Perlawanan Barclays Premier League (BPL) sudah ke tahap pertengahan musim. Pelbagai aksi dan keputusan mengejut dapat kita saksikan sepanjang perlawanan musim setakat ini.
Sebagai salah seorang peminat BPL, dan juga seorang peminat Chelsea, aku ingin memberikan sedikit ulasan mengenai kelab ini.
Chelsea yang bermula dengan baik pada permulaan musim, kini sedang menghadapi antara detik terburuknya. Satu kemenangan daripada 8 perlawanan setakat ini menceritakan segala-galanya.
Namun, Ancelotti bertuah setakat ini kerana tidak dipecat daripada jawatannya. Berbanding dengan pengurus-pengurus sebelum ini yang dipecat berikutan rentetan siri kekalahan yang di alami oleh The Blues.
Namun, setakat manakah jaminan yang boleh diberi kepada Ancelotti bahawa jawatannya itu akan kekal kepadanya sehingga ke akhir musim? Hanya Roman Abromovich yang tahu jawapan tersebut.
Tidak dinafikan, The Blues mempunyai pelbagai masalah dalaman yang sememangnya memberi kesan kepada moral pemain secara keseluruhannya. Ini sekaligus memberi kesan kepada permainan The Blues.
Isu pemecatan Ray Wilkins sememangnya membuat para pemain kurang berpuas hati dengan tindakan tersebut. Wilkins sememangnya rapat dengan para pemain seterusnya memberi motivasi kepada pemain untuk terus kekal konsisten dalam pemainan mereka.
Kekurangan pemain berpengalaman di bangku simpanan juga sememangnya memberi kesan kepada kekuatan dalaman The Blues. Pemain muda The Blues sememangnya tidak mampu untuk membawa The Blues lebih terkehadapan.
Kesetiaan Roman kini juga semakin dipersoalkan. Dengan Rusia menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada 2018 nanti, sememangnya menyebabkan Chelsea kini semakin dipinggirkan oleh pemiliknya itu.
Kebijaksanaan & pengalaman Alex Ferguson dalam membentuk skuad yang mantap dan konsisten juga menjadi faktor dan elemen utama dalam memacu kedudukan Red Devil setakat ini.
BPL sememangnya menjanjikan pelbagai kejutan. Perpindahan Januari seharusnya dijadikan kesempatan untuk Ancelotti bagi memperbaiki kelemahan yang wujud.
0 ulasan:
Post a Comment