Dec 22, 2010

Fikiran + perasaan...




Di dalam artikel Realiti Sebenar Dan Realiti Fikiran ada menerangkan bahawa kita berfikir lebih 50 ribu fikiran setiap hari. Di dalam 50 ribu fikiran yang kita jana itu, 80% daripadanya adalah negatif. Ini bermakna terdapat 20% sahaja adalah positif.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya apa yang kita fikir selalu dihantui perasaan takut, cemburu, risau, sedih, marah dan sebagainya. Perasaan yang timbul itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Perasaan tersebut menjadikan kehidupan kita penuh dengan warna warni. >

Namun, perasaan negatif tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ditambah pula dengan hasutan syaitan. Anugerah akal dikurniakan untuk mengawal tindakan kita. Jika dibiarkan nescaya akan berlaku pelbagai perkara buruk di sekeliling kita.

Perasaan itu sangat subjektif dan sulit untuk diterjemahkan dan merupakan sesuatu penyataan jiwa. Antara sifat perasaan adalah kuat dan lemah. Dengan itu, perlu untuk kita menerapkan nilai ketuhanan dalam perasaan agar kita tidak mudah rasa goyah.

Segala perasaan yang kita alami itu adalah kurniaan Allah. Walaupun perasaan marah, benci, risau, cemburu, geram dan sebagainya, kesemuanya itu adalah daripada Allah. Perasaan tersebut tidak boleh dibuang tetapi boleh dielakkan atau diubati.

Bila kita risau redakan ia dengan keyakinan kita kepada takdir Allah. Belajar untuk bertenang dan melatih diri dengan mengawal emosi. Bila rasa cemburu, latihlah diri kita untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

Fikiran dan perasaan berhubung antara satu sama lain. Apabila kita berfikir sesuatu maka sesuatu perasaan itu akan muncul. Apabila kita merasa sesuatu maka pelbagai perkara kita akan fikir. Begitulah keadaannya kita sebagai manusia. Haruslah bersyukur dengan segala nikmatNya yang sangat indah ini. :-)




0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan