Debaran kian terasa..bahang kian memuncak...
Masa semakin hampir..detik yang ditunggu sedang menanti..
UM bakal menghadapi satu lagi gelombang yakni pilihanraya kampus sesi 2009/2010. Pemilihan ini dilakukan setiap tahun bagi memilih wakil kepimpinan mahasiswa. Ia berkonsep demokrasi dimana calon dipilih melalui cara buang undi oleh mahasiswa ijazah dasar.
Seperti biasa, kali ini berlaku pertembungan antara Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Kedua-duanya memperjuangkan idealisme masing-masing. Tanpa mahu menyebelahi kepada mana-mana pihak, aku berdoa kalian berjaya dengan perjuangan masing-masing.
Ingatlah!! Kita bertanding bukan mahu mendapat nama, tapi kita bertanding bagi memperjuangkan suara Mahasiswa yang kian lesu ditelan Massa. Jadikan pilihanraya kali ini permulaan kepada kepimpinan kita. Kita bukan bekerja untuk kepentingan kita, tapi demi seluruh Mahasiswa di Universiti Malaya.
UM buat pertama kalinya menggunakan sistem e-Voting bagi menggantikan sistem manual seperti yang digunapakai pada sesi sebelum ini. Sistem ini dikatakan memudahkan proses pengiraan undi calon. Proses manual sebelum ini dikatakan sangat lambat kerana mahu dikira secara manual.
Aku berasa sangat teruja untuk melihat suasana pilihanraya di UM ini. Selama ini ku hanya mendengar dari mulut orang lain. Kali ini aku dapat merasa sendiri suasana itu bagaimana. Pasti sangat menarik dan boleh dijadikan pengalaman berguna padaku.
Pilihanraya kampus bagiku sangat penting kerana ia melibatkan kepimpinan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin tanpa kreadibiliti yang cukup, tidak mampu untuk membawa suara mahasiswa ke tempat ang sepatutnya.
Apapun diharap pilihanraya kali ini bersih dari sebarang anasir buruk. Selain itu, pilihanraya ini dijadikan medan bagi melatih kepimpinan Mahasiswa. Hal ini penting kerana kelak kelompok Mahasiswa ini bakal menerajui kepimpinan di Malaysia menggantikan pemimpin kini.
Akhirnya, semoga kita menyedari betapa pentingnya kita memilih pemimpin yang berintegriti dan bersahsiah baik. Ia bukan sahaja atas dasar simpati mahupun popular, namun atas dasar batang tubuh pemimpin itu sendiri.
0 ulasan:
Post a Comment