Feb 27, 2011

Gaddafi Melampau!


Tindakan Presiden Libya, Muammar Gaddafi memberikan penyokongnya senjata bagi menghadapi kebangkitan rakyat amat memalukan. Tindakan itu sangat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan.

Dimanakah nilai kemanusiaan Gaddafi dalam hal ini? Tidakkah dia tahu bahawa yang mahu ditembak itu juga adalah saudaranya? Tidakkah dia sedar, dia sedang bermain dengan api yang sedang marak membara?

Perbuatannya itu ibarat mencurah minyak ke dalam telaga api. Sangat membimbangkan!

Feb 26, 2011

Gambar terpilih dari akhbar

Gambar ini gambar dari akhbar cina. Tidak tahu tajuk akhbar dia apa. Jiran sebelah rumah yang bagi. Sangat bersemangat dia memberinya kepada ayah.

Ini baru permulaan sebuah perjuangan. Malaysia, nantikan kemunculan lebih ramai anak muda seperti kami yang mahu memperjuangkan keadilan pada masa akan datang.


Buat pertama kalinya gambar calon Pro-M di muka hadapan Akhbar. Akhbar milik UMNO & geng pulak tu. Meskipun isu penculikan, namun ternyata Pro-M tetap mendapat perhatian Utusan & Co.

Feb 25, 2011

Kuasa Anak Muda Semakin Digeruni


Suara anak muda kelihatan semakin marak dan tidak dapat dihalang lagi. Meskipun dituduh dan di label pelbagai gelaran tidak selayaknya, namun mereka tetap mara menyatakan suara keramat mereka.

Gerakan di Asia Barat kini semakin hebat mengancam pemimpin mereka yang tidak pernah mahu mendengar suara rakyat. Pemimpin yang mahu rakyat mengikut kehendak mereka semata-mata.

Hal inilah yang menyebabkan rakyat bangun melawan pemerintah tersebut. Namun, mereka terpaksa berhadapan dengan pihak media yang telah diarah oleh penguasa bagi mengawal pengaruh negetif ini dari berlarutan.

Feb 24, 2011

Pengalaman Pilihanraya Kampus



Pengalaman ini merupakan satu pandangan peribadi daripada saya sahaja. Ianya berdasarkan pemerhatian bersifat kasar. Seterusnya disebabkan pengalaman yang saya alami sendiri.

Secara jujurnya, saya memang seorang penyokong Pro-Mahasiswa yang sangat tegar. Tapi saya tetap berpendirian bahawa Pro-mahasiswa sekadar alat untuk saya menyatakan pendirian saya.

Jikalau Pro-Mahasiswa sudah tidak menjadi seperti yang saya inginkan, maka saya tidak teragak-agak akan menukar kearah parti lain yang lebih sesuai dengan nada perjuangan saya.

Feb 18, 2011

Pilihanraya Kampus UM sudah Bermula


Inilah saat yang dinanti oleh semua warga UM. Memilih wakil mahasiswa untuk menyampaikan suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Memilih mahasiswa yang bakal menjulang varsity di puncak dunia.

Kuasa pemilihan itu berada di tangan setiap mahasiswa. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka dari memilih siapa pimpinan pelajar yang mereka mahu.

Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini memperlihatkan pertandingan pihak Penggerak Mahasiswa (Aspirasi) berlawan dengan Pro-Mahasiswa bersama beberapa calon bebas yang lain.

Feb 15, 2011

Valentine dalam mengenang Rasulullah


Valentine day atau bahasa mudahnya, Hari kekasih jatuh pada 14 Februari tahun masihi setiap tahun. Pelbagai versi cerita yang boleh kita dapat mengenai sejarah kelahiran hari kekasih ini.

Maulidur Rasul pula merupakan hari menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tarikh sambutan ini diambil pada setiap 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah. Meskipun perkara ini masih diragui, namun tidak salah bagi menyatakan kecintaan kita kepada baginda SAW.

Apa yang menarik disini, kebetulan pada tahun ini, kedua hari ‘penting’ ini mempunyai tarikh yang berdekatan. Temanya juga hampir sama, yakni hari menyambut percintaan dan hari menyatakan kecintaan kita kepada orang yang kita sayang.

Feb 12, 2011

Tahniah Rakyat Mesir


Mungkin saya merupakan orang terakhir mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana mereka berjaya menumbangkan rejim Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan.

Ternyata keangkuhan Mubarak berjaya ditundukkan oleh rakyat keseluruhannya. Ianya pasti meresahkan kepada pemerintah yang lain terutamanya yang sama ‘sifatnya’ dengan Hosni Mubarak.

Berita kejatuhan Mubarak ini pada mulanya saya ingat main-main. Maklumlah, pelbagai khabar angin boleh kita dengari pada masa kini. Hatta sukar untuk mengetahui mana yang benar, mana yang palsu.

Feb 11, 2011

Hosni Mubarak Wajah Pemerintah Zalim Masa Kini


Hosni Mubarak, sebagai seorang Presiden di Mesir, sangat kejam terhadap rakyatnya. Dia berdegil mahu mempertahankan jawatannya meskipun rakyat mengkehendaki sedemikian.

Butakah dia? Bilamana jutaan rakyat turun diseluruh Kaherah menuntut beliau segera meletakkan jawatan.

Pekakkah dia? Bila rakyat sudah bersorak dan mengatakan kehendak mereka. Hosni, turun segera! Hosni, kau pemerintah zalim!

Feb 10, 2011

Teguran Terbuka Untuk Para Pemimpin Islam


Ini nasihat dari seorang rakyat biasa yang mendambakan kemenangan Islam di tanah air sendiri. Nasihat ini dari anak muda yang lahir hasil kemerdekaan yang diperolehi dari penjajah British kepada anak didiknya, UMNO kepada para pemimpin yang sangat terhormat.

Mungkin diri ini bukan yang terbaik atau layak untuk memberi nasihat kepada pemimpin Islam yang tinggi ibadatnya, tinggi pengorbanannya. Namun berpegang agama itu nasihat, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi nasihat seadanya saya.

Malaysia, sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan agama didalamnya. Ia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan banyak lagi kaum lain. Ianya sangat unik dan menarik untuk dipelajari.

Feb 8, 2011

Rosmah Calon BN di Merlimau?

Terdengar ura-ura mengatakan perkara ini bakal terjadi. Hal ini dek kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu meletakkan calon wanita ditempat tersebut setelah melihat PAS meletakkan calon wanita di pilihan raya kecil di Tenang sebelum ini.

Ini merupakan permintaan Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO yang meminta calon wanita dipertimbangkan untuk diletakkan dipilihanraya kecil tersebut.

Rosmah merupakan pengerusi PERMATA dan BAKTI merupakan isteri Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak. Beliau merupakan seorang wanita dan isteri yang sangat aktif membantu suaminya dalam mentadbir negara.

Feb 3, 2011

Kerajaan Zalim Pasti Akan Tumbang!


Sejarah demokrasi moden kini memperlihatkan kebangkitan suara rakyat dalam menentang pemimpin yang zalim dalam pemerintahannya. Meskipun kerajaan itu sudah lama, namun ia pasti akan di ‘hukum’.

Terbaru, kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mubarak di kecam hebat oleh rakyatnya. Ketumbukan rakyat hasil cetusan anak muda bangkit menentang pemerintahan Hosni Mubarak.

Sebelum ini juga, banyak kerajaan yang gagal dalam pentadbirannya bakal di tentang & di lawan oleh rakyatnya. Baik secara halus mahupun secara terang-terangan.

Jan 25, 2011

AS Halalkan Serangan Israel


Hairan bin ajaib! Itulah antara perkataan pertama yang terkeluar dari mulut ini tatkala membaca kenyataan tersebut di media arus perdana.

Kenyataan yang mengatakan serangan keatas misi keamanan Freedom Flotilla yang mengorbankan 16 orang sukarelawan dari pelbagai negara diserang oleh tentera haram Israel adalah benar dan menurut undang-undang antarabangsa.

Cuba teka, siapa yang berkata sedemikian?

Tidak susah hendak meneka kerana yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah dari sekutu rapat Israel sendiri yakni Amerika Syarikat (US).

Jan 24, 2011

Mengapa Chua Berkata Demikian?


Tindakan Chua Soi Lek, Presiden MCA menyelar perbuatan calon PAS, Normala mengenai keengganan Normala bersalam dengan kaum Adam ternyata mengundang persoalan.

Disini penulis bukan mahu bermain isu politik semata-mata. Namun ingin mempersoalkan bagaimana seorang bukan Islam masih mempersoalkan perkara itu.

Beliau sebagai seorang Presiden sebuah parti Cina dalam kompenan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak dapat memahami tindakan Normala tersebut. Saya semestinya tidak mahu melibatkan isu parti didalam perbicangan ini.

Jan 23, 2011

AUKU Akta Jenayah!


Sudah hampir 40 tahun golongan mahasiswa dihantu & ditakutkan dengan satu akta jenayah yang digelar ‘AUKU’. Akta Universiti & Kolej Universiti ini seharusnya dimansuhkan sahaja.

Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan ia melibatkan banyak perkara. Namun saya bertegas merasakan akta ini perlu dihapuskan.

Kerana apa?

Kerana ia akta jenayah terancang oleh pihak pemerintah yang telah membunuh ‘suara’ mahasiswa selepas hampir 40 tahun. Bayangkan, hampir 40 tahun ia membunuh!

P/Raya Kampus kian tiba, ayuh langkah tanpa gentar!


Bahang Pilihanraya Kampus kian terasa. Gelombang Oren kian menjelma. Gelombang lawannya masih belum muncul tiba. Sekadar kelihatan kertas-kertas kecil berwarna kuning di sekitar kolej dan kawasan berhampiran.

Ya! Pilihanraya Kampus (PRK) semakin hampir menemui mahasiswa. Pastinya PRK ini dinanti oleh semua mahasiswa yang mahu memperjuangkan suara-suara mahasiswa yang kini semakin hilang taringnya.

PRK ini diadakan setahun sekali bagi mahasiswa memilih siapakah yang bakal memperjuangkan hak mereka. Memenuhi keperluan mereka sebagai seorang mahasiswa.

Jan 20, 2011

Pilihanraya Kecil Dinanti oleh Semua Rakyat bagi Menghukum Si Durjana


Menarik! Peluang tidak selalu datang! Projek besar di depan mata!

Setelah berbelas tahun masalah ini berlaku, akhirnya ia selesai dengan hanya pilihanraya kecil!

Begitulah antara cakap-cakap kedai kopi di warung-warung tepi jalan yang memenuhi pinggiran kota.

Senario politik yang berlaku di Malaysia berikutan kekerapan pilihanraya kecil yang berlangsung sekitar 3 tahun ini. Pelbagai komentar & pandangan yang dapat dilihat bagi mencerminkan budaya politik masyarakat malaysia.

Semenjak pilihanraya umum ke 12 (PRU 12) berlalu pada bulan Mac lalu, Malaysia telah melalui lebih dari 10 pilihanraya kecil dalam masa hanya 3 tahun!

Mesti Baca!! Lagi Keajaiban Quran Ditemui!

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Setelah lebih 1300 tahun ayat tersebut turun, baru kini manusia mampu menyelongkar ayat tersebut! Allahuakbar!!

Pendedahan ini didedahkan oleh Mr Jacques Yves Costeau,, seorang ahli Oceanogra dari Perancis melalui rancangan TV `Discovery '.

Orang tua berambut putih ini yang juga merupakan seorang ahli selam terkenal menghabiskan sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia.

Jan 18, 2011

Kenaikan Harga Barang Membebankan Rakyat


Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sepuluh sen setiap enam bulan sememangnya membebankan rakyat bawahan.

Kenaikan harga barang khususnya minyak ini sememangnya memberi kesan negatif & buruk kepada rakyat. Antara yang terkesan adalah golongan miskin yang hidupnya kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Kenaikan harga barang ini meskipun sedikit, kesannya dapat dirasai oleh mana-mana golongan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah ini.

Kenaikan harga minyak secara logiknya menyebabkan harga barangan lain naik sendiri tanpa dapat dikawal meskipun amaran tegas telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Jan 17, 2011

Mahasiswa Malaysia Hilang Berahi



Mahasiswa dikenali sebagai satu entiti atau kelompok mendapat satu pendidikan yang ekslusif & mengikut kecenderungan masing-masing. Malahan, kelompok mahasiswa inilah bakal mewarisi pentadbiran negara masing-masing.

Penglibatan mahasiswa dalam membela rakyat sememangnya dinantikan oleh masyarakat. Lihat sajalah kepada kejatuhan rejim Suharto di Indonesia, keruntuhan Shah Iran di Iran, kesemuanya adalah hasil usaha golongan Mahasiswa yang mahukan keadilan kepada masyarakat.

Kelompok ini tanpa gentar telah berjaya membawa satu perubahan dalam sosio masyarakat bagi membela masyarakat yang tertindas.

Jan 15, 2011

Ng Wei Aik Tunjuk Teladan Baik


Penulis berasa terkesima dengan berita permohonan maaf secara terbuka antara ADUN Komtar, Ng Wei Aik kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar.

Jangan tidak tahu, Ng Wei Aik itu bukan seorang umat Islam. Ianya pasti amat menarik untuk dibanding dengan sebahagian umat Islam yang dilihat tidak pernah mencerminkan akhlak Islam sebenar.

Beliau juga merupakan wakil rakyat dari DAP yang dilabel 'musuh' yang ingin memusnahkan Islam. Ternyata tindakannya itu membuat musuhnya pula terdiam.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan