Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sepuluh sen setiap enam bulan sememangnya membebankan rakyat bawahan.
Kenaikan harga barang khususnya minyak ini sememangnya memberi kesan negatif & buruk kepada rakyat. Antara yang terkesan adalah golongan miskin yang hidupnya kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
Kenaikan harga barang ini meskipun sedikit, kesannya dapat dirasai oleh mana-mana golongan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah ini.
Kenaikan harga minyak secara logiknya menyebabkan harga barangan lain naik sendiri tanpa dapat dikawal meskipun amaran tegas telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Tindakan kerajaan yang menangkap dan menahan mana-mana peniaga yang menaikkan harga sememangnya dilihat sangat kejam dan zalim.
Pastinya slogan ‘rakyat didahulukan’ dilihat sangat retorik serta bersifat politik. Ianya tidak dilihat mendasar berdasarkan keadaan semasa rakyat yang tertekan dengan kehidupan sebegini.
Tidak dinafikan penstruktran subsidi ini perlu bagi mengawal pembelanjaan negara yang sudah 12 tahun berturut-turut mengalami defisit.
Namun persoalannya, mengapakah golongan rakyat ini yang menjadi mangsa?
Subsidi rakyat terpaksa ditarik sedikit demi sedikit demi menampung perbelanjaan ‘gila’ pihak kementerian yang mewah berbelanja beralasankan status mereka sebagai ketua kementerian.
Rakyat pasti bersedia menerima kenaikan harga barang dengan syarat pemimpin Malaysia juga berjimat dalam berbelanja. Bukan sekadar mahu menyelamatkan kroni tertentu sahaja.
Amat mendukacitakan bagaimana setelah seorang pemimpin meminta rakyat berhemah dalam berbelanja, namun selepas itu pemimpin itu sendiri menjamu selera dengan kos belanja yang sangat tinggi.
Tidak sesuai dengan ucapannya beberapa saat yang lepas! Rakyat pastinya muak dengan tindakan ini.
Kami ingin menasihati kepada kerajaan agar lebih berhemah dan berjimat dalam berbelanja. Kurangkan perbelanjaan gila sesetengah individu yang mengunakan kementerian tertentu dalam memenuhi nafsu ‘gila’ sendiri.
Tambah memilukan & memualkan, rakyat yang menjadi mangsa. Rakyat diperbodohkan dan diperjudikan nasib demi kepentingan orang tertentu.
AWAS!! Tsunami pilihanraya ke-12 masih belum berakhir. Ianya hanya menjadi pemula kepada satu episod perjuangan keadilan rakyat. Jika masih menganggap rakyat ini bodoh & boleh digula-gulakan, tunggulah pilihanraya akan datang nanti.
0 ulasan:
Post a Comment