Jan 24, 2011

Mengapa Chua Berkata Demikian?


Tindakan Chua Soi Lek, Presiden MCA menyelar perbuatan calon PAS, Normala mengenai keengganan Normala bersalam dengan kaum Adam ternyata mengundang persoalan.

Disini penulis bukan mahu bermain isu politik semata-mata. Namun ingin mempersoalkan bagaimana seorang bukan Islam masih mempersoalkan perkara itu.

Beliau sebagai seorang Presiden sebuah parti Cina dalam kompenan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak dapat memahami tindakan Normala tersebut. Saya semestinya tidak mahu melibatkan isu parti didalam perbicangan ini.

Cuma berasa musykil, mengapa beliau menyelar tindakan wanita Islam tersebut? Wanita tersebut sekadar memegang prinsipnya sebagai seorang yang taat kepada agama.

Tetapi saya tidak menyalahkan Chua seratus-peratus. Mungkin itu adalah kefahamannya dalam memahami konteks agama Islam. Masih cetek & tidak dapat memahaminya secara keseluruhan.

Sebagai umat Islam, kita harus memandang kenyataan Chua itu secara serius. Chua sebagai seorang pemimpin utama sebuah parti politik mewakili bangsa Cina di Malaysia.

Kenyataannya itu semestinya mewakili pandangan bangsa Cina secara keseluruhannya. Jika ia benar, maka boleh dibuat kesimpulan disini rakyat Malaysia terutamanya orang bukan Islam masih menghadapi masalah dalam memahami konteks Islam sebenar.

Tambah memilukan, kerana politik, ramai pemimpin Islam mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini. Disini saya mempunyai dua pandangan.

Pertamanya, ianya bagi ‘menjaga’ hati kawan politiknya itu. Keduanya, pemimpin Islam juga masih tidak jelas pengetahuan agamanya! Masih cetek malahan lemah berbanding Chua sendiri!

Jika demikian, amat malanglah umat Islam di Malaysia hari ini. Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, namun masih gagal dalam memahami ajaran Islam sebenar.

Malahan, kita makin jauh dari ajaran Islam itu sendiri selepas merdeka! Jika sedemikian halnya, maka sia-sialah kita memperolehi merdeka akibat kegagalan kita memahami Islam dengan lebih mendalam.

Akhirnya, saya sangat berharap perkara ini tidak berlaku lagi di Malaysia. Kita seharusnya perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan dibiarkan pemikiran jahiliyyah ini terus menjadi Api Dalam Sekam kita semua.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan