Feb 12, 2011

Tahniah Rakyat Mesir


Mungkin saya merupakan orang terakhir mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana mereka berjaya menumbangkan rejim Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan.

Ternyata keangkuhan Mubarak berjaya ditundukkan oleh rakyat keseluruhannya. Ianya pasti meresahkan kepada pemerintah yang lain terutamanya yang sama ‘sifatnya’ dengan Hosni Mubarak.

Berita kejatuhan Mubarak ini pada mulanya saya ingat main-main. Maklumlah, pelbagai khabar angin boleh kita dengari pada masa kini. Hatta sukar untuk mengetahui mana yang benar, mana yang palsu.

Namun tidak disangka ianya benar-benar terjadi. Setelah hampir 18 hari rakyat Mesir berkumpul mendesak, akhirnya Mubarak akur juga. Itulah yang dipanggil kuasa rakyat.

Hosni Mubarak dikhabarkan membawa keluarganya keluar dari Mesir bagi mengelak dari ditimpa sesuatu yang tidak baik kepadanya meskipun pada awalnya dia bertegas mahu menjadi seorang pemimpin sejati dengan tetap tinggal di tanah airnya.

Cukuplah berita mengenainya saya sampaikan. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, boleh melayari mana-mana website berkaitan. Apa yang penting, TAHNIAH!

1 ulasan:

ZWAN SABRI said...

Yeay! Akhirnya berundur jugak Hosni Mubarak tuu..
HAHA




MySuaraBlog: Anak Ikan Pembawa Virus?

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan