Apr 17, 2010

Televisyen 'Virus' masa kini


Televisyen (TV) adalah satu benda wajib yang perlu ada pada setiap rumah. Tidak sah jika rumah itu tidak mempunyai TV dirumah mereka. Baik jenis murah sehinggalah yang paling mahal. Ianya seakan satu keperluan yang tidak dapat dinafikan.

TV menghidangkan pelbagai rancangan kepada penontonnya. Tidak mengenal golongan usia, jenis pekerjaan mahupun pelajaran . Semuanya pasti akan menjadikan TV sebagai wadah utama mereka. Baik bagi mengisi masa lapang, mendapat informasi mahupun melihat personaliti kegemaran mereka.

Namun, jika tidak dikawal dan dipantau, ia akan menjadi virus yang merosakkan manusia itu sendiri. Masa terluang akan digunakan hanya untuk menonton TV sahaja. Akhirnya ‘Virus TV’ mula merebak seterusnya menyebabkan manusia leka dan hanyut dalam dunia fantasi TV.

Kajian daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati antara golongan yang sering menghabiskan masa menonton TV adalah golongan kanak-kanak.


Menurut kajian pada 2005 membabitkan penggunaan peralatan berskrin termasuk televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati aktiviti masa lapang golongan muda ialah 87 peratus melayari internet, 73 peratus menonton televisyen, 42 peratus bermain permainan video dan 36 peratus menulis blog.

Menurut Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) Fomca, Datuk Paul Selva Raj, hasil kajian mendapati, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari menonton televisyen. Ianya sekali gus boleh membawa kepada gaya hidup tidak sihat.

Tambahan pula golongan kanak-kanak ini tidak mampu berfikir secara rasional. Mereka hanya mahu melihat rancangan yang dirasakan sesuai dengan mereka sahaja. Golongan ini juga mudah terpengaruh dengan iklan yang disiarkan.

Kesan negatif rentetan daripada masalah ini akan membawa kepada peningkatan masalah kegemukan, berat berlebihan serta diabetes yang membahayakan kesihatan jika tiada perancangan melakukan aktiviti lain bagi menggantikan masa menonton televisyen.

Hal ini kerana kanak-kanak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti di rumah sahaja. Mereka tidak lagi mahu membuat aktiviti luar seperti bersenam, berkelah dan bersama-sama rakan-rakan. Mereka lebih suka menghadap TV yang sememangnya merosakkan mereka dalam senyap.

Seharusnya perkara ini dibendung sebelum menular dengan lebih teruk. Golongan kanak-kanak ini perlu dijaga dan dibendung dari menjadi semakin bermasalah. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Akhirnya, jika ‘virus TV’ ini tidak dibendung dengan baik, percayalah suatu masa nanti ia akan memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak itu sendiri. Marilah kita sama-sama membendung masalah ini dari berlarutan.

Moga dengan usaha kita yang kecil itu akan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan kita.seterusnya menyelamatkan generasi cilik kita ini.

1 ulasan:

hans said...

aku skrg tv tu biasa2 jer
tenet lebih virus

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan