Feb 11, 2011

Hosni Mubarak Wajah Pemerintah Zalim Masa Kini


Hosni Mubarak, sebagai seorang Presiden di Mesir, sangat kejam terhadap rakyatnya. Dia berdegil mahu mempertahankan jawatannya meskipun rakyat mengkehendaki sedemikian.

Butakah dia? Bilamana jutaan rakyat turun diseluruh Kaherah menuntut beliau segera meletakkan jawatan.

Pekakkah dia? Bila rakyat sudah bersorak dan mengatakan kehendak mereka. Hosni, turun segera! Hosni, kau pemerintah zalim!

Hitam sangatkah hati dia untuk mendengar suara rakyat di bawah? Susah sangatkan dia hendak melepaskan jawatan setelah hampir 30 tahun memerintah Mesir dalam keadaan zalim dan kejam.

Ya, inilah dia. Cerminan seorang pemerintah yang sangat pekak dan buta melihat kebangkitan rakyatnya yang mahukan dia melepaskan jawatannya.

Hosni Mubarak ternyata seorang yang sangat degil selain zalim terhadap rakyatnya. Beliau sangat tidak berhati perut terhadap rakyatnya yang mahukan perubahan.

Sampai bilakah dia mahu rakyatnya itu sengsara? Sampai bilakah dia tegar memilih kemahuannya berbanding kemahuan rakyatnya? Sampai bilakah dia sanggup membiarkan rakyatnya sengsara semata-mata mahu memenuhi keinginannya?

Semua persoalan ini mencerminkan wajah seorang pemimpin yang amat zalim. Pastinya amat pilu bagi seorang pemerintah yang telah memerintah selama 30 tahun diakhiri dengan keadaan dihalau oleh rakyat.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan