Luqman al-Hakim merupakan seorang tokoh ilmuwan islam yang sangat masyhur. Bukti paling nyata yang boleh kita lihat ialah kisah beliau telah tercatat dalam al-Quran. Hatta nama surah pun bernama Luqman. Begitu tinggi Allah mengangkat martabat seorang hambaNya yang bernama Luqman al-Hakim ini.
Sebahagian para ahli bijak pandai berpendapat bahawa Luqman al Hakim merupakan seorang arif budiman, bukan seorang seorang nabi. Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar pula menulis bahawa Luqman dan Maryam bukan seorang nabi. Sebenarnya kedua-duanya tergolong sebagai siddiqin.
Diriwayatkan Jibrail A.S ketika menyuruh Luqman al-Hakim memilih antara kenabian dan hikmah, maka Luqman al-Hakim memilih hikmah. Kemudian Jibrail mengusap dada Luqman al-Hakim dengan sayapnya, lalu Luqman berbicara dengan untaian mutiara hikmah.
Pesanan dan nasihat Luqman sangat berharga. Ianya mengandungi hikmah yang mendalam untuk setiap orang bagi mengambil iktibar daripadanya bagi menjalani kehidupan seharian. Pesanan Luqman yang disebut secara jelas dalam al-Quran merupakan perkara asas yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan.
Ada suatu riwayat mengatakan bahawa Luqman telah berjumpa dengan seseorang. Ketika beliau mengucapkan kata-kata hikmah, lantas orang itu bertanya, “Bukankah engkau ini seorang pengembala kambing?” Beliau lantas menjawab, “Benar saya seorang pengembala kambing,”
Lantas orang tersebut bertanya kepada Luqman apa yang menyebabkan Luqman mampu bertutur kata-kata yang menakjubkan itu. Luqman kemudian menjawab,
I. Berkata perkara yang benar
II. Menunaikan amanah yang telah diberikan
III. Meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat
IV. Setia pada janji
Kisah Luqman ini sangat memberi kesan kepada diri saya. Saya berasa sangat kagum dengan kehebatan dan kemahiran Luqman dalam memberi nasihat. Ianya penuh hikmah dan makna yang mendalam buat diri seseorang insan.
Pernah dalam satu perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka.
Katanya, “Sesungguhnya tiada seorang pun yang terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu,”
Kemudian Luqman Hakim berpesan lagi kepada anaknya, “Tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah diperdaya) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadian), dan lebih celaka lagi daripada ketiga-tiga perkara tadi itu ialah apabila orang suka merendah-rendah dan meringan-ringankannya,”
Begitulah sedikit sebanyak mengenai Luqman hakim. Setiap nasihat dan kata-katanya sangat bernilai dan perlu diikuti. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun kata-katanya terakam dalam al-Quran. Ia seharusnya dijadikan pengajaran dan pedoman buat diri kita semua.
Akhirnya, kita sebagai insan yang lemah perlu sentiasa mendengar nasihat daripada insan lain. Janganlah pandang siapa yang berkata, namun pandanglah apa saja yang dituturkannya. Mana tahu ianya merupakan peringatan Allah SWT kepada kita. Dan ianya ingin disampaikan kepada kita melalui percakapan orang lain.
Amaran yang baca !!!
11 years ago
3 ulasan:
Berprangsaka baik lah pada seseorang. Walaupun dia bukan kalangan cerdik pandai. Ingat2 mengingat tidak kira tua atau muda....
aku suka topik ni...
aku suka topik ni...
Post a Comment