Aug 31, 2010

Merdeka ;(


Tanggal 31 Ogos 2010 maka genaplah 53 tahun kemerdekaan Malaysia. Malaysia yang merdeka daripada penjajahan penjajah luar yang telah menjajah Malaysia hampir ratusan tahun.

Namun, itukah sebenarnya erti kemerdekaan yang kita mahu? Sekadar bebas dari penjajah namun masih menggunakan sistem yang mereka tinggalkan pada kita. Masih menggunakan sistem perundangan mereka. Inikah merdeka?

Pembaca dihormati sekalian. Ini bukan kemerdekaan hakiki. Ini bukan kemerdekaan yang kita kehendaki. Kemerdekaan yang sekadar bersifat luaran namun masih terikat dengan peninggalan penjajah.

Aug 29, 2010

Perjuangan Terakhir


Perjuangan menegakkan Islam tidak pernah berakhir. Namun, perjuangan yang satu ini bakal berakhir. Hatta sesiapa pun tidak mampu menghalangnya dari berakhir.

tanpa kita sedar, masa yang diberi semakin suntuk. Hari silih berganti, detik masa kian berlalu. Hanya berharap agar di masa akan datang dapat bertemu kembali dengan perjuangan ini.

Ya, itulah Ramadhan. Ramadhan semakin meninggalkan kita semua. Bulan 'pesta ibadah' ini sudah hampir 20 hari bersama kita. Kini ia bakal melabuhkan tirai pahalanya.

Aug 10, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...


Jika dilihat pada umur penulis, sudah 20 kali penulis diberi kesempatan bertemu Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ini Ramadhan datang lagi. Bulan yang sangat dinantikan. Dimana sekalian umat Islam mengharapkan kedatangan bulan ini.

Bulan yang diketahui hikmahnya. Bulan yang membuka ruang yang luas untuk hamba Allah memungut segala kebaikan di dalamnya. Dari awal pagi bersahur, berpuasa, kemudian berbuka puasa, sehingga solat terawih, kesemuanya terdapat pahala jika melakukannya.

Aug 5, 2010

Nilai diri anda dari 4 perkara


Empat perkara yang sukar untuk sebilangan manusia lakukan. Pertama, hanya dengan satu perkataan 'sory' atau 'maaf'. Sukar sangat untuk diungkapkan apabila sudah ternyata salah.

Hanya tutup muka dan berlalu begitu sahaja. Paling kurang pun akan tersengih tanda salah. Namun tidak terungkap kata maaf. Paling dahsyat, yang salah masih lagi mempertahankan diri dan menyerang pula orang lain. Cuba kita belajar untuk berkata M.A.A.F.

Jul 28, 2010

Hikmah Tersirat

Mari-mari...kita dengar satu cerita...

Kisah dibawah biasa kita lalui atau dengar, namun terdapat beribu pengajaran yang boleh kita ambil. Hanya akal yang tajam mampu mengenal kebaikan.

Tersebutlah al-Kisah...

Seorang pemuda dengan malas menuju ke pasar bagi membeli barangan yang di pinta ibunya. Niatnya satu, hanya ingin membeli barang seperti yang di pesan oleh ibunya dan kemudian balik kerumah segera bagi menyambung semula kerja-kerjanya.

Sambil berjalan, dia merungut keseorangan. Dia merasa sangat berat ingin pergi ke pasar. Tambahan pula, dia baru sahaja sampai ke kampong. Namun, kerana tidak mahu mendengar leteran ibunya, dia menurut sahaja permintaan ibunya itu.

Jul 25, 2010

Generasi Muda Semakin Pupus!


Kes demi kes melibatkan gejala seks bebas berlaku. Pelbagai forum dan wacana telah diadakan. Namun, ia tidak mampu membendung masalah ini dari berlarutan. Bahkan menjadi seakan satu virus yang tidak mampu di hapuskan bahkan semakin kuat bila di tekan.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Tambah menyedihkan, ia melibatkan masyarakat Islam! Jika dilihat dari sudut Islam sebenar, Islam melarang keras perbuatan yang menghampiri zina. Inikan pula berzina!

Terbaru ia melibatkan remaja dibawah umur. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jul 21, 2010

Retorik Perpaduan?

Isu perpaduan kini hangat diperkatakan. Samada ia sekadar retorik politik mahupun satu kenyataan yang bakal kita lihat satu masa nanti. Hanya masa menentukan segalanya.

Aku berasa sangat tertarik dengan isu ini. Hal ini kerana hampir semua akhbar arus perdana dan media internet memaparkan berita ini. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan didalam kepalaku ini.

Pertamanya mengapa isu ini tiba-tiba sahaja timbul setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka? Adakah kerana melayu kini betul-betul sudah terancam? Kalau betul terancam, mengapa ia boleh berlaku?

Bukankah sebelum ini Malaysia dipimpin oleh orang melayu sendiri? Adakah pemimpin-pemimpin Melayu kita tidak mampu menjaga bangsanya sendiri walaupun lebih 50 tahun kita merdeka?

Jul 19, 2010

Hati-hati wahai peminat Bola Sepak


Keghairahan dan keseronokan dalam sukan bola sepak kini menjadi satu fenomena yang galak berkembang. Lihat sahaja piala dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, nisbah pengunjung dari luar Afrika mencatatkan kehadiran antara yang tertinggi dalam sejarah kehadiran tertinggi piala dunia.

Malaysia juga tidak terlepas merasakan bahang kehangatan piala dunia ini. Lihat sahajalah di Dataran Merdeka semasa perlawanan akhir piala dunia. Dikatakan kehadiran yang menyaksikan perlawanan itu hampir 60,000 orang! Satu jumlah yang sangat ramai berbanding purata bilang ahli jemaah di masjid.

Di sana sini kita boleh melihat orang membicarakan soal piala dunia. Siri-siri ceramah ustaz-ustaz juga tidak terlepas menyelit unsur piala dunia ini meskipun mereka tidaklah mengetahui secara mendalam mengenai bola sepak ini.

Jul 18, 2010

:)

Mintak maaf semua =)

Sudah lama tidak menaip terasa kekok rasanya apabila ingin menulis kembali. Namun, inilah dikatakan lumrah dalam kehidupan. Ada pasang ada surutnya. Ibarat roda. Kadang kita berada di atas, kadang berada di bawah.

Apapun aku meletakkan 'kesalahan' ini di atas bahuku sendiri. Terlalu sibuk sehingga mengabaikan jalan dakwah ini. Alasan yang tidak boleh diterima bagi yang mengaku dia sebagai ahli gerakan Islam.

Teringat pesan seorang 'senior'ku, dia mengatakan kita sebagai ahli gerakan, adalah golongan paling banyak buat kerja berbanding orang lain. Tiada siapa yang ingin membuat kerja ini lagi selain kita.

Semoga kesalahan ini tidak berulang lagi =)

Jun 18, 2010

Kasih Seorang Lelaki Bergelar Ayah


Pagi itu, seperti pagi-pagi biasa sebelumnya, seorang lelaki berusia lewat 30-an keluar bagi mencari rezeki untuk keluarganya. Cuma pada pagi itu, lelaki itu harus keluar lebih awal kerana mahu pergi merantau dek tuntutan mencari rezeki buat keluarga tersayang.

Lelaki itu mencium seorang demi seorang anaknya. Dia merenung seorang demi seorang anak-anaknya itu. Masing-masing masih lena di buai mimpi. Kemudian, dengan lembut dia berpesan kepada anak sulungnya untuk menjaga adik-adiknya semasa ketiadaannya buat seketika.

“Abang, jaga adik-adik baik-baik ye masa ayah pergi kerja, lagi tiga minggu ayah balik rumah. Ada rezeki lebih ayah bawa hadiah untuk abang dan adik-adik ye,” tutur ayah sambil tersenyum melihat anak sulungnya itu yang sudah separuh sedar.

Jun 16, 2010

Fesyen Akspresi Islam yang Ramah


Eropah menyaksikan Islam ditindas baik secara haram mahupun secara halal. Tiada pembelaan sewajarnya diberikan kepada umat Islam di sana. Setiap masa ada sahaja yang ingin mengusik penganut agama Islam ini dalam menunaikan tuntutan agamanya.

Ini menyebabkan umat Islam merasa tertekan dan tidak berasa selamat. Kehidupan mereka di ancam baik oleh masyarakat mahupun pemerintah di situ.Namun, dengan bantuan Allah dan di ilhamkan kepada hambaNya yang soleh, Allah SWT telah membantu hamba-hambaNya disitu.

Malahan telah membuka mata masyarakat dunia betapa Islam itu sangat mulia dan suci. Tahun 2006, setelah hampir 5 tahun berlalu peristiwa 11 September, menyaksikan satu penciptaan hebat telah dihasilkan.

May 28, 2010

AUKU menekan Mahasiswa Malaysia



(klip video diatas)
Apa pendapat anda?

Indonesia jiran kita sudah mempunyai media mahasiswa sendiri. Sedangkan Mahasiswa Malaysia masih 'berseronok' di alam sendiri. Langsung tidak mempunyai kesedaran akademik yang tinggi.

May 27, 2010

Amr bin Ash: Ahli Politik Islam

Amr bin Ash merupakan seorang ahli politik Islam yang terkenal. Sifatnya itu sudah ada semenjak beliau memeluk Islam lagi. Beliau selalu dipilih menjadi juru runding selain bijak mentadbir kawasannya dengan baik.

Sebelum memeluk Islam

Semasa di Mekah, terdapat 3 orang pembesar Quraisy yang selalu menyusahkan baginda, Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah. Amr bin Ash salah seorang dari tiga orang tersebut.

Namun baginda SAW tidak pernah berputus asa berdakwah kepada mereka. Bahkan mendoakan mereka bertiga akan mendapat hidayah daripada Allah SWT suatu masa nanti. Doa baginda akhirnya dimakbulkan Allah.

May 25, 2010

Amaran!! Wabak Baru di Temui


Akhir-akhir ini, berita melaporkan satu wabak penyakit baru telah ditemui. Menurut seorang pakar kesihatan dari England, penyakit ini sudah di jangkiti hampir di seluruh dunia. Penyakit ini sangat sukar dibendung.

Menurut Sejarah…

Penyakit ini juga dikatakan jarang di jumpai. Namun, ianya bukan simpton baru. Ia sudah ada sejak dulu lagi. Menurut satu sumber, ia dikatakan sudah wujud sejak tahun 1934 lagi. Sebelum perang dunia kedua meletus lagi.

Namun pada masa itu, ia hanya merebak di sekitar benua Eropah dan benua Amerika Latin sahaja. Kini, sejak tahun 70-an, dikatakan telah merebak di serata dunia termasuk benua Asia.

Penyakit ini dikatakan menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk tidur dengan lena, mata akan selalu berair dan merasa sakit tekak yang melampau. Selain itu juga, ia akan menyebabkan manusia mengalami tekanan perasaan yang tinggi.

Apa Kata Pakar?

May 24, 2010

Tokoh Islam ; Ikramah Bin Abu Jahal


Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Antara yang hebat adalah Ikramah bin Abu Jahal. Seorang pemuda yang pada awalnya sangat menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar.

Peribadi


Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.

May 17, 2010

Berpakaian Indah Kerana Allah


Sesekali apabila ingin melangkah keluar dari rumah, pasti akan timbul satu persoalan di kepala kita, hendak pakai baju apa hari ini.

Nak pakai baju kemeja ke, baju t-shirt ke, ataupun jersey. Kesemua persoalan itu pastinya akan bermain-main di kepala kita ini.

Apa yang pasti, setiap dari kita mempunyai pernilaian kita sendiri. Sama ada ingin berpakaian kemeja mahupun t-shirt biasa. Bergantung pada penilaian dan citarasa kita.

Namun tahukah kita, Islam sangat memandang tinggi pada pakaian yang kita pakai sehari-hari. Baik ketika bersukan, bertemu dengan orang mahupun pergi berperang. Kesemuanya sudah di gariskan oleh Islam.

May 16, 2010

16 Mei


Suka duka seorang guru dijadikan pengalaman indah pada tanggal 16 Mei ini. Setiap detik dikenang kembali. Perit getir yang dilalui seorang guru dihargai oleh anak muridnya. Perit getir dalam dunia seorang guru sukar diterjemahkan.

Bukan sahaja tarikh ini diraikan oleh mereka yang begelar pelajar. Bahkan, guru-guru turut menjadikan tarikh ini sebagai muhasabah pada dirinya sepanjang mereka begelar guru. Sama ada mereka guru yang baik atau bukan.

Tugas sebagai seorang guru dipandang mulia. Mengajar dan mendidik. Menjadi ibu atau bapa disekolah. Bahkan sebagai rakan dan teman kepada anak muridnya. Tanggal 16 Mei ini menjadi pengikat antara mereka. Ianya menjadi tanggal untuk kasih mereka terluah.

May 13, 2010

Rahsia Hati Ibu



"Selamat hari ibu" - Ucapan yang selalu diungkapkan oleh semua insan yang begelar anak. Ucapan yang menjadi tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ibu yang melahirkan dan membesarkan kita dengan limpahan kasih sayang.

Ucapan yang bukan sekadar ucapan. Bahkan sebungkus hadiah, sekuntum bunga, sehelai pakaian menjadi hadiah untuk hari ibu. Walau pada hakikatnya, seorang ibu sedikitpun tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anaknya.

Dihati mereka, cukup dengan melihat kebahagiaan dan kejayaan yang dimiliki oleh anak-anaknya. Mungkin sedikit harapan di hatinya, pada usia tua, mereka tidak diabaikan. Mengharapkan sisa-sisa hidup mereka tidak dihabiskan di rumah orang-orang tua.

May 11, 2010

Karbon dan suhu bumi


Tahukah anda? Dengan mengitar semula separuh dari barangan keperluan rumah. Kita dapat menjimatkan sebanyak 2,400 paun karbon dioksida setahun.

Pengurangan penggunaan penyaman udara dan mengekalkan suhu pada kadar sederhana. Tidak terlalu sejuk, iaitu dengan menetapkan thermostat anda kepada 2 darjah celcius lebih tinggi. Ini dapat menyelamatkan 2,000 paun karbon dioksida pada setiap tahun.

Penukaran sebiji mentol pijar biasa dengan sebiji mentol CFL, ianya dapat menyingkirkan 90 bilion paun kesan gas rumah hijau, iaitu bersamaan dengan 7.5 juta kereta di atas jalan raya.

May 9, 2010

Teknologi Bukti Keagungan Kuasa Allah


Kecanggihan teknologi kini semakin pesat. Hampir setiap masa akan keluar teknologi baru untuk kegunaan manusia seharian. Dari keperluan peribadi sehinggalah ke keperluan umum, tekonologi sangat membantu memudahkan kehidupan seharian manusia.

Namun, tanpa kita sedari, terdapat bukti kekuasaan Allah pada teknologi yang kita guna pakai kini. Tidak ramai yang perasan baik umat Islam mahupun bukan Islam. Baik yang mencipta mahupun yang menjadi pengguna.

Adakah kita sedar akan hal ini? Disini sekadar perkongsian sedikit mengenai teknologi yang menjadi bukti kekuasaan kuasa Allah untuk di jadikan iktibar kepada manusia.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan