Cuti-cuti Malaysia ni, agak rajin juga aku membeli majalah sekadar untuk menambah ilmu dan mengetahui isu semasa. Malu juga apabila ingin berbicara dengan sahabat-sahabat tetapi tidak tahu apa yang telah berlaku disekeliling kita. Tidak seronok juga kalau sekadar bersembang kosong dengan kawan-kawan. Hendak juga ada fakta dan hujah. Baru ada ummphh!
Berdasarkan pembacaanku, antara yang menarik bagiku dan juga mungkin bolehku berkongsi bersama dengan pembaca sekalian adalah tentang hari Akhirat. Yakni hari terakhir bumi wujud di alam ini. Hari dimana seorang emak sudah tidak kenal anak yang disusuinya, hari dimana seorang kaya sudah lupa harta kemewahannya, dan juga hari seorang perempuan yang mengandung, boleh gugur kandungannya. Ia adalah hari dimana manusia kehilangan akalnya untuk berfikir lantaran mahu menyelamatkan diri masing-masing.
Kali ini sengajaku membawa pembaca sekalian dengan tajuk ini. Hal ini kerana secara suka atau tidak, kita semakin menghampiri Hari Qiamat. Banyak tanda-tanda samada sedar atau tidak telah terjadi di sekeliling kita. Jadi sebelum pintu taubat tertutup rapat, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri kita sepanjang diberi nikmat hidup oleh Allah SWT, adakah amalan kita sudah cukup untuk dibawa ke hari Akhirat kelak?
Beriman kepada Hari Akhirat (hari qiamat) adalah rukun Iman yang kedua. Ia bererti Qiamat itu pasti terjadi. Bila masanya ia akan berlaku dan terjadi, kita dan Rasulullah tidak tahu melainkan Pencipta kita semua yakni Allah SWT.
Firman Allah didalam surah Al-A’raf ayat 187:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari qiamat : “bilakah masa datangnya?’ katakanlah : “ Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapapun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.”Allah SWT Maha Adil. Walaupun dia tidak memberi tarikh keramat itu bila akan terjadi, tetapi dia memberi tanda-tanda bila akan terjadi hari tersebut. Antaranya kemunculan Dajjal dimuka bumi ini, kemunculan pemimpin Umat Islam Imam Mahdi, pecahnya benteng Yakjuj dan Makjuj, ramainya kaum hawa berbanding kaum Adam sehingga di nisbahkan 1 kepada 50 orang, dan terbitnya matahari dari barat ke timur serta lain-lain lagi.
Apabila telah muncul salah satu tanda-tanda ini, maka pada saat dan ketika itu, pintu taubat kita telah di tutup. Ruang kemaafan yang telah di buka selus-luasnya oleh Allah SWT sebelum ini telah di tutup serapat-rapatnya. Jadi marila kita sama-sama berdoa selalu moga-moga sebelum saat tersebut sampai kita semua sempat menyucikan diri kita dari segala dosa kepada Allah SWT dan makhluk ciptaannya. Amin..
0 ulasan:
Post a Comment