Sudah hampir 40 tahun golongan mahasiswa dihantu & ditakutkan dengan satu akta jenayah yang digelar ‘AUKU’. Akta Universiti & Kolej Universiti ini seharusnya dimansuhkan sahaja.
Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan ia melibatkan banyak perkara. Namun saya bertegas merasakan akta ini perlu dihapuskan.
Kerana apa?
Kerana ia akta jenayah terancang oleh pihak pemerintah yang telah membunuh ‘suara’ mahasiswa selepas hampir 40 tahun. Bayangkan, hampir 40 tahun ia membunuh!
Cuba kita berhenti sejenak & berfikir secara waras, agaknya berapa ramai bilangan pemimpin mahasiswa yang mampu dilahirkan dalam tempoh tersebut?
Pastinya sangat ramai jumlahnya! Mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang produktif dalam melahirkan generasi pelapis.
Namun dek kerakusan & kepentingan pihak kerajaan, mereka sanggup membunuh suara mahasiswa ini demi kepentingan survival politik mereka yang dilihat terancam dengan kehadiran mahasiswa ini.
Mengapa suara mahasiswa ini perlu dibunuh?
Soalan ini merupakan soalan yang lazim ditanya oleh pihak-pihak yang dangkal sejarahnya. Seolah-olah mahu mengatakan betapa kerdilnya mahasiswa ini dalam menentukan survival politik kerajaan.
Disini penulis ingin tegaskan, suara mahasiswa suara keramat! Suara mahasiswa mampu meruntuhkan mana-mana pemerintah yang zalim kepada rakyatnya.
Jangan lupa! Sejarah telah membuktikan betapa suara anak muda mampu membawa perubahan.
Lihat sahaja kejatuhan rejim Suharto pada hujung 90-an. Ianya kerana ia didukung oleh mahasiswa. Lihat sahaja di Tunisia baru-baru ini. Kejatuhan pemerintahnya adalah disebabkan desakan daripada golongan mahasiswa.
Ya! Suara Mahasiswa suara keramat!
Namun, Mahasiswa Malaysia semakin layu semakin kendur semangatnya kerana AUKU! Akta jenayah terancang yang harus di hapuskan sama sekali dari perundangan Malaysia.
Mahasiswa Malaysia kini mudah diperbodohkan dek kerana AUKU. Mahasiswa Malaysia semakin ‘lemau’ kerana AUKU. Mahasiswa Malaysia semakin ‘gemuk’ kerana AUKU.
Jadi, jelas disini, AUKU ini perlu dihapuskan sama sekali. Ia adalah jenayah terancang yang sangat jahat & merugikan Malaysia sendiri.
8 ulasan:
peraturan yang mana 1 yang rasa paling perlu untuk dimansuhkan?
boleh spesifik sikit?
mansuhkan AUKU gnti dngn akta lain yang lebih releven bagi menggantikan sistem pengurusan Universiti
orang melayu mmg suka berpolitik siang & malam utk "perjuangan" kononnya... politik picisan je dkat kampus ni..
Skrg fokus belajar pandai2 tlbih dulu... darah remaja mmg cepat panas, sya pun pnah dlam situasi itu di Unvsti.. tebus apa yg anda mahu slpas abis blaja.. utk agama, bangsa & negara..
AUKU xperlu dimansuh.. cuma mungkin boleh dpinda sdikit..
ilmu untuk diamalkan..bukan skadar duduk didalam bilik kuliah ilmu..
perjuangan tidak pernah mengenal usia & masa..hanya pencari alasan yg akan sntiasa memberi alasan untuk mengelak dari berjuang
AUKU mmg perlu dimansuhkan..mendengar namanya sahaja sudah membuatkan mahasiswa di perolok-olokkan
AUKU tu bunyi macam KUKU..
isi dgn kuku..ok
tang KUKU BESI...xok..!!!
Visit ^^
http://syaz1tea.blogspot.com/
Pada saya, mahasiswa perlu diajar berfikir kerana mereka bakal mencorak masa depan negara.
Jika mereka tidak dibenar bersuara, akan lahir mahasiswa yang tidak boleh berfikir.
Universiti gedung ilmu, bukan sekolah yang hanya tempat belajar semata-mata.
saya merasakan mahasiswa kini semakin lemah & layu terutamanya dalam keyakinan diri..mereka lebih selesa menjaga 'perut' sendiri dari bangun menentang kezaliman yang jelas didepan mata
Post a Comment