Islam kini semakin berkembang ke seluruh dunia. Ternyata kejadian 11 September dahulu tidak mampu menahan kebangkitan Islam. Malahan, ia menjadi pemangkin kepada pengenalan Islam kepada semua umat dunia.
Terbaru, kajian daripada sebuah badan agama, Faith Matters mendapati lebih 100,000 warga Britain memeluk agama Islam dalam masa sedekad. Jika di kira secara purata, ia hampir 5000 orang setahun!
Ia menguatkan lagi satu kajian yang mengatakan Benua Eropah pada tahun 2050 akan menjadi benua kedua teramai penduduknya yang menganut agama Islam selepas Asia!
Ternyata, kajian daripada Faith Matters membenarkan kenyataan tersebut. Malahan siapa tahu, ia mungkin akan lebih awal lagi dari yang disangka.
Ia berasaskan kepada beberapa sebab. Jika dilihat, kebanyakkan gereja di Eropah sudah banyak yang terbiar dan ditinggalkan. Masyarakat Eropah semakin tidak berminat untuk hadir ke gereja. Ia membolehkan umat Islam disitu membeli gereja yang ada dan digantikan dengan Masjid.
Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.
Di sekitar Eropah pula, Islam merupakan agama paling pesat berkembang. Ia semakin ketara dan jelas kewujudannya berbanding masa dahulu apabila ia diamalkan secara senyap-senyap.
Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya, tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat. Perkara ini jelas membimbangkan kristian di eropah. Akhirnya mereka mengambil tindakan mengharamkan pemakaian burqa’ dan larangan membina masjid.
Mengikut kajian sesetengah badan NGO Barat, mereka mendapati bahawa jumlah terkini penganut Islam di Eropah sekarang ini pada kadarnya 1 dari 4 orang penduduk di sana adalah Islam.
Peta Benua Eropah terbaru menunjukan kadar penduduk Islam telah begitu ramai dan ianya menakutkan sesetengah pemimpin-pemimpin di sana.
Kadar ini sebagaimana laporan CNN yang terbaru beberapa bulan yang lalu melalui laporan “Mapping the Global Muslim Population” yang dibentangkan di dalam “ Forum on Religion & Public Life”.
Akhirnya, jelas disini bahawa Islamphobia yang cuba diterapkan Eropah akhirnya memakan diri mereka sendri. Ternyata Islam yang dibawa Muhammad telah berjaya menembusi hati masyarakat Islam disana. Lalu ia berkembang tanpa dapat dihentikan oleh sesiapa.
1 ulasan:
alhamdulillah.. mereka mula sedar ;)
Post a Comment