Mar 12, 2011

Tsunami Jepun; Lemahnya Akal Manusia


Gempa bumi kini melanda kembali. Hari jumaat lalu menjadi saksi kejadian tersebut. Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun itu berukuran 8.9 pada skala Richter melanda Jepun.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang (waktu Jepun) dikatakan yang terburuk di negara itu sejak 1800-an. Gempa yang melanda timur laut Jepun itu mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Ada laporan lain yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi itu juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, mereka menganggarkan sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Selepas hari kedua tragedi, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara dari pelbagai negara termasuk Malaysia.


Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa itu.

Di samping itu, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini.

Susulan itu, beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghantar pasukan SMART termasuk enam anjing bagi membantu mengesan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun hari ini.

Ia bagi mengambarkan simpati Malaysia terhadap negara Matahari Terbit tersebut selain memberi bantuan kemanusiaan kepada Jepun.


Apa yang perlu kita fikirkan bersama adalah kejadian ini adalah diluar pengetahuan manusia. Meskipun Jepun mempunyai pelbagai kemajuan teknologi, namun mereka masih tidak mampu mengesan kehadiran bencana tersebut.

Betapa lemahnya manusia ini jika hendak dibandingkan dengan kehebatan Allah. Tidak sampai beberapa tahun kejadian tsunami di Asia Tenggara berlaku, kini ia berlaku di Jepun pula.

Tanpa amaran, tanpa petanda, ia berlaku juga. Dengan tanpa belas kasihan, ia menerjang negara Jepun yang sememangnya terkenal dengan kemajuan teknologinya.

Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran penting buat kita semua. Betapa lemahnya manusia ini jika hendak dibandingkan dengan kehebatan Allah SWT.

1 ulasan:

dya adriza said...

sangat setuju.. tsunami melanda secara tiba2. mmg kuasa Allah..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan