Allah telah mengaturkan kejadian siang dan malam mengikut peredaran waktu yang tepat. Penggantian waktu siang dan malam ini sebagai bukti zat keEsaan Allah Taala. Allah menjadikan siang dan malam berbeza keadaannya.
Perbezaan waktu siang dan malam ini menjadi peringatan untuk kita melihat kekuasaan Allah yang penuh hikmah. Kejadian waktu siang ini sudah tentu mempunyai hikmah yang besar di dalamnya sehingga Allah bersumpah ke atasnya.
Jika kita melihat faedah dan manfaat siang hari nescaya kita dapat melihat bahawa ia akan menghilangkan kesedihan yang terjadi di malam hari. Ia akan mengingatkan kita untuk bekerja dan melupakan hal lain. >
Di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa kejadian siang dijadikan terang benderang yang berbeza dengan keadaan di waktu malam yang gelap gekita. Pada waktu siang inilah manusia bertebaran mencari rezeki yang halal sebelum malam tiba untuk merehatkan diri.
Waktu siang ini jugalah Allah mewajibkan manusia bepuasa apabila tiba bulan Ramadhan. Bermula dengan terbit fajar sehinggalah matahari terbenam. Suruhan ini sudah tentu mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Bermula terbitnya fajar, Allah Taala telah menampakkan kuasaNya dengan ciptaan cahaya yang terang benderang. Kejadian matahari yang dijadikan untuk memberi cahaya dan manfaat kepada kehidupan.
Cahaya matahari menerangkan bumi sehinggalah beredarnya waktu siang. Setelah terbenam matahari, Allah menampakkan pula kuasaNya pada kejadian malam yang penuh indah dan tenang.
Sumpahan Allah terhadap siang ini banyak disebutkan dalam Al-Quran. Beruntunglah kepada sesiapa yang memanfaatkan waktu siang ini dengan perkara-perkara yang disukai Allah.
Sungguh Allah menyukai orang-orang yang bersyukur.
0 ulasan:
Post a Comment