Jan 12, 2011

Kerajaan Selangor semakin kucar-kacir?


Isu perlantikan Datuk Khusrin Narawi sememangnya menggugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sememangnya membuatkan Khalid Ibrahim dan rakan Pakatan lain ‘panas punggung’.

Perlantikannya yang dibuat tanpa pengetahuan Khalid sememangnya membuatkan Khalid berang. Tambahan pula, Khusrin sebelum ini yang memegang pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah menunjukkan penentangan dengan kerajaan Pakatan di Selangor.

Kali ini, beliau sendiri menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang sememangnya antara yang akan mengetahui lebih banyak mengenai pentadbiran Negeri Selangor.

Terbaru, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dilihat seolah-olah berundur terkebelakang berbanding dengan pendirian rakan Pakatan Rakyat yang lain yang mahu Khusrin ini ‘keluar’ segera dari pentadbiran Pakatan.

Hassan Ali yang dikatakan antara pelopor kerajaan perpaduan bersama UMNO di Selangor, dilihat seolah-olah mahu menyimbah garam ke atas luka yang masih berdarah. Semestinya hal ini tidak disenangi oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat mahupun PAS sendiri.

Isu perlantikan Khusrin ini sememangnya mencabar Pakatan Rakyat dalam mentadbir Selangor. Jika di urus dengan baik, nescaya perkara ini dapat di diselesai dengan baik. Namun, jika tidak, ia sememangnya merosakkan Pakatan itu sendiri.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan