Penulis berasa terkesima dengan berita permohonan maaf secara terbuka antara ADUN Komtar, Ng Wei Aik kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar.
Jangan tidak tahu, Ng Wei Aik itu bukan seorang umat Islam. Ianya pasti amat menarik untuk dibanding dengan sebahagian umat Islam yang dilihat tidak pernah mencerminkan akhlak Islam sebenar.
Beliau juga merupakan wakil rakyat dari DAP yang dilabel 'musuh' yang ingin memusnahkan Islam. Ternyata tindakannya itu membuat musuhnya pula terdiam.
Berita ini sememangnya membuat penulis berasa beliau sememangnya sangat terbuka dalam mengaku kesilapannya selain menunjukkan harga diri yang tinggi. Berbeza dengan pemimpin lain yang dilihat sangat ego dan tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri.
Ingin penulis tegaskan disini, rakyat menilai apa yang pemimpin sekarang lakukan. Jika ada mana-mana pihak yang mahu meneguk air yang keruh dengan isu ini, penulis harap pihak tersebut lupakan sahaja niat tersebut.
Isu ini tidak wajar dipolitikkan. Untuk memohon maaf secara terbuka bukan satu perkara yang mudah. Kita harus menerimanya dengan hati terbuka. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini selain junjungan kita, Muhammad SAW.
Ng Wei Aik ternyata telah menunjukkan satu nilai politik yang baru di Malaysia. Tindakannya itu pasti membuatkan Barisan Nasional terdiam.
Akhirnya, penulis menyeru kepada semua pihak untuk melihat tindakan Ng Wei Aik ini sebagai pandangan yang baik. Bukan untuk dipolitikkan semata-mata.
Permohonan maafnya itu sangat jujur dan telus dalam mengakui kesalahannya selain tidak ingin mengeruhkan lagi hubungannya sebagai seorang wakil rakyat dengan rakyatnya.
Semoga ia dijadikan pedoman untuk semua wakil rakyat yang lain yang hanya muncul apabila tiba pilihanraya sahaja. Malahan yang lebih teruk lagi, menjadikan status wakil rakyat itu semata untuk mengumpul kekayaan peribadi semata-mata.
1 ulasan:
wahhhhhhhhh...
tahniah la kpd beliau..
=)
Post a Comment