Jan 17, 2011

Mahasiswa Malaysia Hilang Berahi



Mahasiswa dikenali sebagai satu entiti atau kelompok mendapat satu pendidikan yang ekslusif & mengikut kecenderungan masing-masing. Malahan, kelompok mahasiswa inilah bakal mewarisi pentadbiran negara masing-masing.

Penglibatan mahasiswa dalam membela rakyat sememangnya dinantikan oleh masyarakat. Lihat sajalah kepada kejatuhan rejim Suharto di Indonesia, keruntuhan Shah Iran di Iran, kesemuanya adalah hasil usaha golongan Mahasiswa yang mahukan keadilan kepada masyarakat.

Kelompok ini tanpa gentar telah berjaya membawa satu perubahan dalam sosio masyarakat bagi membela masyarakat yang tertindas.

Golongan mahasiswa ini tidak terikat dengan mana-mana peraturan hidup selain bebas dalam membuat keputusan dalam hidup mereka. Hasilnya, mereka gah meneraju negara mereka kemudiannya.

Malaysia sendiri tidak pernah terlepas dalam sejarah kehebatan mahasiswa membela rakyat. Lihat sahaja pada peristiwa ‘Baling’ pada tahun 1974, golongan mahasiswala yang bagkit membela nasib rakyat miskin disana.

Namun, sejak penggubalan & pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 1976, mahasiswa dilihat semakin lesu. Hasrat penggubalan AUKU yang dikatakan mahu melihat lebih ramai golongan intelek lahir gagal dilihat sehingga kini.

Setelah lebih 30 tahun AUKU ini wujud, mahasiswa ini dilihat sangat mandom. Golongan mahasiswa ini dilihat ibarat lembu yang dicucuk hidungnya. Mudah dibawa kemana sahaja yang diinginkan walhal mereka BUKAN lembu!

Ternyata AUKU yang lahir sememangnya menjadi penghalang kepada kemajuan Malaysia. Malaysia kini telah kehilangan ramai pemimpin berwibawa. Bayangkan, sudah lebih 30 tahun ia menjadi punca kemandoman Mahasiswa.

Jikalau ia tidak dilaksanakan, nescaya kita mampu melihat lebih ramai ‘Anwar Ibrahim’ berpencak membela rakyat, lebih ramai ‘tukar tiub’ yang kritikal dapat dilahirkan.

1 ulasan:

naim said...

Salam

Mahasiswa x hilang semangat, cuma batasan(hak) nak bersuara.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan