Valentine day atau bahasa mudahnya, Hari kekasih jatuh pada 14 Februari tahun masihi setiap tahun. Pelbagai versi cerita yang boleh kita dapat mengenai sejarah kelahiran hari kekasih ini.
Maulidur Rasul pula merupakan hari menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tarikh sambutan ini diambil pada setiap 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah. Meskipun perkara ini masih diragui, namun tidak salah bagi menyatakan kecintaan kita kepada baginda SAW.
Apa yang menarik disini, kebetulan pada tahun ini, kedua hari ‘penting’ ini mempunyai tarikh yang berdekatan. Temanya juga hampir sama, yakni hari menyambut percintaan dan hari menyatakan kecintaan kita kepada orang yang kita sayang.
Saya beranggapan ini merupakan satu peluang yang sangat baik kepada kita. Tambah untuk mendekatkan remaja kita yang semakin jauh dalam merasa cinta & sayang kepada Muhammad SAW. Sedangkan perkara itulah yang paling dituntut dalam Islam.
Baginda SAW merupakan kekasih Allah yang sangat disayangi oleh sahabat baginda. Hatta air ludah baginda pun sahabat sanggup kutip dan sapu di badan mereka! Begitulah sayangnya mereka pada baginda SAW.
Berbeza pada zaman sekarang. Perasaan cinta dan sayang itu amat jauh dari umat Islam pada hari ini. Hal ini pastinya menyedihkan kita semua. Tambah malang apabila ada kalangan umat Islam ini yang tidak pernah mendengar sejarah Baginda SAW!
Hal ini sangat merugikan dan menunjukkan betapa lemah dan kurangnya cinta kita kepada junjungan besar kita Muhammad SAW.
Saya berpendapat, jika seorang pendakwah yang bijak, ia akan menjadikan Valentine Day ini sebagai hari memperingati kekasih ‘sebenar’ kita. Muhammad SAW.
Inilah antara ruang paling baik bagi kita mendekati golongan muda-mudi yang kini sudah semakin jauh dan hanyut dalam memahami Islam yang sebenar.
Daripada kita terus memberi ancaman dan larangan yang menyebabkan anak muda ini tidak faham dan memberontak, marilah kita menunjukkan konsep dakwah yang lebih baik dan harmoni.
Ini seterusnya dapat mendekatkan lagi anak muda kita dengan ajaran Islam yang sebenar. Seterusnya membuka hati mereka untuk memahami dan mempelajari Islam yang sebenar.
0 ulasan:
Post a Comment