Aug 31, 2010

Merdeka ;(


Tanggal 31 Ogos 2010 maka genaplah 53 tahun kemerdekaan Malaysia. Malaysia yang merdeka daripada penjajahan penjajah luar yang telah menjajah Malaysia hampir ratusan tahun.

Namun, itukah sebenarnya erti kemerdekaan yang kita mahu? Sekadar bebas dari penjajah namun masih menggunakan sistem yang mereka tinggalkan pada kita. Masih menggunakan sistem perundangan mereka. Inikah merdeka?

Pembaca dihormati sekalian. Ini bukan kemerdekaan hakiki. Ini bukan kemerdekaan yang kita kehendaki. Kemerdekaan yang sekadar bersifat luaran namun masih terikat dengan peninggalan penjajah.

Malaysia setelah lebih 50 tahun merdeka masih melihatkan kemunduran dari beberapa aspek. Ekonomi Malaysia masih ketinggalan. Masyarakat yang miskin masih banyak baik di Bandar mahupun diluar Bandar.

Suara rakyat di sekat dan dihalang. Hingga akhirnya suara rakyat terpaksa menggunakan kekerasan seperti demonstrasi di jalanan. Walhal ada cara yang lebih baik yang boleh kita gunakan. Namun disebabkan sombong, inilah yang terjadi.

Kita boleh lihat bagaimana rakyat Malaysia ditindas setiap hari demi kepentingan orang-orang tertentu. Media digunakan semaksimum mungkin untuk kepentingan pihak tertentu. Pihak polis dan tentera dikerah untuk menjaga pihak tertentu.

Inikah erti merdeka? Inikah yang rakyat Malaysia harus terima setelah lebih 50 tahun merdeka?

Malaysia seharusnya menjadi sebuah Negara yang betul-betul merdeka. Mempunyai sistem pentadbirannya yang tersendiri dan arah tujunya yang sendiri.


Rakyatnya pula dimerdekakan pemikiran mereka. Diberi mereka kebebasan untuk menyatakan perasaan mereka. Yakinlah apa yang rakyat lakukan ini demi Malaysia juga. Bukan kepentingan mereka sendiri.

1 ulasan:

Masturah Abu Bakar said...

Penjajahan lahiriah sudah lenyap
Penjajahan batiniah, akal dan minda masih memenjara
Bangkitlah mahasiswa
Berjuanglah untuk kebenaran!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan