Alhamdulillah!! Itulah kata-kata yang mampu saya luahkan pada tarikh 26 Disember ini. Rasa bersyukur sangat kerana masih diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT yang telah mengurniakan saya kehidupan sehingga kehari ini. Sungguh tidak terbalas. Hanya mampu memanjat setinggi-tinggi kesyukuran tanda kedaifan diri ini.
Syukur Ya Allah..kau masih memberi hambamu ini nyawa dan peluang untuk terus hidup di muka bumimu ini. Sungguh kuakui aku masih banyak kekurangan dan kelemahan, namun aku sentiasa berharap apa yang kulakukan selama ini adalah untuk agama dan untuk keredhaanMu Ya Allah. Tanpa keredhaanMu, siapalah diriku ini. Hanya insan lemah bergelar manusia.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tercinta yang telah melahirkan saya kedunia ini. Tanpa mereka tidak mungkin saya lahir kedunia ini. Jasa dan pengorbanan mereka membesarkan saya sangat mulia.
Ayah dan Ibu, mal sayang kalian berdua. Terima kasih kerana menjaga mal dengan baik selama ini. Jasa kalian berdua sungguh tidak dapat dibalas dengan segala harta yang ada didunia ini. Doala kejayaan anakmu ini. Amiinn…
Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya dididik oleh mereka agar menjadi lebih bertanggungjawab. Ia kerana saya menjadi penentu hala tuju adik-adik seterusnya keluarga saya sendiri. Jika saya berjaya, insyallah adik-adik yang lain juga akan menyusul dengan kejayaan masing-masing. Alhamdulillah setakat ini saya masih mampu menjalankan tangungjawab saya dengan baik hasil didikan dan nasihat dari kedua orang tua saya.
Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi mengucapkan selamat hari jadi. Walaupun sekadar ucapan, namun bagi saya, ia satu penghargaan yang sangat mulia. Ia sebagai tanda diri ini dihargai meskipun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Semoga kalian semua diredhai dan diberkati Allah sentiasa. Amiinn..
Akhir kata, sempena umur saya yang ke20 ini, saya Muhammad Akmal Bin Razali ingin memohon jutaan ampun dan maaf andaikata pernah mengasari sesiapa. Doa saya semoga kalian semua diberkati oleh Allah sentiasa. Jaga Iman, jaga Islam, insyallah Allah SWT akan sentiasa menjaga kita.
8 ulasan:
Selamat ulang tahun kelahiran semoga panjang umur murah rezeki dan beroleh
keberkatan dalam hidup...
selamat hari jadi bro...
Selamat Hari Jadi....semoga segala impian anda tercapai..
selamat hari lahir
**semoga panjang umur n murah rezeki..
**nampak sedap la kek 2.. nak..he
selamat hari lahir
**semoga panjang umur n murah rezeki..
**nampak sedap la kek 2.. nak..he
Salam ziarah. Jzkallah khair.
rasanye munkin da lewat ana nak?? hehe pape pun slmt tahun bru. smoga istiqomah. teruskn berblog smpikn wlaupun sepotong ayat 'bermenfaat utk kite kOngsi b'sama"
Salam ziarah. Jzkallah khair.
rasanye munkin da lewat nak?? hehe pape pun slmt tahun bru. smoga istiqomah. teruskn berblog smpikn wlaupun sepotong ayat 'bermenfaat utk kite kOngsi b'sama"
akhi, mujahadah lah. jangan kerana maksiat kita Allah tangguhkan kemenangan. Nauzubillah.
Post a Comment