Jan 9, 2011

Ted bersuara emas


Usaha tangga kejayaan! Itu mungkin baru sedikit yang boleh digambarkan mengenai Ted William, 53 tahun seorang pengemis jalanan yang merempat akibat kesusahan hidup yang dialaminya.

Namun, tanpa diduga,rezeki itu datang kepadanya. Pertemuan tanpa dirancang dengan crew colombus dispatch mengubah perjalanan hidupnya yang selama ini ditempuh kesusahan.

Cita-citanya semasa sekolah dahulu mahu menjadi seorang juruhebah radio kini hampir pasti tercapai. Dia kini diburu dan dicari oleh kebanyakan syarikat korprat.

Hidup Ted sebelum ini dibelengu oleh pelbagai masalah peribadi. Waktu mudanya hancur dek kerana meminum arak dan menghisap dadah. Namun sudah hampir 2 tahun meninggalkan gejala buruk tersebut.

Apa yang dirasakan menarik dari kisah Ted ini, beliau asalnya merupakan seorang yang mempunyai jalan hidup yang teruk. Namun, kerana mahu berubah, akhirnya beliau berjaya menjadi seorang yang berguna.

Videonya didalam Youtube sudah menjangkau hampir 6 juta orang penonton. Suara emasnya itu amat diminati oleh kebanyakan masyarakat dunia. Kehadirannya membawa satu fenomena kepada masyarakat dunia.

Suara emasnya yang jarang-jarang dijumpai sememangnya anugerah Allah kepadanya. Dengan kurniaan itu, beliau kini menjadi perhatian dunia.

Semoga kisah Ted ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Kegagalan dalam hidup tidak bererti kita gagal selamanya. Kita harus berani mencuba untuk mengubah hidup kita.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan