May 3, 2011

Kematian Osama Menggembirakan Amerika


Osama bin Laden, suatu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Amerika. Bila disebut sahaja Bin Laden, pasti mereka akan merasa benci dengan nama tersebut. Ada yang akan mencaci dan tidak kurang ada juga yang akan berharap nama Bin Laden ini akan dihapuskan dengan segera.

Akhirnya, pada hari Isnin (2.5.2011) lalu, pihak Amerika telah mengumumkan bahawa musuh no.1 mereka ini sudah berjaya di hapuskan daripada mata dunia ini.

Presiden mereka, Barack Hussein Obama dengan bangganya mengumumkan, Osama bin Laden ini telah terbunuh di Pakistan atas arahan beliau sendiri setelah mendapat maklumat risikan Amerika.

Ternyata kematian insan beragama Islam ini telah menggembirakan musuh-musuhnya terutamanya yang bermusuhan dengan Islam. Bagi mereka, Bin Laden ini memang layak di bunuh dek kerana peristiwa 11 September.

Lihat sajalah bagaimana rakyat Amerika berpesta meraikan kematian tersebut. Mereka berarak di hadapan Banggunan Putih sambil mengibarkan bendera Amerika.

Banggunan-banggunan di seluruh Amerika pula memasang bendera Amerika di hadapan banggunan tanda meraikan kematian insan beragama Islam itu. Begitulah kemeriahan mereka menyambut berita kematian tersebut.

Di Malaysia pula tidak kurang kisahnya. Kita dapat melihat bagaimana setiap pemimpin di negara kita mempunyai pandangan berbeza mengenai kematian Osama bin Laden ini.

Antaranya, kita dapat melihat secara jelas bagaimana seorang pemimpin yang rapat dengan pihak Amerika senada dengan pemimpin Amerika mengenai kematian Osama ini.

Walhal dia juga mempunyai agama yang sama dengan Osama tersebut. Menyakini bahawa Allah itu tuhan yang menciptakan kita semua. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?

Atas nama keamanan sejagat, beliau mengatakan kematian Osama ini telah menyelamatkan dunia daripada keganasan. Persoalan di sini, adakah Osama memang merbahaya dan Amerika itu baik?


Jika ditanya kepada rakyat di Afganistan dan Iraq, pastinya mereka mempunyai jawapan yang tersendiri. Mereka telah menjadi saksi keganasan pihak yang menggelarkan diri mereka itu sebagai Polis Dunia.

Jadi, jika rakyat Amerika telah terbela, adakah nasib rakyat di Iraq dan Afganistan telah terbela? Bahkan mereka telah dibantai dengan rakus tanpa ada sebarang pengadilan ke atas nasib mereka.


Apa yang berlaku kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap apa yang menimpa ke atas mereka? Ternyata pihak tersebut telah berehat-rehat dan bersenang-senang di rumah. Tiada satu mahkamah di dunia ini yang akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah Osama bin Laden. Kematian beliau sememangnya menggembirkan Amerika dan sekutunya. Namun bagaimanakah dengan kekejaman yang telah berlaku di Afganistan dan Iraq dahulu?

Adakah keadilan mereka akan dituntut? Adakah nasib mereka akan terbela selepas ini? Jawapannya seperti yang telah anda semua ketahui

5 ulasan:

Anonymous said...

cop..btul ke osama dh mnggal???ke bnd ni propaganda je..erkk

Akmal Fadhil said...

"benarkah Osama itu baik"

ini juga boleh dijadikan persoalan. saya tidak mengenali Osama dan x mampu pastikan dia seorang Muslim atau bukan.

saya juga tidak arif tentang jasa beliau kepada masyarakat dunia (Islam khasnya).

maka saya tidak menangisi mahupun meraikan kematian insan yang bernama Osama bin Laden.

imandarimi. said...

Ana nk copy ni ye..Boleh?=)

akmal razali said...

ok,diizinkan

umarmarwan said...

U.S.A. penuh agenda,,,

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan