Dec 13, 2011

Dirgahayu Tuanku Mizan


Akhirnya, setelah 5 tahun berkhidmat sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke-13, Tuanku Mizan telah selamat berangkat ke Terengganu. Sesungguhnya, sepanjang di bawah pemerintahan baginda, pelbagai kegemilangan di kecapi oleh Malaysia.

Diputerakan pada 22 Januari 1962, di Kuala Terengganu, Tuanku Mizan mendirikan rumahtangga dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Tuanku Mizan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 oleh Raja-Raja Melayu pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006.

Oct 12, 2011

Wanita Berhalqum, Apa Nak Jadi?


Dewasa kini, isu wanita berhalqum semakin menjadi-jadi. Wanita berhalqum ataupun bahasa mudahnya, golongan lelaki yang menyerupai wanita atau mak nyah, kini mudah kelihatan di mana-mana di tempat awam.

Menurut Profesor Madya Dr Teh Yik Koon, penulis buku "The Mak Nyahs Malaysian Male To Female Transsexuals", terdapat lebih kurang 100,000 mak nyah di Malaysia. Di mana 70 hingga 80 peratus adalah Melayu. Ini seharusnya menjadi kerisauan kita semua.

Tidak kita nafikan, golongan ini pastinya berhujah, ini hak mereka dan mereka lebih selesa menjadi sebegitu. Menjadi lelaki ini bukan fitrah mereka. Kubur kita asing-asing. Jangan jaga tepi kain orang. Malahan lebih teruk lagi, mereka menyalahkan ketentuan qada’ dan qadar dalam kelahiran mereka di dunia ini. Mereka berkata, asalnya mereka di cipta untuk menjadi seorang wanita, namun mereka telah tersalah lahir menjadi seorang lelaki!

Aug 25, 2011

Pesananku, Teruskan Bergaduh..!!


Awas!! Jangan salah faham. Ini pesanan ikhlas daripadaku kepada para peniaga sahaja. Teruskan bersaing antara satu sama lain. Jangan terus mengalah. Teruskan bergaduh dan bertengkar antara satu sama lain.

Kerana apa? Kerana kami sebagai pengguna akan mendapat yang terbaik daripada pergaduhan tersebut. Kami akan mendapat hasil perahan idea yang terbaik daripada kalian untuk memudahkan perjalanan hidup kami.

Kami dapat membeli barang-barang yang berkualiti dengan harga lebih murah. Kami mempunyai banyak pilihan untuk kegunaan seharian kami. Kami juga tidak akan teragak-agak untuk menukar pilihan sekiranya sudah bosan dengan produk sedia ada.

Aug 24, 2011

Tahniah Rakyat Libya! Syabas Kalian…


Regim Gadaffi selama lebih 40 tahun memerintah Libya akhirnya tumbang jua. Tambah menarik ianya tumbang di tangan rakyat yang tanpa mengenal erti penat lelah selama hampir 6 bulan berjuang menuntut kebebasan.

Akhirnya, pada 10 malam terakhir Ramadhan ini, mereka berjaya juga memperoleh kebebasan yang mereka inginkan. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada rakyat Libya yang tanpa mengenal erti lelah berjuang menuntut kebebasan untuk mereka.

Setelah dua regim negara Arab sebelum ini tumbang, akhirnya satu lagi regim tumbang di tangan rakyat. Inilah yang dikatakan kuasa rakyat. Pemimpin yang menyalah guna kuasa rakyat akhirnya akan tumbang di tangan rakyat.

Pengajaran ini seharusnya diambil oleh kita semua. Baik pemimpin politik mahupun pemimpin suatu perniagaan. Pemimpin harus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Semoga kisah Libya ini menjadi satu pengajaran berguna buat kita semua.

Aug 23, 2011

Politik Jepun Politik Alaf Baru


Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengumumkan bahawa jemaah menteri negara itu akan meletakkan jawatan pada 30 Ogos ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Ekonomi Jepun Kaoru Yosano pada para pemberita.

Komen perdana menteri yang tidak popular itu mengesahkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan dalam beberapa hari lagi. Ianya sekaligus membuka laluan kepada pemilihan perdana menteri yang keenam sejak Junichiro Koizumi mengakhiri satu penggal lima tahun khidmatnya pada 2006, yang jarang disaksikan di negara itu.

Parti Demokratik yang memerintah Jepun dijadual memilih pemimpin baru pada 29 Ogos dan membentuk Kabinet seterusnya. Untuk rekod, Kan adalah Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun.

Arsenal Menuju Kehancuran?


Sebagai salah seorang peminat setia bola sepak, kita semestinya mengetahui kelab ini. Kelab Arsenal FC atau nama gelarannya, ‘The Gunners’. Sebuah kelab England yang berpangkalan di utara London.

Arsenal bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan merupakan antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Untuk rekod, Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Sejarah Arsenal

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886. Pada tahun 1913, mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006.

Aug 17, 2011

Ayuh! Ramadhan Semakin Berlalu


Sebaik sahaja tiba bulan Ramadhan, rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan yang sungguh mulia ini. Kini sudah hampir separuh bulan telah berlalu. Masa yang ada amat suntuk dan terhad terutama bagi orang yang memahami kelebihan bulan ini.

Ramadhan menurut para ulama’ adalah bulan penyucian diri. 11 bulan sebelum ini yang penuh dengan kekotoran akan di bersihkan pada bulan ini. Kalau mudahnya ibarat kereta yang perlu diservis bagi menambah baik keadaan kereta untuk kegunaan pada masa akan datang.

Apa yang ingin dikongsikan saya di dalam artikel ini adalah bagaimana keunikan Islam itu dalam menjaga umatnya. Islam itu sendiri adalah agama yang perlu kefahaman dalam memahami agamanya. Ia bukan sekadar satu taklid yang di ambil daripada generasi terdahulu.

Aug 15, 2011

Ingin Menjadi Kaya? Bacalah kisah ini...


Pastinya impian kita semua mahu mengecapi kesenangan di dalam hidup. Ingin merasa hidup mewah dan selesa. Sekurang-kurangnya ingin mempunyai sebuah kereta sendiri dan rumah sendiri. Pastinya ini menjadi impian setiap daripada kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang murabbi. Dalam sebuah tazkirah, beliau telah menceritakan sebuah kisah yang pastinya sangat membuka fikiran kita semua.

Murobbi ini menceritakan pada masa kecilnya dahulu, dia tinggal bersama neneknya. Suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan di sebuah pasar, beliau melihat satu alat permainan yang sangat menarik. Beliau berasa sangat teruja untuk membeli permainan tersebut.

Aug 5, 2011

Oh Tuhan, Bantulah Aku! Aku ingin berubah!


Persoalan asas ini adalah antara perkara yang sering aku fikirkan sekarang. Ya, siapakah aku setahun akan datang? Siapakah aku 2 tahun akan datang? Adakah aku masih orang yang sama? Masih mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan ku yang serba lalai ini?

Oh, pastinya kalian tertanya-tanya, kenapakah aku berfikir sedemikian? Ini kerana aku tidak mahu diri ku yang serba bermasalah ini akan menjadi orang yang masih sama bermasalah pada setahun akan datang.

Aku mahu mengubah kehidupan agar aku menjadi lebih bermakna untuk hidupku ini pada masa akan datang!

Jul 20, 2011

CEKAP’11 Dalam Memori


17 Julai lalu, berakhirlah program CEKAP’11 yang telah di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya (PERMAS) dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah Menengah Agama Bagan Terap.

Ternyata CEKAP’11 ini telah memberi satu kepuasan di dalam diri ku ini. Pelbagai pengalaman dapatku timba sepanjang program ini berlangsung. Sungguh ia tidak dapat di beli! Akan sentiasa tersemat dalam memori ku ini.

Program ini merupakan program pertama anjuran PERMAS bagi sesi 11/12. Aku secara peribadi berasa sangat gembira kerana program ini

Jul 11, 2011

Catatan 9 Julai


Perhimpunan BERSIH di ibu kota Sabtu lalu ternyata telah memberi satu impak yang amat besar di dalam Malaysia. Malahan tidak ragu-ragu lagi apabila ingin dikatakan ianya telah mendapat liputan daripada masyarakat di luar negara.

Perhimpunan yang mengumpulkan ribuan rakyat Malaysia itu ternyata mendapat perhatian semua pihak. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia, Yang DiPertuan Agong Malaysia memberi respon di dalam hal seperti ini.

Ternyata, BERSIH 2.0 kali ini diberi perhatian yang lebih khusus berbanding BERSIH yang diadakan pada 2007 lepas. Dua minggu sebelum 9 Julai, jentera kerajaan mahupun pihak lawan melalui media massa dan akhbar arus perdana telah

Jun 20, 2011

Pengalaman Mengalami Kebakaran di Depan Mata

Nukilan ini saya rasakan sangat penting. Meskipun pada asalnya saya tidak berniat mahu menulis kisah berkenaan. Namun akibat terlalu ramai sahabat yang bertanya, saya akan menceritakan serba sedikit kisah yang berlaku berdasarkan pengalaman yang saya dan rakan-rakan yang lain alami sendiri pada masa tersebut.

Kisah Kebakaran

Pada malam khamis, saya bersama beberapa orang sahabat serumah tidur di ruang tamu. Kami dalam 5 orang kesemuanya tidur bersama di ruang tamu tersebut. Seperti biasa, semua lampu di rumah di padamkan bagi menjimatkan elektrik. Maklumlah, tarif elektrik semakin mahal sekarang. So, kenala save bajet kami.

May 25, 2011

No Smoking In This Area!


Ya, begitulah keadaannya di New York. Anda tidak di benarkan merokok di kawasan luar banggunan seperti di taman awam dan pantai. Perintah larangan itu telah dikeluarkan pada 23.5 yang lalu.

Ianya adalah sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat yang dipromosikan oleh Datuk Bandar mereka, Michael Bloomberg. Ia merupakan tambahan kepada larangan merokok yang di buat sejak 2003 lalu.

Menurut Pesuruhjaya Kesihatan bandaraya itu, mereka mahu orang ramai menghirup udara yang segar di taman-taman selain selamat daripada ancaman bahan kimia tersebut.

May 19, 2011

Tempat Menarik Untuk Di Lawati :)


Hidup ini sangat singkat. Tiada siapa yang tahu bila kita akan menemui ajal kita. Pernah terjadi cucu dahulu meninggal dunia sebelum atuk dan neneknya. Murid meninggal sebelum gurunya. Jadi, di sini adalah beberapa penyenaraian tempat yang di sediakan oleh U.S News untuk anda lawati.

Senarai ini mungkin dikatakan tidak adil. Pemilihan sebenar ini antaranya adalah berasaskan fenomena saintifik, dianggap rumah organisma hidup dan ada dia antaranya adalah merupakan 7 Wonder Place in The World. Semuanya tentang apa yang dikatakan menggembirakan mata itu.

Di sini beberapa senarai World' Prettiest Places.

Plitvice Lakes National Park


Sebahagian besar pelancong dari Amerika Syarikat mungkin tidak mengetahuinya, dan mungkin itu membuat ia malah lebih berharga. Gua batu kapur Plitvice Lakes National Park membuat airnya iaitu 16 tasik-tasiknya dan tujahan air terjun berkilauan mencerminkan mata hitam pintar firus, perak dan hijau.

May 18, 2011

Sekilas Pandang Konvensyen Mahasiswa Selangor


Konvensyen Mahasiswa Selangor yang dianjurkan di Dewan Jubli Perak di Banggunan Sultan Salahuddin di Shah Alam pada 17hb Mei yang lalu nyata memberikan satu impak yang baik.

Meskipun masih banyak kritikan yang boleh dilemparkan sepanjang program ini berlangsung, namun ianya tetap memberikan sesuatu yang berharga kepada para peserta.

Kehadiran peserta juga pastinya mampu membuat pihak penganjur dan pelaksana program tersenyum puas. Ia berjaya mengumpulkan lebih 500 mahasiswa daripada pelbagai kampus. Satu jumlah yang sangat ramai bagi satu-satu konvensyen mahasiswa.

Konvensyen yang berlangsung selama satu hari satu malam itu mengandungi aktiviti pengenalan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS), talk bersama Prof Madya Dr Abu Hassan dan Prof Dr Muhaya dan diakhiri dengan sesi dialog bersama Menteri Besar.

Anak muda akan mengetuai politik Malaysia!


Anak muda merupakan satu kelompok manusia yang berada pada usia muda yang sangat segar dalam menggerakkan sesuatu gerakan. Ini kerana pandangan dan akal fikirannya yang gelojoh dan rakus dalam melakukan sesuatu perkara.

Tidak dinafikan anak muda ini masih hijau dan mentah, namun sejarah telah membuktikan sebaliknya. Golongan anak muda inilah yang telah menjadi ejen perubahan kepada sesebuah masyarakat itu.

Kita boleh melihat sendiri bagaimana keupayaan Sultan Muhammad al-Fateh membuka kota Konstantinopel pada usia yang sangat muda. Umur bagina belum sampai 25 tahun lagipun!

Seterusnya kita boleh melihat secara jelas mengenai kisah kebangkitan anak-anak muda lain yang begitu bersemangat memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan di negara mereka masing-masing.

May 15, 2011

Parlimen Pakistan Mengecam Pembunuhan Osama, Malaysia?


14 Mei lalu, Parlimen Pakistan telah mengecam tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden. Anggota kedua-dua dewan Parlimen juga berkata kerajaan harus mengkaji semula hubungan dengan AS demi melindungi kepentingan nasional Pakistan.

“Parlimen... mengecam tindakan unilateral di Abbottabad, yang menceroboh kedaulatan Pakistan,” kata resolusi yang dikeluarkan selepas ketua-ketua keselamatan memberi taklimat kepada anggota perundangan.

Ia juga menggesa agar serangan AS ke atas militan yang dijalankan menggunakan pesawat tanpa juruterbang dihentikan sambil menyeru agar kerajaan negara itu mengkaji semula hubungan dengan Washingtion.

May 3, 2011

Kematian Osama Menggembirakan Amerika


Osama bin Laden, suatu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Amerika. Bila disebut sahaja Bin Laden, pasti mereka akan merasa benci dengan nama tersebut. Ada yang akan mencaci dan tidak kurang ada juga yang akan berharap nama Bin Laden ini akan dihapuskan dengan segera.

Akhirnya, pada hari Isnin (2.5.2011) lalu, pihak Amerika telah mengumumkan bahawa musuh no.1 mereka ini sudah berjaya di hapuskan daripada mata dunia ini.

Presiden mereka, Barack Hussein Obama dengan bangganya mengumumkan, Osama bin Laden ini telah terbunuh di Pakistan atas arahan beliau sendiri setelah mendapat maklumat risikan Amerika.

Sedikit Coretan untuk MPMUM


Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merupakan satu badan mahasiswa yang diiktiraf oleh pihak pentadbiran universiti. Ia merupakan hasil suara keseluruhan mahasiswa UM yang diterjemahkan dengan keputusan pilihanraya kampus (PRK).

MPMUM pada sesi kali menghadapi masalah sebelum bermula melakukan kerja mereka lagi. Dua orang YB yang dilantik oleh mahasiswa, saudara Tiong dan saudari Masturah telah digantung daripada pembentukan kabinet oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Buat pertama kali dalam mana-mana sejarah pembentukan kabinet MPP, UM mencipta sejarah tersendiri apabila paling lambat memberi watikah perlantikan oleh pihak pentadbiran. Mereka menerima watikah perlantikan setelah hampir 3 bulan memenangi kerusi MPMUM.

May 2, 2011

Mahasiswa, Universiti dan AUKU


Universiti ataupun institusi pengajian tinggi merupakan tempat pengumpulan kelompok elit akademik bagi sesebuah Negara. Semakin tinggi nilai universiti itu, semakin tinggi sesebuah negara itu akan dipandang.

Di universiti ini, terdapatnya tiga kelompok penting iaitu kelompok tenaga pengajar yang di panggil pensyarah, satu kelompok lagi di panggil mahasiswa manakala kelompok terakhir di panggil tenaga sokongan ataupun staff.

Ketiga-tiga kelompok ini amat penting terutamanya bagi menjamin sebuah universiti yang baik dan berkualiti tinggi. Akhirnya universiti terbaik ini pastinya akan menerima kemasukan lebih ramai kelompok terbaik di dalam komuniti mereka.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan