Jan 25, 2011

AS Halalkan Serangan Israel


Hairan bin ajaib! Itulah antara perkataan pertama yang terkeluar dari mulut ini tatkala membaca kenyataan tersebut di media arus perdana.

Kenyataan yang mengatakan serangan keatas misi keamanan Freedom Flotilla yang mengorbankan 16 orang sukarelawan dari pelbagai negara diserang oleh tentera haram Israel adalah benar dan menurut undang-undang antarabangsa.

Cuba teka, siapa yang berkata sedemikian?

Tidak susah hendak meneka kerana yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah dari sekutu rapat Israel sendiri yakni Amerika Syarikat (US).

Kejadian yang berlaku pada Mei tahun lalu di lakukan oleh tentera komando kerajaan haram Israel bagi menghalang misi bantuan ke atas masyarakat Palestin yang telah hampir 3 tahun tersekat daripada menerima sebarang bantuan.

Dalam laporan awal suruhanjaya khas Israel membabitkan enam panel yang dikeluarkan Israel semalam, siasatan mendapati operasi serangan dan menyekat perjalanan kapal misi bantuan ke wilayah Palestin itu adalah mengikut undang-undang antarabangsa.

Panel Siasatan tersebut ditubuhkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon bagi menyiasat secara terperinci mengenai kejadian tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Philip Crowley,, berkata siasatan oleh kerajaan Israel terhadap serangan yang dilakukan komandonya adalah sebagai "satu langkah penting'.

“Kami fikir ini adalah satu siasatan yang bebas, berwibawa, adil dan telus yang sudah dijalankan Israel. Ia akan menyumbang kepada proses yang lebih meluas kepada Setiausaha Agung PBB untuk menyambungnya," katanya.

Namun, beliau berkata, AS akan menunggu sehingga laporan kedua yang akan dikeluarkan beberapa bulan lagi.

Kenyataan tersebut menggambarkan betapa AS tidak mengira siapa sahaja yang menjadi Presiden, tetap akan bersekongkol dengan Israel. Tambahan pula, ramai tenaga pakar dari Israel berada di AS sendiri.

Hakikatnya, dunia tahu siapa dia Israel ini. Mereka akan terus menghalalkan tindakan mereka selain menggunakan AS sebagai rakan karib mereka. Ternyata tindakan ini suatu yang tidak dapat diterima dek akal.

Persoalannya, mengapakah umat Islam hanya berdiam diri dalam soal ini. Mengapa tiada mana-mana negara Islam yang bangun menentang tindakan zalim mereka ini?

Sekadar menjaga perut masing-masing sehingga mengabaikan negara umat Islam yang lain. Pastinya sedih untuk mengetahui perkara ini berlaku pada masa kini.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan