Sejarah demokrasi moden kini memperlihatkan kebangkitan suara rakyat dalam menentang pemimpin yang zalim dalam pemerintahannya. Meskipun kerajaan itu sudah lama, namun ia pasti akan di ‘hukum’.
Terbaru, kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mubarak di kecam hebat oleh rakyatnya. Ketumbukan rakyat hasil cetusan anak muda bangkit menentang pemerintahan Hosni Mubarak.
Sebelum ini juga, banyak kerajaan yang gagal dalam pentadbirannya bakal di tentang & di lawan oleh rakyatnya. Baik secara halus mahupun secara terang-terangan.
Sejarah Islam juga memperlihatkan kebangkitan rakyat dalam menentang pemerintah Islam yang zalim & tidak menjaga kebajikan rakyat. Ini menunjukkan sejarah Islam sendiri pernah berlaku pemberontakan terhadap pemimpin yang zalim.
Pastinya ia merupakan fitrah manusia yang mahukan haknya terbela selain kebajikan mereka terjaga. Amat menyedihkan pemimpin yang diberi amanah gagal dalam melaksanakan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.
Amat menyedihkan lagi apabila ada sesetengah pihak yang sanggup mengatakan golongan yang memperjuangkan kebenaran ini adalah golongan yang salah & sesat!
Saya tidak sama sekali menyalahkan golongan ini. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Cuma apabila memikirkan kesan yang lebih panjang, tidakkah baik jikalau kita berfikir secara rasional lagi.
Apakah yang seharusnya kita lakukan & laksanakan bersama masyarakat keseluruhan. Bukan sekadar mementingkan diri sendiri.
Rakyat semestinya tidak suka mendengar janji manis diperdendangkan setiap kali pilihanraya namun perlaksanaanya langsung tiada! Ini semestinya menghampakan rakyat yang begitu dambakan kenikmatan hidup.
Akhirnya, janganlah memandang enteng suara hati rakyat ini. Suara mereka suara keramat. Kita bukan mahu mendatangkan masalah kepada sesiapa, sekadar mahu menuntut satu hak yang telah lama di liwat!
0 ulasan:
Post a Comment