleh mengeratkan silturrahim sesama meraka sekaligus menguatkan ikatan persaudaraan Islam mereka.

Akhirnya, sebagai kesimpulan, pengalaman saya dan rakan-rakan sepanjang 2 hari di negeri Sembilan sangat menarik dan saya mendapat pelbagai input yang berguna untuk diri saya sendiri. Selain itu juga, ia membolehkan kami selaku generasi muda dan pelapis berkongsi pendapat dengan golongan yang lebih tua dan berpengalaman daripada kami sendiri.

Nov 7, 2009

Nasib Malang Umat Islam Rohingya...


KEJAM!! ZALIM!! Itulah antara ungkapan yang mampu saya ungkapkan sewaktu membaca artikel tentang penindasan yang telah dilakukan oleh Junta Tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar. Mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dengan cara yang sangat kejam.

Jikalau mereka enggan keluar, mereka di ancam. Mereka di tangkap dan dibunuh tanpa perbicaraan, tanah-tanah dan binatang ternakan mereka dirampas sesuka hati, banyak masjid dimusnahkan dan generasi muda di halang hak pendidikan mereka. Kesemua ini dilakukan bagi menekan etnik ini seterusnya melakukan pembersihan etnik dari tanah air mereka sendiri.

Menurut sejarah, orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan) manakala sebahagian kecil menetap di bandar Akyab, Rathedaung dan Kyauktaw.


Masalah etnik Rohingya bermula apabila kerajaan junta tentera Myanmar berasa kurang senang dengan mereka. Mereka menganggap etnik ini tiada hak untuk menetap di Myanmar kerana agama dan asal usul mereka. Kemuncak kepada episod duka ini berlaku apabila kerajaan junta melancarkan genosid (penghapusan etnik) secara meluas dan terbuka kepada etnik malang ini.

Genosid bermula pada tahun 1962 ekoran episod rampasan kuasa oleh General Nay Win di Myanmar. Pada November 1948 sehinggalah awal 1992, sebanyak 19 kempen ketenteraan telah dilakukan bagi menghalau etnik Rohingya dari tanah air mereka.

Antara operasi yang paling kejam ialah Operasi Burma Territorial Force (BTF) pada tahun 1949-1950, Operasi Nagamin pada Februari 1978-1979 dan Operasi Na-Sa-Ka (Pasukan Keselamatan Sempadan) yang bermula pada tahun 1992 hingga kini.
Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."


Apa yang dikesali disini adalah kekurangan kesedaran umat Islam pada nasib saudara seagama mereka ini. Meskipun kes mereka tidaklah sepopular penindasan umat Islam di Palestin dan China, namun apa yang telah berlaku pada mereka tidak banyak beza. Mereka ditindas dan dihalau daripada tanah air mereka. Hak mereka dinafi dan di cabuli sesuka hati.

Tambah menyedihkan apabila Negara umat Islam sendiri tidak membela nasib mereka. Nasib etnik ini tidak dibela sewajarnya. Bahkan mana-mana pelarian Rohingya yang masuk ke Negara mereka akan dihantar semula ke tempat asal mereka. Ibarat keluar mulut naga masuk pula ke mulut buaya. Langsung tidak berperikemanusiaan dan berasa belas kasihan. Adakah alasan bahawa mereka adalah pelarian boleh diterima logik akal??

Sedarlah wahai pemimpin Islam, mereka adalah saudara seaqidah dan seagama kita. Jika bukan kita, siapa lagi yang mahu menyelamatkan nasib mereka. Tidak malukah kita apabila Negara musuh Islam ketawa melihat perbuatan ‘kemanusiaan’ kita itu?

Nasib pelarian etnik Rohingya di Malaysia tidak kurang kisahnya. Timbalan Presiden Pusat Informasi Rohingya, Mohd. Rafiq Hamidullah berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia.Sehingga kini tidak banyak NGO yang berani tampil mempertahankan nasib etnik Rohingya ini secara agresif dan bersungguh-sungguh. Kalau adapun tidaklah banyak dan boleh dibanggakan.

Mungkin kes kemanusiaan yang berlaku pada pelarian Etnik Rohingya ini tidak dipandang secara serius seperti mana kita memandang isu yang berlaku pada saudara kita di Palestin. Namun apa yang pasti, mereka merupakan saudara seagama kita. Kita seharusnya peka dengan situasi mereka sekarang.

Jika isu Palestin mampu mendapat liputan meluas dan kutipan tabung amal secara besar-besaran, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk etnik Rohingya ini? Krisis yang berlaku pada mereka seharusnya dipandang secara serius. Kita sepatutnya bersama-sama memikirkan penyelesaian yang tepat bagaimana hendak membela nasib mereka sebaik mungkin. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Isu kekejaman ini semakin membarah dari hari kehari pada umat Islam di Arakan ini. Ingatlah!! Allah SWT telah menyatakan dengan jelas mengenai konsep persaudaraan ini melalui surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:
’Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara-saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat’.

Manakala dalam hadis nabi saw pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
’Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, cinta mencintai, dan kasih mengasihi ibarat satu tubuh, iaitu apabila terdapat salah satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh turut berasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam’. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Akhirnya, saya berharap semoga kita, sebagai umat Islam tidak memandang secara sebelah mata terhadap isu umat Islam Rohingya ini. Mereka adalah saudara seIslam kita juga. Mekanisme penyelesaian isu ini seharusnya difikirkan bersama dan dilaksanakan dengan secara bersama dan konsisten.

Adakah kita berharap musuh-musuh Islam akan membantu kita? Oh! Tidak mungkin. Sejarah sendiri menunjukkan siapakah sebenar musuh-musuh Islam. Dengan kesedaran yang ada, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan tenaga bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Arakan ini. Semoga hak dan nasib mereka di bela sewajarnya. Insyallah..

*Sumber di ambil dari Majalah Milenia bil.87 1430 Zulkaedah - Zulhijjah

Nov 3, 2009

Serba serbi Ragam Minggu Peperiksaan

Salam perkongsian diucapkan kepada semua pembaca sekalian. Entri kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit ragam peperiksaan yang pastinya akan, sedang ataupun sudah kita lalui dalam norma kehidupan sebagai seorang pelajar. Biasala apabila menjelang sahaja musim peperiksaan, setiap pelajar akan mengalami satu sindrom yang digelar ‘Demam Exam’.


Jadi marilah kita melihat serba sedikit ragam kehidupan seorang pelajar ketika musim peperiksaan.

Seminggu Sebelum Exam.

Pada masa ini terdapat beberapa situasi yang akan dilalui oleh para pelajar

Situasi Pertama
“Huh..awal lagi ni..nak baca pun bukan ingat sangat kepala otak aku ni. Baik aku ajak makwe aku keluar dulu. Tengok wayang ke, jalan-jalan k, ok jugak.” Situasi pertama ini boleh dilihat pada kebanyakan pelajar terutamanya pada awal-awal minggu. Mereka terus leka dan membazir masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang tidak memberi mereka apa-apa manfaat.

Situasi Kedua
“Aduh! Peningnya kepala aku!! Banyaknya tak study lagi ni..bertimbun buku atas rak ni..serabutnya otak aku..Tidak!!” situasi kedua boleh penulis gambarkan kepada kaki-kaki study yang sememangnya gila study. Pelajar ini sangat rajin dalam menelaah buku dan mentadabur pelajaran yang mereka ambil. Pelajar jenis ini sangat bagus sehingga masa hendak makan dan tidur pun hampir-hampir tiada dalam kamus hidup study diorang.

Pertengahan Minggu Study Week

Beberapa hari sebelum peperiksaan pastinya merupakan masa yang sangat kritikal kepada para pelajar. Masa dilihat kian suntuk dan terhad. Namun ada juga yang dilihat masih dalam keadaan rilex dan tenang. Mereka masih sempat keluar berjalan-jalan. Mungkin sudah cukup study agaknya. Dah naik muntah bila lihat buku dan nota yang sama je setiap hari.


Semasa Minggu Peperiksaan

Pada masa ini kita dapat lihat para pelajar akan melipat gandakan usaha mereka dalam mengulangkaji pelajaran mereka. Ada juga yang kelihatan menyesal dan murung akibat tidak habis mengulangkaji pelajaran mereka. Namun nasi sudah jadi bubur. Masa yang berlalu tidak dapat berpatah balik. Minggu peperiksaan telah tiba. Kertas peperiksaan sudah tersedia menanti para pelajar.

Tidak kurang juga terdapat segelintir pelajar yang memperlipatgandakan amalan sunat mereka dengan melakukan Qiam dan membaca Al-Quran. Semua itu tidak lain untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Ye la, kalau bukan Allah, siapa lagi yang boleh bagi kejayaan pada kita kan? Kebergantungan kepada Allah sangat perlu pada masa-masa sebegini.

Selepas tamat menjawab kertas soalan terakhir

Para pelajar pastinya akan merasa sangat riang dan gembira. Ada yang melompat kegirangan dan ada juga yang senyap. Nampak cool je dari jauh. Tidak lupa juga yang menelefon orang tua di kampung untuk memberi khabar dari jauh. Ada juga yang bersalaman dan berpelukan tanda perpisahan bakal berlaku. Maklumlah, lepas exam cuti panjang.

Namun, ada juga beberapa perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti nota-nota bertaburan dan kertas-kertas soalan berada di merata-rata tempat. Pastinya sedih untuk melihat ilmu di buang sebegitu sahaja setelah ia tidak lagi digunakan. Berkat ke pelajaran kita kalau kita buat macam tu? Sama-sama kita renungkan.

Ulasan Penulis

Akhirnya, dapatlah kita simpulkan disini betapa setiap manusia mempunyai ragam dan cara yang tersendiri dalam menghadapi peperiksaan dunia mereka. Ada yang sanggup mengorbankan masa tidur dan makan mereka semata-mata kerana peperiksaan. Tidak kurang juga yang melaluinya secara sambil lewa dan tidak serius.

Jika peperiksaan dunia mampu kita korbankan banyak kesenangan, kenapa tidak kita melakukan perkara yang serupa dalam persiapan menghadapi peperiksaan di Akhirat kelak yang lebih adil dan mutlak? Penulis menyeru kepada diri penulis sendiri dan pembaca sekalian bagi menilai kembali sejauh manakah persiapan kita mengahadapi peperiksaan Akhirat kelak. Ingatlah!! Ajal kita tidak kita ketahui samada esok ataupun lusa. Jadi, perbanyakkanlah amalan sebagai persediaan di Ahirat kelak. Insyallah..

Oct 26, 2009

Tips Sebelum Menghadapi Peperiksaan

Salam perkongsian buat semua..
Sedar atau tidak, hendak atau tidak, demam peperiksaan semakin menghimpit kebanyakan pelajar. Mana tidaknya, hanya beberapa hari sahaja peperiksaan bakal menjelang. Bersedia atau tidak, kita tetap akan menghadapai hari tersebut.

Disini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu startegi menghadapi peperiksaan hasil kajian daripada Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Malaysia kini. Baiklah, persediaan yang perlu kita tekankan terbahagi kepada 3 aspek utama yakni persediaan Qalbi, persediaan ‘Aqli dan persediaan Jasadi.

Persediaan Qalbi banyak mempengaruhi persediaan ‘Aqli dan Jasadi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Andai hati Bani Adam ini tidak dikelilingi Syaitan, mereka mampu melihat kerajaan langit.” (Riwayat Imam Ahmad).

Oleh itu, sebagai pelajar muslim kita perlu berusaha menyediakan hati kita dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah SWT. Selain itu, segala larangan dan perkara yang dibencinya seharusnya kita elak dan jauhkan. Hanya hati(Qalb) yang bersih sahaja mampu memudahkan pelajar muslim itu menerima petunjuk dan bimbingn daripada Allah SWT seterusnya mudah menerima ilmu.

Persediaan ‘Aqli pula penting bagi akal kita bergerak seiring dengan hati kita. Pertama kita perlu programkan otak kita bahawa peperiksaan ini ialah suatu yang positif. Mind setting sangat mempengaruhi kesungguhan dan usaha kita untuk mencapainya. Yakinlah bahawa peperiksaan itu bertujuan hendak meningkatkan prestasi kita dalam pelajaran.

Kita juga boleh melatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. Kaedah ini merupakan strategi menghadapi peperiksaan dengan pelbagai jenis soalan. Kaedah ini bagi meyakinkan kita bahawa kita mampu menjawab pelbagai jenis soalan tanpa megira jenis soalan yang akan keluar. Ianya sekaligus akan menambahkan keyakinan kita dalam menjawab kertas pepriksaan sebenar nanti.

Persediaan Jasadi terbahagi kepada dua yakni kesihatan dan keselamatan. Kita semua maklum, otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas dan sihat. Jadi bagaimana mungkin kita boleh menjawab peperiksaan dengan baik jika badan kita dalam keadaan lemah dan tidak sihat.

Islam sangat mementingkan kesihatan umatnya samada dari segi rohani dan jasad. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja ialah orang yang paling kuat lagi dapat dipercayai,” (Surah al-Qasas 28:26).

Sebagai pelajar, waktu tidur yang baik adalah antara 5-7 jam sehari. Kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi lemah manakala lebih tidur tidak baik untuk kesihatan. Jika kita lihat pendekatan Imam Ghazali, beliau membahagikan masa sehariannya kepada 3 perkara iaitu 1/3 untuk belajar, 1/3 masa untuk rehat dan 1/3 lagi untuk memunajat kepada Allah SWT.

Selain itu juga, kita perlu menjaga pemakanan seharian kita. ianya berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami berikan.” ( Baqarah 2 : 57).

Yang dimaksudkan dengan baik disini adalah dari segi sumbernya (halal), kualiti (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih ( tidak membawa penyakit dan kemudaaratan). Makanan yang haram akan menggelapkan hati. Hati yang gelap tidak akan dimasuki oleh ilmu dan petunjuk yang bersifat cahaya yang suci.

Kita juga di galakkan bersukan bagi melancarkan aliran darah ke seluruh badan terutamanya organ-organ dan anggota badan yang diperlukan untuk belajar. Ingat!! Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan baik. Namun kita tidaklah perlu sampai meletihkan badan. Pendek kata kita hanya perlu beriadah sebanyak 20 minit sahaja dan tiga kali seminggu.

Kita juga perlu menjaga keselematan kita dengan sebaiknya. Jauhkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita. Kita pastinya tidak mahu mengambil peperiksaan di dalam wad hospital. Dalam musim peperiksaan ini, lebihkan masa anda di tempat belajar anda. Namun jangan dilupa kepada masa riadah kita. Oleh itu, persediaan holistik merupakan antara faktor penentu kejayaan seseorang pelajar cemerlang.

Akhirnya penulis ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada para pembaca yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Semoga peperiksaan kali ini dapat dihadapi dengan berjaya dan tenang. Insyallah..

Oct 23, 2009

Terjaga Pagi Suatu Rahmat..


Salam Muhasabah Buat Diri dan Pembaca Sekalian..

Bayangkan saat ketika kita sedang nyenyak diulit mimpi, dengan suasana yang sangat dingin dan kelam tanpa cahaya, kita tiba-tiba terjaga daripada tidur. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati dan diperhati. Belum Subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “Oh, baru pukul 3 pagi,” bicara hati kecil.

Dalam situasi sebegini, apakah yang sering kita lakukan? Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan. Apapun tanya iman kita dan buatlah pilihan yang bijak.

Pertama :
Kebanyakkan kita akan menarik semula selimut dan menyambung episode kedua mimpi yang tergantung separuh jalan tadi. Bukan itu sahaja, bahkan hati kita akan mengomel, “Apasal la aku bangun awal sangat ni?” Terzahirlah sebuah kekesalan dalam hati. Ha! Kesal bangun awal? Nauzubillah..moga hati kita di jauhkan daripada berkata-kata sedemikian

Kedua :
“Oh, baru pukul 3 pagi. Ustaz dulu pernah kata, waktu macam ini doa mudah makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian kembali ‘ibadah senyap’.

Ketiga:
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud tanpa berlengah. Sembahlah Allah saat mata-mata lain rapat terpejam, rukuklah saat hati kita masih tenang dan suci, sujudlah saat minda masih lagi kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa kita didengari Allah.

Berdasarkan ketiga-tiga situasi diatas, penulis dapat simpulkan bahawa mana-mana pilihan yang kita lakukan adalah berdasarkan tingkat keimanan kita kepada Allah SWT. Semakin kuat iman kita, semakin ingin kita meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Namun, jika kita lemah iman, maka kita akan kembali melayan nafsu kita.

Terjaga pagi merupakan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Siapa sangka saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan pada malam tersebut.

Jadi, marilah kita bersama-sama dari langkah pertama, berdoa sebaik sahaja kita terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya. Itulah merupakan cara untuk kita berterima kasih kerana terjaga saat sedang terlena. Bukannya kita mengomel seorang diri tanda penyesalan. Tetapi alangkah manisnya kita lakukan dengan tahajjud.

Oct 20, 2009

Hidup Sentiasa kena Hepi


Dalam perbualan seharian, kita sebagai manusia biasa semestinya tidak terlepas dari bergurau. Malahan bergurau itu sangat disenangi oleh hampir setiap orang kerana bergurau diibaratkan bagai bunga dalam pergaulan dan penawar di kala duka.

Dalam sirah sendiri, Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat. Menurut hadis yang bersumberkan Hassan, ada seorang nenek menghadap Rasulullah SAW. Lantas nenek itu berkata, “Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya dapat masuk ke dalam syurga,”.

Kemudian baginda berkata, “Wahai nenek, ketahuilah bahawa di syurga tidak ada orang yang tua seperti kamu.” Sebaik sahaja mendengar jawapan Rasulullah SAW, nenek itu terus menangis.

Tetapi kemudian sambil tersenyum baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Bukankah aku katakan bahawa tidak ada orang tua masuk syurga. Ini kerana semuanya telah berubah menjadi gadis-gadis perawan.” Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, nenek itu terus berhenti menangis lalu tertawa. Dia mengerti kerana dirinya kelak akan menjadi gadis di syurga.

Dalam satu peristiwa yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada salah seorang isteri sahabat daripada golongan Ansar, “Hai Fulanah (panggilan umum orang perempuan yang belum di ketahui namanya), segeralah pulang temui suamimu kerana pada kedua-dua belah matanya ada keputih-putihan.”Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, isteri sahabat tadi terus pulang untuk menemui suaminya.

Apabila si suami melihat si isteri pulang dengan keadaan tergesa-gesa, ia pun menegur, “Wahai isteriku, mengapa kamu kelihatan pulang dalam keadaan tergesa-gesa?” Jawab si isteri, “Ya, sebab saya di beritahu oleh Rasulullah SAW bahawa kedua-dua belah matamu ada keputih-putihan,” Jawab si suami, “Ah, selain ada keputih-putihan, ada juga hitamnya,”. Setelah kedua-duanya mengerti apa tujuan Rasulullah berkata begitu, maka mereka hanya mampu ketawa.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa diatas, kita boleh melihat Rasulullah tidak pernah terlepas dari bergurau dengan orang sekeliling Baginda. Disebabkan sifat bergurau ini, Rasulullah mudah didekati oleh para pengikutnya sekaligus mengembangkan lagi gerak kerja dakwahnya. Malahan mereka tidak merasa bosan walaupun mereka di tekan oleh musuh-musuh mereka. Mereka menghadapinya dengan penuh ketenangan dan kegembiraan.

Begitulah sedikit sebanyak peribadi Rasulullah SAW yang suka bergurau dalam pergaulan seharian Baginda. Dengan sedemikian, suasana kehidupan akan menjadi lebih ceria dan semakin kukuh ikatan perpaduan.

Meskipun Islam tidak menghalang daripada bergurau, namun seseorang itu tidak boleh sebarangan dalam bergurau. Ini kerana terlalu banyak bergurau boleh mendatangkan kesan yang tidak baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang banyak ketawa, nescaya orang-orang bakal meremeh-remehkannya( merendah-rendah).”

Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa bergurau itu diharuskan dalam Islam. Tetapi janganlah bergurau sehingga melampaui batas-batasnya dan melanggari tatacara dalam pergaulan. Dengan erti kata lain, dibenarkan bergurau dengan sopan selagi tidak menyinggung perasaan orang lain dan menghina agama itu sendiri.

Jadi, marilah kita selang selikan kehidupan dengan bergurau yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah dan Islam itu sendiri. Mudah-mudahan kehidupan seharian kita akan menjadi lebih ceria, tenang, menjadi lebih semangat untuk beribadah kepada Allah dan akan bekerja tanpa bosan.

Oct 18, 2009

Allah Tuhanku..


Setiap hari, pelbagai masalah dan dugaan telah kita hadapi. Ianya tidak lain untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah SWT. Selain itu, ianya salah satu tanda bahawa Allah SWT sentiasa mengingati hamba-hambaNya.

Allah SWT telah menciptakan kita, merawat dan memberi segala kemudahan yang memudahkan segala urusan seharian kita. Antara nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita adalah seperti penglihatan, akal, pendengaran, anggota badan dan segala kompenannya. Kesemua nikmat itu diberi agar kita mampu melakukan kerja.

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (An-Nahl [16]: 78) “ Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan.” (Yunus [10]: 22)

Siapakah selain Allah SWT yang membuatkan kita tertidur?
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka dia tahanlah jiwa (orang) yang Telah dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan” (Az Zumar [39]: 42)

Siapakah yang bertanggungjawab mengatur rezeki didunia ini yang tidak terhitung jumlahnya?

“Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya?” (Al-Mulk[67]: 21)

Siapakah pula yang mengatur keadaan tumbuh-tumbuhan?
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, Maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi Kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, Kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai.” (Az-Zumar [39]: 21)

Siapakah juga yang selainNya yang mampu membuatkan kita berbicara, tertawa dan menangis?
“Dan bahawasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” (An-Najm [53]: 43)

Keadaan kita tanpa bantuan terus menerus daripada Allah SWT bagaikan komputer tanpa bateri atau punca kuasanya, tiada nilai langsung. Kita tidak akan melihat dengan mata kita, tidak boleh mendengar dengan telinga kita. Jantung akan berhenti berdegup, tiada tawa, tangisan, ucapan, udara akan berhenti berhembus, pesawat yang terbang akan terhempas, langit akan menjadi kelam dan udara akan menjadi panas. Bagaimana tidak, kesemua perkara ini hanya akan terjadi hanya dengan izin Allah SWT.

Marilah kita berfikir sejenak firman Allah ini,

“Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi ?” (Faathir [35]: 3)

Ayat diatas menerangkan Allah SWT bertanya kepada manusia adakah ada tuhan yang lain yang mampu menandingiNya?

Persoalannya, mengapakah kini ramai yang semakin jauh daripadaNya. Adakah hanya apabila keadaan mendesak sahaja baru kita akan kembali kepadaNya? Mengapakah manusia begitu sombong dengan keadaan dia sekarang sedangkan semua itu adalah pemberian Allah SWT?

Akhirnya, penulis menyeru kepada semua agar kita kembali kepada Allah SWT. Kita sebagai hambaNya, adalah insan yang sangat lemah dan hina. Kita hanya menjadi mulia apabila Allah memuliakan kita. Marilah kita sama-sama memuhasabah diri moga-moga kita menjadi hamba Allah yang taat dan akur dengan segala perintah dan laranganNya.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan