Aug 25, 2011

Pesananku, Teruskan Bergaduh..!!


Awas!! Jangan salah faham. Ini pesanan ikhlas daripadaku kepada para peniaga sahaja. Teruskan bersaing antara satu sama lain. Jangan terus mengalah. Teruskan bergaduh dan bertengkar antara satu sama lain.

Kerana apa? Kerana kami sebagai pengguna akan mendapat yang terbaik daripada pergaduhan tersebut. Kami akan mendapat hasil perahan idea yang terbaik daripada kalian untuk memudahkan perjalanan hidup kami.

Kami dapat membeli barang-barang yang berkualiti dengan harga lebih murah. Kami mempunyai banyak pilihan untuk kegunaan seharian kami. Kami juga tidak akan teragak-agak untuk menukar pilihan sekiranya sudah bosan dengan produk sedia ada.

Aug 24, 2011

Tahniah Rakyat Libya! Syabas Kalian…


Regim Gadaffi selama lebih 40 tahun memerintah Libya akhirnya tumbang jua. Tambah menarik ianya tumbang di tangan rakyat yang tanpa mengenal erti penat lelah selama hampir 6 bulan berjuang menuntut kebebasan.

Akhirnya, pada 10 malam terakhir Ramadhan ini, mereka berjaya juga memperoleh kebebasan yang mereka inginkan. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada rakyat Libya yang tanpa mengenal erti lelah berjuang menuntut kebebasan untuk mereka.

Setelah dua regim negara Arab sebelum ini tumbang, akhirnya satu lagi regim tumbang di tangan rakyat. Inilah yang dikatakan kuasa rakyat. Pemimpin yang menyalah guna kuasa rakyat akhirnya akan tumbang di tangan rakyat.

Pengajaran ini seharusnya diambil oleh kita semua. Baik pemimpin politik mahupun pemimpin suatu perniagaan. Pemimpin harus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Semoga kisah Libya ini menjadi satu pengajaran berguna buat kita semua.

Aug 23, 2011

Politik Jepun Politik Alaf Baru


Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengumumkan bahawa jemaah menteri negara itu akan meletakkan jawatan pada 30 Ogos ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Ekonomi Jepun Kaoru Yosano pada para pemberita.

Komen perdana menteri yang tidak popular itu mengesahkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan dalam beberapa hari lagi. Ianya sekaligus membuka laluan kepada pemilihan perdana menteri yang keenam sejak Junichiro Koizumi mengakhiri satu penggal lima tahun khidmatnya pada 2006, yang jarang disaksikan di negara itu.

Parti Demokratik yang memerintah Jepun dijadual memilih pemimpin baru pada 29 Ogos dan membentuk Kabinet seterusnya. Untuk rekod, Kan adalah Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun.

Arsenal Menuju Kehancuran?


Sebagai salah seorang peminat setia bola sepak, kita semestinya mengetahui kelab ini. Kelab Arsenal FC atau nama gelarannya, ‘The Gunners’. Sebuah kelab England yang berpangkalan di utara London.

Arsenal bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan merupakan antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Untuk rekod, Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Sejarah Arsenal

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886. Pada tahun 1913, mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006.

Aug 17, 2011

Ayuh! Ramadhan Semakin Berlalu


Sebaik sahaja tiba bulan Ramadhan, rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan yang sungguh mulia ini. Kini sudah hampir separuh bulan telah berlalu. Masa yang ada amat suntuk dan terhad terutama bagi orang yang memahami kelebihan bulan ini.

Ramadhan menurut para ulama’ adalah bulan penyucian diri. 11 bulan sebelum ini yang penuh dengan kekotoran akan di bersihkan pada bulan ini. Kalau mudahnya ibarat kereta yang perlu diservis bagi menambah baik keadaan kereta untuk kegunaan pada masa akan datang.

Apa yang ingin dikongsikan saya di dalam artikel ini adalah bagaimana keunikan Islam itu dalam menjaga umatnya. Islam itu sendiri adalah agama yang perlu kefahaman dalam memahami agamanya. Ia bukan sekadar satu taklid yang di ambil daripada generasi terdahulu.

Aug 15, 2011

Ingin Menjadi Kaya? Bacalah kisah ini...


Pastinya impian kita semua mahu mengecapi kesenangan di dalam hidup. Ingin merasa hidup mewah dan selesa. Sekurang-kurangnya ingin mempunyai sebuah kereta sendiri dan rumah sendiri. Pastinya ini menjadi impian setiap daripada kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang murabbi. Dalam sebuah tazkirah, beliau telah menceritakan sebuah kisah yang pastinya sangat membuka fikiran kita semua.

Murobbi ini menceritakan pada masa kecilnya dahulu, dia tinggal bersama neneknya. Suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan di sebuah pasar, beliau melihat satu alat permainan yang sangat menarik. Beliau berasa sangat teruja untuk membeli permainan tersebut.

Aug 5, 2011

Oh Tuhan, Bantulah Aku! Aku ingin berubah!


Persoalan asas ini adalah antara perkara yang sering aku fikirkan sekarang. Ya, siapakah aku setahun akan datang? Siapakah aku 2 tahun akan datang? Adakah aku masih orang yang sama? Masih mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan ku yang serba lalai ini?

Oh, pastinya kalian tertanya-tanya, kenapakah aku berfikir sedemikian? Ini kerana aku tidak mahu diri ku yang serba bermasalah ini akan menjadi orang yang masih sama bermasalah pada setahun akan datang.

Aku mahu mengubah kehidupan agar aku menjadi lebih bermakna untuk hidupku ini pada masa akan datang!
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan