Feb 24, 2011

Pengalaman Pilihanraya Kampus



Pengalaman ini merupakan satu pandangan peribadi daripada saya sahaja. Ianya berdasarkan pemerhatian bersifat kasar. Seterusnya disebabkan pengalaman yang saya alami sendiri.

Secara jujurnya, saya memang seorang penyokong Pro-Mahasiswa yang sangat tegar. Tapi saya tetap berpendirian bahawa Pro-mahasiswa sekadar alat untuk saya menyatakan pendirian saya.

Jikalau Pro-Mahasiswa sudah tidak menjadi seperti yang saya inginkan, maka saya tidak teragak-agak akan menukar kearah parti lain yang lebih sesuai dengan nada perjuangan saya.

Pilihanraya Kampus UM seperti tahun lepas menggunakan sistem e-voting untuk membuang undi. Selain itu, tahun ini juga diperkenalkan sistem 4E iaitu e-penamaan, e-bantahan, e-rayuan dan e-voting. Kesemua ini dikatakan mengikut arus perkembangan zaman.

Pro-Mahasiswa mempunyai kekuatan dalamannya tersendiri. Antaranya mempunyai penyokong dan pendukung yang sangat tegar dan kukuh. Sanggup mengeluarkan duit poket sendiri semata-mata untuk berkempen.

Pro-mahasiswa juga didukung kuat oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bersama kaum Cina yang diwakili oleh UMANY. Hasrat mereka jelas untuk bertanding yakni mahu memperjuangkan hak mahasiswa selain mengembalikan keizzahan UM di persada negara.

Pilihanraya kampus di UM pada hari penamaan lagi memperlihatkan pelbagai masalah dihadapi oleh calon yang mahu bertanding terutamany calon dari Pro-Mahasiswa.

Selepas itu, pelbagai lagi peristiwa yang menarik berlaku sepanjang kempen berlangsung sama seperti tahun-tahun yang lepas. Seperti menggempur kolej-kolej kediaman dan sebagainya.

Isu paling tergempar yang berlaku adalah isu kehilangan calon umum Pro-mahasiswa yang dikatakan diculik oleh makhluk halus yang diupah oleh ‘orang-orang’tertentu.

Apapun, yang penting bagi saya, dia selamat dijumpai selain tiada apa-apa yang buruk berlaku pada beliau. Semoga Allah membalas perbuatan orang yang ingin menganiaya beliau.

Apapun, keputusan kemenangan sememangnya satu yang mengejutkan. Ini kerana melihat keadaan Pro-Mahasiswa yang ditekan teruk oleh pentadbiran selain penyalahgunaan jentera kolej oleh pihak lawan.

Inilah yang dikatakan kuasa pengundi dalam menghukum orang yang tidak layak memimpin. Semoga kemenangan yang diberikan ini membuka ruang kepada Pro-mahasiswa mengembalikan kegemilangan Universiti Malaya (UM)

5 ulasan:

ZWAN SABRI said...

Aku dah mengundi untuk kampus aku..
HEHE



MySuaraBlog: Sorry Teman Lelaki..!

Miecyber said...

Semuga pihak yang jujur dan adil menang.....

Vaksin HIV berjaya di India

Siti Nur Amirah said...

rasa penah ngundi sekali je kat kuis..T_T ada sekali tu tak pyh mengundi..jpm yg lantik..boleh??

akmal said...

jpm pe dia?

e-liex said...

pandangan saya pulak camni

http://e-liex.blogspot.com/2011/02/pilihanraya-kampus-perlu-ke-aspirasi-vs.html

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan