Jan 13, 2011

Kepimpinan Najib Kian terserlah


Kepimpinan Perdana Menteri yang keenam kita, Datuk Seri Najib Razak sememangnya kian terserlah. Kebijaksanaan Najib dalam mendekati rakyat dilihat ramai pemerhati sebagai mengkagumkan.

Kerendahan Najib menonton perlawanan Bola Piala Suzuki di Dataran Merdeka baru-baru ini sememangnya mencuit hati rakyat sekalian. Beliau begitu berani turun ke padang menonton bersama rakyat.

Belum lagi dalam sejarah bagi mana-mana Perdana Menteri melakukan tindakan sedemikian. Hatta pemimpin pembangkang juga dilihat amat jauh daripada tindakan tersebut.


Model ekonomi baru (MEB) yang diperkenalkan baru-baru ini juga dilihat begitu jujur dan telus dalam menerangkan masalah yang berlaku pada Malaysia. Ia membentangkan segala permasalahan yang berlaku dengan setelusnya.

Paling diingati, kejayaan Najib dalam memperkenalkan One Malaysia, yang kini kian giat dipromosikan di seluruh Malaysia. One Malaysia yang dikatakan di tiru daripada One Israel kini dilihat semakin diterima oleh Masyarakat Majmuk di Malaysia.

One Malaysia membolehkan rakyat Malaysia lebih dekat dalam memahamai antara satu sama lain. Selain menyemai semangat perpaduan bangsa di Malaysia, one Malaysia dilihat mencerminkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Rakyat bukan mahu ditadbir oleh penyamun, tetapi sekadar mahu mendapat pemimpin yang telus dalam menjaga kebajikan mereka. Pemimpin yang mampu menjaga negara dalam menghadapi tribulasi luar.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan