Mar 30, 2011

Mufti Perak : POCO-POCO HARAM!!


Ya, poco-poco telah diHARAMkan di Perak.

Ia merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh mufti perak, Tan Sri Dato’ Seri Harunsani melalui Jabatan mufti negeri Perak. Ia dikeluarkan berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186.

Hasil keputusan mesyuarat itu berkenaan tarian atau senaman poco-poco mengesahkan bahawa tarian poco-poco itu diharamkan di negeri Perak. Ia berdasarkan hasil pengkajian pakar yang mengaitkan tarian poco-poco tersebut dengan kepercayaan agama iaitu memuja roh.

Hasil kajian mendapati ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama kristian. Ianya jelas bertentangan dengan agama Islam yang menentang unsur agama lain dalam aktiviti seharian umat Islam.

Mar 27, 2011

Demi Politik, Apa Sahaja Halal?


Politik adalah kuasa. Ia bermakna sesiapa sahaja yang hebat dalam berpolitik, maka mereka ini mampu mempunyai kuasa yang sangat besar.

Kuasa apa dan bagaimana? Secara mudahnya mereka akan diberi kuasa untuk memerintah dan mentadbir. Mereka boleh membuat keputusan dan melaksanakan dasar mengikut kehendak mereka.

Ya, inilah realiti masyarakat masa kini. Kalau inginkan kuasa dengan mudah dan segera, ia perlu menggunakan politik untuk memperolehi kuasa yang diidamkan.

Bunyi semacam politik ini kotor, namun ia tidaklah seteruk mana seperti yang difikirkan. Sebenarnya perkara ini harus dilihat dengan lebih luas lagi. Jangan dipandang secara negatif sahaja.

Mar 22, 2011

Gempar! Quran dibakar!!


Wahai Umat Islam!! Sedarlah kalian!!

Kali ini kita telah dicabar sekali lagi oleh musuh-musuh Islam. Kali ini kita telah dihina sekali lagi secara terang-terangan. Kali ini kita telah dipijak dengan penuh kehinaan di muka kita.

Al-Quran kitab pedoman kita telah dibakar oleh para paderi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Terry Jones dan dilakukan oleh Wayne Sapp di gereja mereka.

Menurut Terry Jones, al-Quran didapati bersalah dan telah menyebabkan berlaku jenayah tertentu. Pembakaran itu dilakukan oleh paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Mar 20, 2011

Sakit Mental Bakal Jadi Penyakit Paling Merbahaya?


Menurut pakar sedunia, penyakit mental atau gila dijangka bakal tersenarai di tangga kedua penyakit tertinggi di dunia. Serangan penyakit mental ini dijangka bakal berada di bawah penyakit jantung koronari menjelang tahun 2020.

Malaysia juga tidak terlepas dari masalah kepada peningkatan penyakit mental dalam kalangan rakyat di negara ini. Malahan, dikhuatiri ia boleh merebak lebih awal daripada itu.

Malaysia mencatatkan 1:5 daripada rakyat malaysia boleh menjadi gila jika mereka mengalami masalah mental serta tidak mendapatkan rawatan awal.

Melihat kepada Hasil Kaji Selidik Kesihatan dan morbiditi Kebangsaan ke-3, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah gangguan mental semakin meningkat berbanding tahun-tahun lepas.

Mar 16, 2011

Membaca di Tandas, Apa Pandangan Anda?


Mengejutkan! Satu kajian yang dilakukan oleh Imperial Cancer Research Fund (ICRF) mendapati empat daripada 10 orang mempunyai tabiat membaca di dalam tandas.

Bagi sesetengah orang, apabila mendengar sahaja perkataan tandas atau jamban, ia akan merasa loya dan tidak berselera terutamanya apabila sedang menghadap makanan.

Namun, jika melihat kembali kepada kajian diatas, masih ada segelintir manusia yang tidak merasa apa-apa apabila membaca ditempat itu. Malahan mereka mendakwa disitu lebih aman dan tenteram.

Gejala Sodami Di Malaysia Semakin Melampau!


Suatu malam yang senyap sepi, di balik bukit sebuah taman reaksi di Cheras kelihatan sekelompok manusia yang sedang bersuka ria. Ada yang menari, ada yang terhuyung hayang dan ada juga yang berpelukan.

Apa yang menghairankan, ianya hanya terdiri daripada kalangan lelaki sahaja. Tidak kelihatan kaum hawa disitu. Perbuatan mereka itu sangat menjelekkan.

Di satu tempat pula, terdapat seorang lelaki yang sedang duduk-duduk di kerusi yang disediakan. Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah menghampiri lelaki tersebut.

Mar 12, 2011

Tsunami Jepun; Lemahnya Akal Manusia


Gempa bumi kini melanda kembali. Hari jumaat lalu menjadi saksi kejadian tersebut. Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun itu berukuran 8.9 pada skala Richter melanda Jepun.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang (waktu Jepun) dikatakan yang terburuk di negara itu sejak 1800-an. Gempa yang melanda timur laut Jepun itu mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Ada laporan lain yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Mar 9, 2011

Perang Khandak Perang Minda Terhebat

Sejarah sering diabaikan oleh kebanyakan manusia zaman sekarang. Ianya dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sama dengan keadaan zaman sekarang. Ianya sekadar dijadikan subjek pengajian semata-mata mahu mendapat sijil pengajian.

Namun, sedar atau tidak sebenarnya sejarahlah yang sering mengajar kita menjadi lebih baik dan bijak dalam membuat keputusan. Kerana sejarah sudah menunjukkan perkara yang akan terjadi.

Disini saya berasa tertarik mahu berkongsi kisah mengenai perang Khandak yang berlangsung semasa era kemunculan awal Islam di Bumi ini. Sedar atau tidak, perang Khandak ini merupakan antara perang terpenting dalam sejarah perkembangan Islam.

Mar 7, 2011

BN semakin yakin


Kemenangan terbaru Barisan Nasional di Merlimau dan Kerdau sememangnya memberi tamparan kepada Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya.

Kemenangan dengan majoriti besar ini sememangnya memberi keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihanraya umum pada masa akan datang.

Apa yang membanggakan, kemenangan besar ini di bantu oleh ramai pengundi muda yang dilihat semakin bijak dalam berfikir dan memilih parti yang terbaik kepada mereka.

Feb 27, 2011

Gaddafi Melampau!


Tindakan Presiden Libya, Muammar Gaddafi memberikan penyokongnya senjata bagi menghadapi kebangkitan rakyat amat memalukan. Tindakan itu sangat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan.

Dimanakah nilai kemanusiaan Gaddafi dalam hal ini? Tidakkah dia tahu bahawa yang mahu ditembak itu juga adalah saudaranya? Tidakkah dia sedar, dia sedang bermain dengan api yang sedang marak membara?

Perbuatannya itu ibarat mencurah minyak ke dalam telaga api. Sangat membimbangkan!

Feb 26, 2011

Gambar terpilih dari akhbar

Gambar ini gambar dari akhbar cina. Tidak tahu tajuk akhbar dia apa. Jiran sebelah rumah yang bagi. Sangat bersemangat dia memberinya kepada ayah.

Ini baru permulaan sebuah perjuangan. Malaysia, nantikan kemunculan lebih ramai anak muda seperti kami yang mahu memperjuangkan keadilan pada masa akan datang.


Buat pertama kalinya gambar calon Pro-M di muka hadapan Akhbar. Akhbar milik UMNO & geng pulak tu. Meskipun isu penculikan, namun ternyata Pro-M tetap mendapat perhatian Utusan & Co.

Feb 25, 2011

Kuasa Anak Muda Semakin Digeruni


Suara anak muda kelihatan semakin marak dan tidak dapat dihalang lagi. Meskipun dituduh dan di label pelbagai gelaran tidak selayaknya, namun mereka tetap mara menyatakan suara keramat mereka.

Gerakan di Asia Barat kini semakin hebat mengancam pemimpin mereka yang tidak pernah mahu mendengar suara rakyat. Pemimpin yang mahu rakyat mengikut kehendak mereka semata-mata.

Hal inilah yang menyebabkan rakyat bangun melawan pemerintah tersebut. Namun, mereka terpaksa berhadapan dengan pihak media yang telah diarah oleh penguasa bagi mengawal pengaruh negetif ini dari berlarutan.

Feb 24, 2011

Pengalaman Pilihanraya Kampus



Pengalaman ini merupakan satu pandangan peribadi daripada saya sahaja. Ianya berdasarkan pemerhatian bersifat kasar. Seterusnya disebabkan pengalaman yang saya alami sendiri.

Secara jujurnya, saya memang seorang penyokong Pro-Mahasiswa yang sangat tegar. Tapi saya tetap berpendirian bahawa Pro-mahasiswa sekadar alat untuk saya menyatakan pendirian saya.

Jikalau Pro-Mahasiswa sudah tidak menjadi seperti yang saya inginkan, maka saya tidak teragak-agak akan menukar kearah parti lain yang lebih sesuai dengan nada perjuangan saya.

Feb 18, 2011

Pilihanraya Kampus UM sudah Bermula


Inilah saat yang dinanti oleh semua warga UM. Memilih wakil mahasiswa untuk menyampaikan suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Memilih mahasiswa yang bakal menjulang varsity di puncak dunia.

Kuasa pemilihan itu berada di tangan setiap mahasiswa. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka dari memilih siapa pimpinan pelajar yang mereka mahu.

Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini memperlihatkan pertandingan pihak Penggerak Mahasiswa (Aspirasi) berlawan dengan Pro-Mahasiswa bersama beberapa calon bebas yang lain.

Feb 15, 2011

Valentine dalam mengenang Rasulullah


Valentine day atau bahasa mudahnya, Hari kekasih jatuh pada 14 Februari tahun masihi setiap tahun. Pelbagai versi cerita yang boleh kita dapat mengenai sejarah kelahiran hari kekasih ini.

Maulidur Rasul pula merupakan hari menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tarikh sambutan ini diambil pada setiap 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah. Meskipun perkara ini masih diragui, namun tidak salah bagi menyatakan kecintaan kita kepada baginda SAW.

Apa yang menarik disini, kebetulan pada tahun ini, kedua hari ‘penting’ ini mempunyai tarikh yang berdekatan. Temanya juga hampir sama, yakni hari menyambut percintaan dan hari menyatakan kecintaan kita kepada orang yang kita sayang.

Feb 12, 2011

Tahniah Rakyat Mesir


Mungkin saya merupakan orang terakhir mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana mereka berjaya menumbangkan rejim Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan.

Ternyata keangkuhan Mubarak berjaya ditundukkan oleh rakyat keseluruhannya. Ianya pasti meresahkan kepada pemerintah yang lain terutamanya yang sama ‘sifatnya’ dengan Hosni Mubarak.

Berita kejatuhan Mubarak ini pada mulanya saya ingat main-main. Maklumlah, pelbagai khabar angin boleh kita dengari pada masa kini. Hatta sukar untuk mengetahui mana yang benar, mana yang palsu.

Feb 11, 2011

Hosni Mubarak Wajah Pemerintah Zalim Masa Kini


Hosni Mubarak, sebagai seorang Presiden di Mesir, sangat kejam terhadap rakyatnya. Dia berdegil mahu mempertahankan jawatannya meskipun rakyat mengkehendaki sedemikian.

Butakah dia? Bilamana jutaan rakyat turun diseluruh Kaherah menuntut beliau segera meletakkan jawatan.

Pekakkah dia? Bila rakyat sudah bersorak dan mengatakan kehendak mereka. Hosni, turun segera! Hosni, kau pemerintah zalim!

Feb 10, 2011

Teguran Terbuka Untuk Para Pemimpin Islam


Ini nasihat dari seorang rakyat biasa yang mendambakan kemenangan Islam di tanah air sendiri. Nasihat ini dari anak muda yang lahir hasil kemerdekaan yang diperolehi dari penjajah British kepada anak didiknya, UMNO kepada para pemimpin yang sangat terhormat.

Mungkin diri ini bukan yang terbaik atau layak untuk memberi nasihat kepada pemimpin Islam yang tinggi ibadatnya, tinggi pengorbanannya. Namun berpegang agama itu nasihat, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi nasihat seadanya saya.

Malaysia, sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan agama didalamnya. Ia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan banyak lagi kaum lain. Ianya sangat unik dan menarik untuk dipelajari.

Feb 8, 2011

Rosmah Calon BN di Merlimau?

Terdengar ura-ura mengatakan perkara ini bakal terjadi. Hal ini dek kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu meletakkan calon wanita ditempat tersebut setelah melihat PAS meletakkan calon wanita di pilihan raya kecil di Tenang sebelum ini.

Ini merupakan permintaan Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO yang meminta calon wanita dipertimbangkan untuk diletakkan dipilihanraya kecil tersebut.

Rosmah merupakan pengerusi PERMATA dan BAKTI merupakan isteri Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak. Beliau merupakan seorang wanita dan isteri yang sangat aktif membantu suaminya dalam mentadbir negara.

Feb 3, 2011

Kerajaan Zalim Pasti Akan Tumbang!


Sejarah demokrasi moden kini memperlihatkan kebangkitan suara rakyat dalam menentang pemimpin yang zalim dalam pemerintahannya. Meskipun kerajaan itu sudah lama, namun ia pasti akan di ‘hukum’.

Terbaru, kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mubarak di kecam hebat oleh rakyatnya. Ketumbukan rakyat hasil cetusan anak muda bangkit menentang pemerintahan Hosni Mubarak.

Sebelum ini juga, banyak kerajaan yang gagal dalam pentadbirannya bakal di tentang & di lawan oleh rakyatnya. Baik secara halus mahupun secara terang-terangan.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan