Dec 19, 2009

Kemenangan Luas Maknanya


Kemenangan merupakan anugerah yang sangat berharga. Ia merupakan satu impian dan harapan yang wujud pada setiap panglima perang yang sedang berperang dalam peperangan, setiap parti politik yang bertanding dalam pilihanraya, setiap ahli tinju yang sedang bertarung dalam gelanggang dan setiap pelumba yang sedang berlumba di litar.

Kemenangan menjadi matlamat akhir dan dijadikan indikator bagi menilai prestasi diri masing-masing. Menurut Sun Tzu, dalam bukunya ‘The Art of War’ menyatakan kemenangan dalam peperangan yang mutlak adalah kemenangan tanpa pertempuran. Manakala William Hazlitt dalam bukunya, ‘On Great and Little Things’ menyatakan kalau anda fikir anda menang, anda akan menang.

Apa yang pasti, tiada siapa yang ingin mengalami kekalahan. Hal ini kerana kekalahan merupakan satu aib dan memalukan. Selain itu, ia akan menyebabkan motivasi diri dan moral kita akan berada pada tahap yang bawah selain menambah tekanan pada diri.

Namun, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah sebenarnya makna kemenangan. Adakah apabila kita berjaya mendapat emas dalam sesuatu pertandingan bermakna kita telah menang? Satu analogi mudah, satu pasukan bola tampar yang menang emas dalam satu pertandingan, mampukah sesiapa antara kita memberi jaminan bahawa ia akan berjaya memenangi emas itu semula apabila pertandingan itu di adakan semula?

Jika kita fikir balik, kemenangan itu sangat luas maknanya. Ada pasukan yang meletakkan gansa sebagai sasaran utama mereka berdasarkan kapasiti yang mereka ada, dan mereka Berjaya menepati sasaran mereka, ia merupakan kejayaan kepada pasukan itu meskipun mereka tidak mendapat emas dalam pertandingan tersebut.

Donald Trump berkata, apa yang membezakan antara si menang dan si kalah ialah bagaimana mereka bertindak terhadap kemenangan atau kekalahan mereka. Kata-kata ini tepat kerana kemenangan dan kekalahan adalah adat pertandingan.

Apa yang penting ialah bagaimana yang kalah itu mendapat kemenangan pada masa akan datang dan bagaimana yang menang akan mempertahankan kemenangan mereka itu. Usaha dan latihan akan dilakukan dilakukan bagi mencapai kemenangan pasukan masing-masing.
Tanpa persiapan yang rapi dan mantap, mustahil bagi mana-mana pasukan memenangi pertandingan yang disertai.

Sebagai kesimpulan, saya berasa erti kemenangan sesorang itu adalah bergantung kepada apa yang dihajati oleh seseorang itu. Jika dia berasa kekalahan itu adalah kemenangan baginya, maka ia adalah kemenangan sebenar. Yang penting ialah kepada diri seseorang itu.

Cuma yang menjadi masalah ialah persepsi orang-orang sekeliling. Orang-orang yag hanya melihat kemenangan yang sebenar adalah tempat pertama, majoriti lebih tinggi ataupun mendapat emas. Walhal benda atau perkara itu hanyalah sebagai penghargaan semata-mata.
Bukan satu indikator yang tepat dan sebenar dalam menentukan kemenangan.

Akhir kata, kemenangan yang sebenar adalah apabila kita Berjaya mencapai sasaran kita. Janganlah terlalu mengikut pandangan orang sekeliling yang tidak memahami bahkan tidak pernah mahu memahami kita. Kemenangan yang sejati adalah kemenangan yang hakiki.

Kemenangan yang mana ia mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada diri orang-orang sekitar kita. Selain itu, kemenangan yang diperolehi mampu membawa keadilan kepada semua orang dan menaikkan martabat sesuatu masyarakat.

2 ulasan:

eeeda said...

Sesuatu tindakan dianggap bermoral jika memberi kebaikan kepada ramai orang.

Mohamad Khairul Dhamiri said...

segala bentuk menegakkan keadilan islam walaupun zahirnya kalah ia tetap menang apatah lagi menang zahirnyakejatuhan abbasiyah

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan