Oct 23, 2009

Terjaga Pagi Suatu Rahmat..


Salam Muhasabah Buat Diri dan Pembaca Sekalian..

Bayangkan saat ketika kita sedang nyenyak diulit mimpi, dengan suasana yang sangat dingin dan kelam tanpa cahaya, kita tiba-tiba terjaga daripada tidur. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati dan diperhati. Belum Subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “Oh, baru pukul 3 pagi,” bicara hati kecil.

Dalam situasi sebegini, apakah yang sering kita lakukan? Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan. Apapun tanya iman kita dan buatlah pilihan yang bijak.

Pertama :
Kebanyakkan kita akan menarik semula selimut dan menyambung episode kedua mimpi yang tergantung separuh jalan tadi. Bukan itu sahaja, bahkan hati kita akan mengomel, “Apasal la aku bangun awal sangat ni?” Terzahirlah sebuah kekesalan dalam hati. Ha! Kesal bangun awal? Nauzubillah..moga hati kita di jauhkan daripada berkata-kata sedemikian

Kedua :
“Oh, baru pukul 3 pagi. Ustaz dulu pernah kata, waktu macam ini doa mudah makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian kembali ‘ibadah senyap’.

Ketiga:
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud tanpa berlengah. Sembahlah Allah saat mata-mata lain rapat terpejam, rukuklah saat hati kita masih tenang dan suci, sujudlah saat minda masih lagi kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa kita didengari Allah.

Berdasarkan ketiga-tiga situasi diatas, penulis dapat simpulkan bahawa mana-mana pilihan yang kita lakukan adalah berdasarkan tingkat keimanan kita kepada Allah SWT. Semakin kuat iman kita, semakin ingin kita meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Namun, jika kita lemah iman, maka kita akan kembali melayan nafsu kita.

Terjaga pagi merupakan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Siapa sangka saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan pada malam tersebut.

Jadi, marilah kita bersama-sama dari langkah pertama, berdoa sebaik sahaja kita terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya. Itulah merupakan cara untuk kita berterima kasih kerana terjaga saat sedang terlena. Bukannya kita mengomel seorang diri tanda penyesalan. Tetapi alangkah manisnya kita lakukan dengan tahajjud.

5 ulasan:

Anonymous said...

entry yg mengesankan jiwa;))

Cik Areja said...

salam singgah Akmal :)
story awk mengenai kebangkitan malam ni sgt menginsafkan :)
Hope malam2 kebangkitan dari tidur saya dipenuhi ibadah untuk NYA.. Insyallah :)

oranglidi said...

Stuju

siti ajar bt yaakob said...

salam ukhwah.
saya sering terjaga jam 3 pagi...kadangkala saya termasuk golongan kedua iaitu menyedari waktu itu mustajab untuk berdoa...yang kerapnya ialah tarik semula selimut..namun apabila melakukan seperti tahap ke 3 ialtu bersolat dan bertahajud terasa diri dekat dengan tuhan...

syauqahwardah1209 said...

Salam warahmatullah..

'Dikejutkan' pada keheningan malam memang adalah satu rahmat dari Allah swt..

Cuma manusia sahaja yg tidak mahu memanfaatkan nikmat itu..

Entri yg bagus.. teruskan perkongsian ilmu. Moga Allah merahmati selalu..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan