Dunia tidak pernah statik. Dunia kini amat berbeza dengan zaman atok dan nenek kita. Jika dahulu haiwan merupakan kenderaan utama, namun kini kereta telah menggantikan peranan tersebut. Selain itu, dek kecanggihan yang ada, kita mampu menghasilkan pelbagai lagi jenis kenderaan lain seperti kapal terbang dan kereta api.
Bagaimanakah perkara ini berlaku? Ianya memerlukan suatu proses pemikiran yang kreatif lagi inovatif. Tidak kaku dan tertutup. Perubahan membolehkan kita berkembang. Perubahan yang terhasil membolehkan kita menyelesaikan masalah yang timbul, membuka peluang baru dan bersaing dengan orang lain.
Bagi syarikat-syarikat besar dan ternama seperti NIKE, Apple Computer dan Toys R Us, perubahan dianggap satu gaya kehidupan. Syarikat-syarikat ini menunjukkan kommitmen yang konsisten bagi menghasilkan perubahan demi perubahan kepada syarikat mereka untuk terus maju dan berkembang.
Disini penulis ingin berkongsi beberapa contoh bagi menunjukkan betapa hebatnya akal kita berfikir. Mampu menghasilkan sesuatu perubahan berdasarkan keperluan semasa.
Kisah pertama, Taco Bell adalah rangkaian makanan segera terbesar di Amerika Syarikat.
Hasil kajian menunjukkan golongan wanita yang bekerja merupakan golongan paling sedikit mengunjungi restoran mereka. Golongan ini dikatakan makanan yang disediakan di Taco Bell boleh menyebabkan kegemukan dan terlalu banyak rempah.Mereka akhirnya mengambil inisiatif mencipta salad taco yang mengandungi sedikit tepung tortilla berperisa sederhana sebagai tambahan kepada menu sedia ada.
Hasilnya, penjualan mereka meningkat daripada 20% kepada 70%. Dan ianya datang daripada kaum wanita bekerja. Ia sekaligus menambah keuntungan Taco Bell sebanyak 100Juta pada tahun pertama salad baru itu diperkenalkan.
Seterusnya Air Asia. Sebuah syarikat penerbangan yang sudah tidak asing lagi pada kita hari ini. Air Asia sebagai sebuah syarikat yang menyediakan khidmat penerbangan perlu bersaing dengan MAS, sebuah syarikat penerbangan yang memiliki reputasi baik dan menawarkan pelbagai perkhidmatan di dalam kapal terbang.
Untuk bersaing, Air Asia menggunakan strategi tidak menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman percuma kepada pelanggan bagi mengurangkan kos operasinya. Strategi ini terbukti Berjaya apabila ia Berjaya mengurangkan harga tiketnya jauh murah berbanding MAS.
Sejak strategi itu dilancarkan, perkhidmatan Air Asia mendapat sambutan yang sangat menggalakan. Ia mampu menyelesaikan hutang sebanyak 70 Juta. Selain itu, ia juga mampu menambah bilangan kapal terbangnya sebanyak 3 dalam masa setahun. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sebuah syarikat baru.
Begitulah sedikit sebanyak cara dan strategi yang telah diguna dalam melakukan perubahan. Sangat kreatif dan berani. Ia juga memerlukan perancangan yang rapi dan bijak selain perlu dilakukan kajian dan penelitian yang dalam. Hasilnya, satu perubahan berlaku dan ia setersunya memajukan mereka sendiri.
Seterusnya kita boleh melihat beberapa reka cipta yang kreatif. Ianya terhasil akibat perkembangan semasa yang mendesak manusia berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan masalah dan membuat hidup manusia menjadi lebih selesa.
Telefon bimbit suatu masa dahulu sangat besar lagi berat. Tambahan lagi ia tidak menyediakan banyak fungsi. Cukuplah sekadar boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Namun kini, telefon bimbit sudah maju dan jauh terkehadapan.
Ianya bukan sahaja nipis dan kecil, malahan mempunyai fungsi yang banyak. Hatta cukuplah membawa telefon bimbit ini sahaja kemana-mana dalam mengatur urusan kehidupan kita. Ianya kerana sangat mudah dan senang di gunakan. Mengandungi kamera, video dan mampu melayari internet.
Seterusnya, harga tanah kini semakin tinggi dek kerana kekangan ekonomi selain tanah yang semakin berkurangan. Hasilnya, sebuah banggunan kediaman dan komersial dihasilkan. Banggunan ini dijadikan bertingkat bagi menampung sejumlah besar penduduk.
Selain itu, pelbagai idea lain hadir bagi menambahkan keselesaan para penghuninya. Ia menghasilkan escalator selain lif bagi memudahkan pergerakan para penghuninya. Ia juga di label-labelkan samada yang murah ataupun mahal berdasarkan perkhidmatan yang disediakan.
Kesemua diatas hanyalah sebahagian sahaja daripada idea-idea kreatif yang terhasil. Banyak lagi idea-idea lain yang boleh kita lihat. Namun, jika kita lihat idea diatas, tidak kesemuanya memerlukan kepakaran yang dalam. Idea akan terbit akibat daripada situasi semasa yang menuntut perubahan. Kita harus bijak dalam memahami situasi tersebut.
Menurut Ainon dan Abdullah (2003), banyak idea diilhamkan oleh orang yang bukan bidang kepakarannya. Misalnya, loceng penyelam dicipta oleh pakar astronomi, tayar pneumatik dicipta oleh seorang vaterinar dan jek hidraulik dicipta oleh seorang pembuat almari. Sangat menarik bukan?
Jelas disini bahawa kita tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Hanya perlu berfikir secara kreatif dan bijak. Ia juga menunjukkan idea kreatif ini terhasil daripada pelbagai cara dan keadaan. Apa yang penting kemampuan kita berfikir bagi melakukan perubahan.
Akhirnya, sebagai manusia yang diciptakan Allah dengan akal yang hebat, kita seharusnya menggunakannya semaksimum mungkin. Ianya bukan sahaja bagi kita, tetapi bagi kepentingan umat Islam sendiri. Semoga penulisan ini mampu membuka sedikit pemikiran kita untuk berfikir lebih kreatif dan hebat pada masa akan datang. Insyallah…
1 ulasan:
salam..hebat pengertahuan dan ulasan yang anda kemukakan..berfikir luar dari kotak!!!
salam ziarah dari bumi jordan!
Post a Comment