Dec 22, 2010

Fikiran + perasaan...




Di dalam artikel Realiti Sebenar Dan Realiti Fikiran ada menerangkan bahawa kita berfikir lebih 50 ribu fikiran setiap hari. Di dalam 50 ribu fikiran yang kita jana itu, 80% daripadanya adalah negatif. Ini bermakna terdapat 20% sahaja adalah positif.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya apa yang kita fikir selalu dihantui perasaan takut, cemburu, risau, sedih, marah dan sebagainya. Perasaan yang timbul itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Perasaan tersebut menjadikan kehidupan kita penuh dengan warna warni.

Berfikir tentang siang



Allah telah mengaturkan kejadian siang dan malam mengikut peredaran waktu yang tepat. Penggantian waktu siang dan malam ini sebagai bukti zat keEsaan Allah Taala. Allah menjadikan siang dan malam berbeza keadaannya.

Perbezaan waktu siang dan malam ini menjadi peringatan untuk kita melihat kekuasaan Allah yang penuh hikmah. Kejadian waktu siang ini sudah tentu mempunyai hikmah yang besar di dalamnya sehingga Allah bersumpah ke atasnya.

Jika kita melihat faedah dan manfaat siang hari nescaya kita dapat melihat bahawa ia akan menghilangkan kesedihan yang terjadi di malam hari. Ia akan mengingatkan kita untuk bekerja dan melupakan hal lain.

Dec 21, 2010

Media Sensasi


Di ketika ini, segalanya dihujung jari. Dunia tiada sempadan. Segalanya mudah dikecapi. Kehidupan lebih bergerak laju dan berkembang. Tiada alasan untuk duduk termengu bagai katak dibawah tempurung. Semuanya didepan mata.

Perkembangan media kini semakin berperanan dalam mencorak kehidupan manusia yang serba maju ini. Boleh dikatakan pemikiran manusia kini dikuasai dan dikawal oleh media. Perkembangan media membawa kepada arus perubahan dunia.

Kehidupan manusia kini dipenuhi dengan sistem teknologi yang canggih dan berinovasi. Dulunya, teknologi terbatas. Walaubagaimanapun media ketika itu tetap memainkan peranan sebagai medium penerangan kepada umum.

Dec 19, 2010

Mulakan dengan anda!


Setiap manusia dikurniakan kelebihan masing-masing. Anugerah ini dikurniakan untuk melengkapi hajat manusia yang menginginkan kehidupan yang lebih sempurna. Manusia melakukan pelbagai perkara dengan menggunakan segala kehebatan dan kelebihan yang sedia ada di dalam dirinya.

Namun kelebihan itu menuntut untuk manusia melakukan kebaikan sesama mereka. Ini memerlukan kepada peranan daripada setiap individu dalam memberi manfaat kepada manusia lain. Ini membuktikan betapa besarnya peranan dan kepentingan setiap individu itu dalam membentuk corak masyarakat.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan