Terdapat pelbagai andaian mengenai tarikh penutupannya itu. Ada yang kata 15hb Mac & ada yang kata 30hb Mac. Kesemua khabar angin ini masih tidak dapat disahkan selagi tidak di sahkan sendiri oleh Pembuatnya sendiri, Mark Zuckhenberg.
Penutupan Facebook ini bakal mengundang seribu persoalan. Mengapa perkara ini terjadi dan apakah kesannya kepada penggunanya yang dikatakan mencecah puluhan juta di seluruh dunia.
Menurut satu kenyataan, penutupan Facebook ini dikatakan disebabkan Mark sudah tidak larat hendak mengurus Facebook ini. Dia dikhabarkan tidak mahu menghabiskan masa mudanya semata-mata dengan mengurus benda ‘gila’ ini.
Mark dikatakan hampir menjadi gila semata-mata mahu menguruskan Facebook ini. Beliau juga berharap penutupan Facebook ini membuatkan orang ramai berkawan dengan realiti. Bukan melalui alam maya semata-mata.
Berita penutupan ini semestinya menggemparkan masyarakat dunia. Terutamanya penggunanya yang dikatakan bertambah hampir puluhan ribu setiap hari.
Kenyataannya, Mark menjadi kaya hanya kerana Facebook ini, menyebabkan orang mempersoalkan mungkinkah ada desakan mana-mana pihak supaya Facebook ini ditutup?
Mark dikatakan bekerja hampir 18 jam sehari semata-mata mahu memastikan Facebooknya ini sentiasa memenuhi pasaran semasa. Jadi, jika difikir logik akal, mana mungkin beliau mahu melepaskan ‘anugerah’ yang dimilikinya ini.
Apapun, berita penutupan Facebook ini masih hangat diperkatakan. Tiada hitam putih yang mampu diberikan kepada penggunanya. Sebelum ini pun khabar angin ini pernah kedengaran. Namun tidak dapat pula terjadi.
Diharapkan kepada para pengguna Facebook untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan =)
0 ulasan:
Post a Comment