Pilihanraya Umum (PRU) merupakan upacara pembuangan undi rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin pilihan masing-masing. Pemilihan ini yang diadakan 5 tahun sekali amat penting dalam menentukan hala tuju politik Malaysia.
Kini, detik itu kelihatan semakin dekat. Tidak mustahil ianya akan diadakan dalam tempoh tahun ini juga. Jika dilihat kepada pandangan ahli pemikir politik, tidak mustahil ia akan di adakan dalam bulan 6 k bulan 7 ini.
Bacaan ini di buat berdasarkan kepada banyak pertimbangan yang perlu dipandang serius. Selain itu, keadaan semasa juga mencerminkan bahawa bahang itu semakin menghampiri kita.
Pertamanya, pengumuman pengunduran Samy Vellu dari kerusi keramatnya, Presiden MIC berkuat kuasa hujung tahun lalu. Beliau pernah berkata, beliau hanya akan berundur apabila pilihanraya dalam masa setahun lagi.
Keduanya, pilihanraya Sarawak yang semestinya akan berlangsung sebelum bulan 6 ini. Bacaan politik menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mampu menang besar dalam pilihanraya disana.
BN pastinya mahu mengambil kesempatan daripada kemenangan besar tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa mereka masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia.
Seterusnya, kes Anwar dilihat bakal berakhir dengan terhumbannya Anwar kedalam penjara semula. Tidak dapat dinafikan, Anwar merupakan ancaman utama kepada politik BN. Tidak dapat dinafikan kehadiran Anwar dapat menggugat politik BN.
Anwar yang merupakan seorang aktivis mahasiswa dahulu sangat digeruni dek kerana pengaruh di luar negaranya yang kuat selain mempunyai kehebatan dalam berpidato.
Pidatonya yang mantap dan bersemangat sangat terkesan kepada sesiapa sahaja yang mendengar. Kehebatannya inilah yang akhirnya menyebabkan beliau selalu sahaja diuji dengan pelbagai cubaan.
Jika dilihat dalam PRU-12, Anwar antara kunci utama kekalahan besar BN di kebanyakan kerusi. Jadi, watak Anwar ini harus dihapuskan segera. Jika tidak dihapuskan, ia perlu dirosak dan di pandang buruk oleh rakyat.
Namun, ini sebagai satu bacaan sahaja. Pelbagai lagi andaian lain yang boleh di buat. Apa yang pasti, keadaan sekeliling kita menceritakan betapa dekatnya Pilihanraya itu.
Akhirnya, sama ada bersedia atau tidak, kita tetap kena terima hakikat pilihan raya semakin menghampiri kita. Jadi kepada semua pengundi terutamanya yang sudah berumur 21 tahun, marilah kita turun sebagai pendaftar. Seterusnya menjadi penentu kepada politik Malaysia!
4 ulasan:
pg td bru je bual2 dgn roomate pasal nk dftr jd pengundi...hahahahahh..
wow.....eh bukan lg 2 thn ka??
eheheh salah pengiraan rupa nye den nie....
dan lom daftar lg..erm
aku baru je nak masuk 20..setahun lg bole la undi..
kalo oktober konfirm gua mendaftar punyela ! demi menukar KERAjaan Barang Naik !~
mari kita berubah bersama Islam !!!
Post a Comment