Feb 8, 2011

Rosmah Calon BN di Merlimau?

Terdengar ura-ura mengatakan perkara ini bakal terjadi. Hal ini dek kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu meletakkan calon wanita ditempat tersebut setelah melihat PAS meletakkan calon wanita di pilihan raya kecil di Tenang sebelum ini.

Ini merupakan permintaan Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO yang meminta calon wanita dipertimbangkan untuk diletakkan dipilihanraya kecil tersebut.

Rosmah merupakan pengerusi PERMATA dan BAKTI merupakan isteri Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak. Beliau merupakan seorang wanita dan isteri yang sangat aktif membantu suaminya dalam mentadbir negara.

Semestinya jika perkara ini menjadi kenyataan, maka Rosmah pasti akan menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka. Rosmah juga sudah tidak asing dalam politik di Malaysia ini dengan kegiatan kemasyarakatannya itu.

Ini pastinya dapat menolak tomahan yang telah dilemparkan kepada beliau yang dikatakan menggunakan harta rakyat sesuka hati beliau tanpa kerelaan rakyat keseluruhannya.

Tambahan pula,beliau merupakan First Lady Of Malaysia (FLOM) telah melakukan banyak lawatan di luar negara bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara asing.

Namun saya mempunyai pandangan berbeza. Saya merasakan Datin Paduka Rosmah harus dilantik menjadi senator dalam parlimen seterusnya menjawat jawatan menteri bagi
memudahkan lagi urusan beliau untuk keluar negara bagi mengukuhkan nama Malaysia di persada negara.

Selain itu, ianya pasti bakal menjadi sejarah yang gemilang dalam politik Malaysia dimana dalam kabinet mempunyai pasangan suami isteri yang saling membantu antara satu sama lain.

1 ulasan:

Siti Nur Amirah said...

hoho..tunggang langgang wehhh..sure najib letak jawatan bg suami dia jd PM..;')

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan