Mar 16, 2011

Gejala Sodami Di Malaysia Semakin Melampau!


Suatu malam yang senyap sepi, di balik bukit sebuah taman reaksi di Cheras kelihatan sekelompok manusia yang sedang bersuka ria. Ada yang menari, ada yang terhuyung hayang dan ada juga yang berpelukan.

Apa yang menghairankan, ianya hanya terdiri daripada kalangan lelaki sahaja. Tidak kelihatan kaum hawa disitu. Perbuatan mereka itu sangat menjelekkan.

Di satu tempat pula, terdapat seorang lelaki yang sedang duduk-duduk di kerusi yang disediakan. Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah menghampiri lelaki tersebut.

Kelihatan seorang lelaki bermisai bertubuh sederhana keluar lalu berjumpa dengan lelaki yang sedang duduk itu. Setelah berbual seketika, lelaki yang duduk tadi mengekori lelaki bermisai itu ke kereta dan kemudian beredar.

Setelah beberapa jam, kereta mewah itu kembali ke taman itu dan menurunkan lelaki tersebut. Kemudian lelaki bermisai itu menghulurkan beberapa not duit. Sebelum berpisah kelihatan lelaki bermisai itu mencium lelaki tersebut.


Ya! Budaya ini sudah semakin menjadi-jadi di Malaysia ini. Budaya homoseksual atau sodomi ini semakin menjadi-jadi tanpa ada siapa yang mampu melarang.

Apa yang menyedihkan, undang-undang yang ada di Malaysia sekarang tidak mampu melakukan apa-apa terhadap mereka ini. Pihak berkuasa hanya mampu memantau mereka dari jauh.

Kalau ada undang-undang pun, ia sekadar hukuman ringan yang tidak memberi apa-apa kesan kepada pengamal homoseksual ini.

Perkara ini seharusnya dipantau dengan segera. Hukuman yang lebih serius harus di gubal dan dilaksanakan dengan segera! Jangan biarkan perkara HARAM ini terus berlangsung di Malaysia ini.

Hal ini pernah berlaku pada kaum Nabi Lut. Kaum Nabi Lut yang terkenal dengan kegagahan dan ketangkasan akhirnya dihancurkan oleh Allah dek kerana nafsu songsang mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat ke-28 yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji dan belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu,”

Akhirnya Kaum nabi Lut diterbalikkan dari bumi ini. Lalu terbentuklah laut Merah atau laut mati yang boleh disaksikan sehingga ke hari ini.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syu’araa ayat ke 165 – 166 pula yang bermaksud ; “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan tuhan bagimu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas,”

Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan setiap makhluknya berpasangan. Ada jantan ada betinanya, ada kanan ada kirinya dan ada lelaki ada perempuannya. Semua ini kerana Allah maha mengetahui lagi bijaksana.

Akhirnya, penulis berpandangan isu ini harus diambil langkah penyelesaian dengan kadar yang segera. Jalan penyelesaian harus diambil dengan cepat bagi membendung daripada ia berlarutan.

Malaysia sebagai sebuah Negara Islam seharusnya menjadi contoh terbaik kepada Negara-negara lain. Amat malu jika perkara ini diketahui oleh negara lain khususnya Negara Islam yang lain.

2 ulasan:

PeNgEmiS dUniA said...

malaysia atas nama je negara Islam , hakikatnya pelaksaan tiada

farishahusna said...

kalau undg2 xboleh halang..
mdh2an ade manusia yg berhati wajar..berhati islam selamatkan kaum Adam yang jauh tersesat itu..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan