Feb 10, 2011

Teguran Terbuka Untuk Para Pemimpin Islam


Ini nasihat dari seorang rakyat biasa yang mendambakan kemenangan Islam di tanah air sendiri. Nasihat ini dari anak muda yang lahir hasil kemerdekaan yang diperolehi dari penjajah British kepada anak didiknya, UMNO kepada para pemimpin yang sangat terhormat.

Mungkin diri ini bukan yang terbaik atau layak untuk memberi nasihat kepada pemimpin Islam yang tinggi ibadatnya, tinggi pengorbanannya. Namun berpegang agama itu nasihat, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi nasihat seadanya saya.

Malaysia, sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan agama didalamnya. Ia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan banyak lagi kaum lain. Ianya sangat unik dan menarik untuk dipelajari.

Bagi saya, para pemimpin Islam perlu melihat perkara ini dengan jelas. Apakah uruf kita pada masa kini. Apakah kepentingan ummah yang lebih besar yang harus kita jaga berbanding terus dengan pendirian sempit kita?

Tidak dinafikan, menyuruh ma’aruf dan mencegah yang mungkar sangat penting dalam Islam. Namun, ada persoalan yang lagi penting yang perlu kita ingat. Misi mengakkan Islam dalam keadaan tanpa fitnah.

Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Meskipun ianya daripada penjajah, namun ia telah diterima pakai oleh semua rakyat. Seharusnya sebagai pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, kita harus menilai semua ini.

Saya amat suka mengambil contoh kerajaan negeri Kelantan dalam isu kepimpinan Islam ini. Kelantan sangat pandai dalam mengambil hati rakyatnya.

Seharusnya usaha kerajaan ini menjadi contoh kepada semua pimpinan Islam masa kini. Janganlah berlagak pandai dan mengatakan itu salah dan ini salah. Seharusnya kita mengatakan ini patut dibuat dan ini patut dibuat.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan