Suara anak muda kelihatan semakin marak dan tidak dapat dihalang lagi. Meskipun dituduh dan di label pelbagai gelaran tidak selayaknya, namun mereka tetap mara menyatakan suara keramat mereka.
Gerakan di Asia Barat kini semakin hebat mengancam pemimpin mereka yang tidak pernah mahu mendengar suara rakyat. Pemimpin yang mahu rakyat mengikut kehendak mereka semata-mata.
Hal inilah yang menyebabkan rakyat bangun melawan pemerintah tersebut. Namun, mereka terpaksa berhadapan dengan pihak media yang telah diarah oleh penguasa bagi mengawal pengaruh negetif ini dari berlarutan.
Apa yang menarik gerakan rakyat ini diketuai oleh anak-anak muda yang mahu masa depan mereka terjamin dan terbela. Selain mahu menuntut hak bapa-bapa dan datuk mereka yang telah dicabuli sekian lama.
Persoalannya, mengapakah anak muda ini yang bangkit? Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Malahan perlu ditanya kembali, adakah kamu tidak yakin dengan anak muda ini?
Sejarah memperlihatkan kehebatan anak muda ini memimpin. Anak-anak muda ini sangat agresif menyatakan pendapat mereka. Anak muda ini sangat tegas dengan pendirian mereka itu.
Jadi tidak hairanlah Malaysia sendiri memperlihatkan cengkamannya terhadap anak muda ini.
Hal ini kerana mereka sedar dan tahu akan kemampuan anak muda ini dalam menyatakan pendirian mereka.
Anak muda yang mempunyai kesedaran ini dilabel dengan pelbagai tuduhan bagi melemahkan semangat mereka.
Anak muda ini diberi pelbagai kemudahan bagi mengelabui fokus utama mereka iaitu membantu rakyat yang ditindas.
Anak muda ini dilabel gelojoh dan tergopoh gapah dalam membuat keputusan kerana takut dan bimbang akan kuasa yang ada pada mereka.
Namun sedarlah, golongan ini akan sentiasa bangkit menyatakan pendirian mereka. Golongan ini sedang bersatu dan bersama dalam menyatakan prinsip mereka.
Akhirnya kebenaran itu akan terserlah dan menumbangkan kebatilan yang ada. Akhirnya anak muda inilah yang akan mengantikan pemimpin sekarang bagi membawa Negara kearah yang lebih sejahtera dan adil terhadap masyarakatnya.
0 ulasan:
Post a Comment