Dec 28, 2009

Fanemona Artis Kini Membimbangkan..


Artis Malaysia kini tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara faktor utama ianya disebabkan kebanjiran pelbagai program realiti televisyen saban tahun. Ianya seakan tidak akan berakhir malahan bertambah banyak. Tidak cukup dengan golongan remaja dan dewasa menjadi sasaran, anak-anak kecil juga tidak terlepas dari fenomena ini.

Ibu-bapa pula seakan memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak mereka dalam menyertai program-program sebegini. Tidak kurang juga ada yang telah melatih anak-anak dari kecil lagi. Anak-anak dihantar kekelas dan latihan suara. Alasan mereka bagi mengembangkan bakat-bakat anak-anak mereka.


Program-program realiti yang melahirkan artis pula dipelbagaikan. Ada yang berbentuk mentor, berbentuk orentasikan duit, berbentuk akademi dan berbentuk kalah mati. Apa yang pasti, cara menentukan pemenang adalah sama yakni melalui undian. Juri hanyalah memberi kritikan dan separuh markah.

Bila difikir kembali, rasa geli hati pula. Bayangkan peserta yang kaya, senang-senang boleh meneruskan pertandingan kerana kemampuan duit yang dimilikinya berbanding peserta yang kurang kemampuan. Hanya mempertaruhkan bakat yang mereka ada. Manakala juri yang dipilih hanya sekadar memberi kritikan dan pandangan. Seolah-olah pengundi lebih ahli dalam memilih pemenang.

Penulis berpendapat, fenomena ini bakal merugikan Negara Malaysia sendiri. Seharusnya sebagai sebuah Negara yang sedang membangun, aspek pendidikan dan pembanggunan modal insan harus diperkasakan dahulu. Anak-anak kecil dan remaja harus di bangunkan akhlak dan minda mereka. Bukan dirosakkan pemikiran mereka.

Hal ini kerana kelompok inilah bakal menjadi peneraju masa hadapan Negara. Bayangkan kanak-kanak kecil-kecil lagi lebih berminat hadir kekelas tarian dan muzik berbanding kesekolah. Lebih malang lagi ibu-bapa pula yang beriya-riya menghantar anak mereka ke tempat-tempat sebegini.

Adakah kita mahu melihat golongan artis melebihi golongan akademik dan profesional? Adakah kita mahu golongan artis yang mengetuai Negara? Adakah kita mahu melihat anak-anak muda kita lebih gemarkan hiburan berbanding hadir ke majlis ilmu? Perkara ini tidak mustahil berlaku melihat kepada suasana Malaysia kini.

Fenomena artis mee segera ini perlu dikawal dan dibendung dengan sebaik mungkin oleh pihak berwajib. Sebelum ianya menjadi lebih parah dan melarut, seharusnya fenomena ini diawasi. Bimbang-bimbang akan menjadi satu barah kepada Negara Malaysia sendiri. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.

Secara peribadi penulis merasakan artis-artis tidak mencerminkan kebaikan. Bahkan mereka menjadi beban kepada masyarakat sendiri. Mereka terlibat dalam parti-parti bebas, jenayah dadah, minuman alkohol, jenayah khalwat dan banyak lagi kes-kes lain. Namun kini ianya dilihat sebagai satu perkara yang biasa.

Penulis berasa sedih kerana kebanyakan kesalahan artis-artis ini dirahsiakan. Kalau ada pun hanyalah sedikit wartawan yang berani menyatakan siapa artis yang bersalah itu. Mereka beralasan mahu menjaga imej dan periuk nasi artis tersebut. Bagi penulis, perkara ini sangat tidak relevan dan menipu masyarakat Malaysia.

Rezeki artis kebanyakkannya datang dari peminat mereka. Duit tiket, belian album dan sebagainya. Tanpa peminat dan masyarakat, sangat mustahil bagi seseorang artis itu hendak kehadapan. Namun demi menjaga imej dan kepentingan mereka, mereka sanggup membelakangi peminat mereka. Mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri.

Akhir kata, sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia, penulis merasakan fenomena artis mee segera perlu segera di kawal. Hal ini kerana kebanjiran artis boleh membawa masalah dan padah kepada masa hadapan Negara Malaysia sendiri. Ingatlah!! Masa depan Negara berada pada bahu para pemuda kita.

4 ulasan:

hanim said...

salam,
nice entry..
tu skrg nie makin byk program camtu .x cukup org dewasa , budak-budak plak jd sasaran.

eeeda said...

Saya setuju dengan pandangan penulis...
Kerana apa yg diutarakan berdasarkan pemerhatian dan sememangnya berlaku dalam masyarakat kita..
Ibu bapa sanggup berhabisan duit utk semua tu..

Anonymous said...

hm..artis menjadi pujaan..ilmuwan diketepikan..tanda2 nak kiamat dah dekatkan..

Ce'gu JAERA said...

setuju dengan pandangan penulis. Lemas la tengok2 artis2 sekarang ni..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan