Di ketika ini, segalanya dihujung jari. Dunia tiada sempadan. Segalanya mudah dikecapi. Kehidupan lebih bergerak laju dan berkembang. Tiada alasan untuk duduk termengu bagai katak dibawah tempurung. Semuanya didepan mata.
Perkembangan media kini semakin berperanan dalam mencorak kehidupan manusia yang serba maju ini. Boleh dikatakan pemikiran manusia kini dikuasai dan dikawal oleh media. Perkembangan media membawa kepada arus perubahan dunia.
Kehidupan manusia kini dipenuhi dengan sistem teknologi yang canggih dan berinovasi. Dulunya, teknologi terbatas. Walaubagaimanapun media ketika itu tetap memainkan peranan sebagai medium penerangan kepada umum. >
Medium alamaya kini menjadi pilihan nombor satu manusia. Televisyen, radio, internet, facebook, twiter dan sebagainya termasuk sebagai medium yang berperanan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat seluruhnya.
Media penulisan juga semakin meluas. Tidak lagi hanya bercerita tentang kisah-kisah yang biasa boleh didapati di kedai kopi. Bahkan hal dunia sekalipun mampu diperbincangkan. Setiap helaian dan naskah merangkumi perlbagai aspek termasuk agama, sosial, politik, ekonomi, hiburan dan sebagainya.
Tidak kiralah apa jua medium yang ingin digunakan oleh media namun peranan utamanya tetap sama iaitu memastikan segala maklumat sampai kepada umum. Maklumat berunsurkan jenaka, nasihat, akhlak dan sebagainya itu kesemuanya penting dalam kehidupan manusia.
Sebagaimana yang dilakukan oleh tokoh terulung Wali Songo kepada masyarakat indonesia awalnya. Beliau melakukan perubahan sosial secara halus dan bijaksana dalam berdakwah. Beliau menggunakan wayang kulit sebagai medium dakwahnya kepada masyarakat.
Bermula dengan usaha Wali Songo, yang mempersembahkan wayang kulit sebagai medium penerangan. Sehinggalah hari ini kepelbagaian medium dicipta bagi memudahkan manusia memperolehi apa yang mereka inginkan.
Betapa besarnya peranan media dalam mencorak perubahan kehidupan manusia. Kini semuanya boleh didapati dengan mudah. Media penerangan sentiasa mengikut arus perkembangan semasa.
Medium penyampaian maklumat semakin berkembang tidak kiralah media penulisan, media cetak, mahupun media elektronik. Kesemuanya berperanan dalam menyampaikan maklumat kepada umum.
0 ulasan:
Post a Comment