Jan 20, 2011

Pilihanraya Kecil Dinanti oleh Semua Rakyat bagi Menghukum Si Durjana


Menarik! Peluang tidak selalu datang! Projek besar di depan mata!

Setelah berbelas tahun masalah ini berlaku, akhirnya ia selesai dengan hanya pilihanraya kecil!

Begitulah antara cakap-cakap kedai kopi di warung-warung tepi jalan yang memenuhi pinggiran kota.

Senario politik yang berlaku di Malaysia berikutan kekerapan pilihanraya kecil yang berlangsung sekitar 3 tahun ini. Pelbagai komentar & pandangan yang dapat dilihat bagi mencerminkan budaya politik masyarakat malaysia.

Semenjak pilihanraya umum ke 12 (PRU 12) berlalu pada bulan Mac lalu, Malaysia telah melalui lebih dari 10 pilihanraya kecil dalam masa hanya 3 tahun!

Ini merupakan satu jumlah yang amat banyak berbanding mana-mana pilihanraya umum sebelum ini. Pelbagai sebab & alasan menyebabkan pilihanraya ini dilakukan.

Antaranya, disebabkan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri & perletakan jawatan. Kesemua ini menyebabkan pilihanraya kecil terpaksa dilakukan demi memenuhi tuntutan demokrasi di Malaysia.

Apa yang menariknnya, gelanggang pilihanraya kecil ini dijadikan medan kepada parti politik di Malaysia untuk meneruskan survival parti masing-masing.

Barisan Nasional buat pertama kalinya setelah hampir 50 tahun memerintah kehilangan 2/3 kerusi suara majoritinya. Juga buat pertama kalinya mereka kehilangan 4 negeri yang mereka terajui sebelum ini.

Ini semestinya memberi satu tamparan buat mereka dalam meneruskan survival parti mereka yang dilihat semakin kehilangan sokongan dari rakyat terutamanya dari golongan muda & kaum Cina.

Pakatan Rakyat yang di dukung oleh Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia bersama Democratic Action Party (DAP) telah berjaya membuktikan mereka bukan calang-calang lawan.
Pilihanraya kecil ini dilihat penting bagi kedua-dua parti utama di Malaysia terutamanya Pakatan Rakyat bagi menunjukkan ‘taring’ sebenar mereka.

Pilihanraya kecil ini dilihat penting bagi PR kerana mereka mahu meneruskan momentum kemenangan mereka selain menunjukkan hala tuju mereka yang sebenar kepada rakyat.

Pilihanraya dilihat mampu menawarkan kepada mereka peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat dengan lebih dekat dek kerana lawan yang menggunakan ‘padang tidak rata’ dalam menghadapi mereka.

Kemenangan dilihat bukan faktor utama. Apa yang lebih utama adalah memberi mesej & penerangan kepada rakyat mengenai apa yang berlaku sebenarnya di Malaysia.

Barisan Nasional pula melihat Pilihanraya Kecil ini sebagai suatu yang menyusahkan terutamanya apabila ia melibatkan kawasan kubu lawan mereka. Tambahan pula, tsunami 2008 masih belum ‘kebah’ diingatan rakyat.

Namun, mereka menggunakan media mereka semaksimum mungkin bagi mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin kendur terhadap mereka.

Apapun juga pandangan mengenai pilihanraya kecil di Malaysia ini, ianya sememangnya mewarnai politik Malaysia secara keseluruhannya. Pilihanraya Kecil ini menguji semangat setia kawan serta kebijaksanaan politik dalam meneruskan survival politik masing-masing.

Paling penting, ianya bagi rakyat Marhaen menghukum si 'pemalas' serta 'perompak' yang melakukan kejahatan di Malaysia tercinta ini. Moga anda semua berseronok dengan peluang yang terhidang ini!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan