Feb 18, 2011

Pilihanraya Kampus UM sudah Bermula


Inilah saat yang dinanti oleh semua warga UM. Memilih wakil mahasiswa untuk menyampaikan suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Memilih mahasiswa yang bakal menjulang varsity di puncak dunia.

Kuasa pemilihan itu berada di tangan setiap mahasiswa. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka dari memilih siapa pimpinan pelajar yang mereka mahu.

Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini memperlihatkan pertandingan pihak Penggerak Mahasiswa (Aspirasi) berlawan dengan Pro-Mahasiswa bersama beberapa calon bebas yang lain.

Pilihanraya Kampus kali ini dilihat penuh dengan kontroversi dan penyelewengan yang jelas menindas mahasiswa terutamanya kepada Pro-Mahasiswa yang dilihat lantang mengkritik pentadbiran.

Belum lagi bermula penamaan calon, beberapa calon mereka telah dihalang dari bertanding atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh diterima.

Semuanya bermula dari penggunaan system 4E yang diperkenalkan oleh TNC HEPA kononnya bagi memudahkan urusan pilihanraya kali ini. Namun apa yang terjadi sebaliknya.

Proses pengumuman calon yang sepatutnya boleh dibuat pada tengahari akhirnya hanya dapat dibuat selepas Asar. Itupun sudah hampir lewat petang. Calon-calon hanya boleh berkempen 6 jam selepas pengumuman dibuat.

Apapun, ini tandanya perang sudah bermula. Kita akan berjuang berhabisan untuk menegakkan keadilan. Kalah menang bukan perkara utama. Apa yang kita ingini adalah keadilan dapat ditegakkan.

Semoga pilihanraya kali ini dapat berlangsung dengan lebih baik. Suara mahasiswa dapat didengari selain mahasiswa UM dapat memilih pemimpin yang baik dalam kalangan mereka.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan