Ya Allah! Alangkah seronoknya hati ini dapat bersua kembali dengan sahabat-sahabat sekolah lamaku ini. Sungguh tidak sangka dapat berjumpa dengan kalian setelah hampir 3 tahun kita meninggalkan bumi Idrisiah tercinta. Aku merasa sangat-sangat bersyukur kerana di beri keizinan oleh Allah SWT untuk bertemu sua dengan kalian di sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga ku ucapkan kepada sahabatku,saudara Zainal kerana menganjurkan reunion ini. Semoga Allah SWT memberkati hidupmu selalu, amiinn..
Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali pernah berpesan, amalan persaudaraan adalah amalan mulia yang dilakukan oleh para nabi dan rasul sejak dahulu lagi. Bahkan sesiapa yang cuba merosakkannya akan dihukum oleh Allah SWT. Dalam diam-diam, banyak perubahan yang telah ku lihat pada diri sahabat-sahabatku selama perpisahan kita samada fizikal mahupun sikap. Nasiblah baru beberapa tahun jea kita berpisah. Andaikata kalau 10 tahun kita berpisah, secara jujurnya aku merasa agak sukar untuk mengenal kalian kalau kita bertemu. Mungkin pada masa itu ada dalam kalangan kita ada yang sudah berkeluarga dan juga sudah berubah rupa paras fizikal. Apapun perubahan yang berlaku pada fizikal kita, kenangan kita bersama tetap sama. Tidak akan berubah selamanya dan sentiasa tersemat di dalm hati.
Pertemuan walaupun singkat, tetapi amat bermakna bagiku. Bagiku ia boleh dijadikan sebagai satu jambatan yang menghubungkan kita semua yang telah lama berpisah untuk mengembara menuntut ilmu. Kalau jumpa pun tidaklah seramai ini. Ia seterusnya akan mengikat hati kita semua dengan satu ikatan silaturrahim yang kukuh. Insyallah..
Bila dah berjumpa, teringat kembali memori kita bersama. Di bumi Idrisiah inilah kita semua di tarbiyyah dan di bentuk untuk menjadi insan yang berguna. Bermula daripada orientasi selama 40 hari sehinggalah majlis perpisahan kita selepas SPM. Semunya sangat bermakna bagi diriku. Ada pahit, manis, suka, duka, tawa dan sebagainya. 5 tahun kita menjalin persahabatan, bermacam perkara telah kita lalui bersama.
Akhirnya, ingin kukatakan indah sekali pertemuan kita itu. Masing-masing bertanya khabar dan bersenda gurau. Tidak kering gusi ini dari mula berjumpa hinggalah ke akhir perjumpaan kita itu. Inilah yang uniknya dengan batch kita. Ada sahaja benda yang mencuit hati. Rasa bahagia sangat apabila bersama. Tiada sengketa, lara mahupun duka. Kalian memang best! Harapanku semoga kita semua dapat berjumpa lagi di lain masa. Good luck to all of you and all the best!
0 ulasan:
Post a Comment