Jan 3, 2010

Tulisan Jawi Semakin Terancam!!


Tulisan jawi semakin hilang dikikis zaman. Tidak percaya, pergilah buat bancian pada anak-anak muda sekarang. Pastinya hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui cara untuk membaca tulisan Jawi. Ianya merupakan satu berita sedih buat kita semua.

Bagi sesetengah orang mungkin perkara ini biasa, namun ia sewajarnya diberi perhatian yang khusus seterusnya memertabatkan semula tulisan jawi di mata masyarakat kita. Janganlah dibiarkan perkara ini dari terus berlarutan. Jika dibiarkan berlarutan, pastinya ia akan memberi kesan negetif kepada generasi pelapis.

Menurut Azizi Abdullah (2006), daripada perspektif sejarah, tulisan Jawi adalah berasal daripada tulisan Arab dan orang Melayu meminjamnya untuk mengganti tulisan Hindu yang sekian lama digunakan pada awal kemasukan Islam.

Menurut sejarah pula, tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.


Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.

Contoh kepenggunaannya dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Seterusnya perjanjian antara Sir Stamford Raffles dengan pihak di-Raja Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pengisytiharan Merdeka 1957 antara lain juga tertulis dalam skrip Jawi.

Kehadiran kitab Jawi muktabar seperti Sayr as-Salikin, Sabil al-Muhtadin, Tajul Muluk, Matla' al-Badrain wa Majma' al-Bahrain dan kemunculan ulama legenda seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Samad al-Palembangi serta ramai lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi.

Kenapakah tulisan Jawi ini penting? Hal ini kerana usaha bagi menghidupkan bahasa Melayu berteraskan Jawi perlu dilaksanakan kerana kaitannya dengan bahasa al-Quran (Arab). Selain itu, ia merupakan hasil warisan nenek moyang kita pada masa lampau.


Pejuang tulisan Jawi yang bertanggungjawab memberi nafas baru terhadap tulisan itu ialah ikon umat Melayu iaitu Pendita Za'ba. Beliaulah yang mengumpulkan perkataan Melayu sejak 1918 bagi tujuan menyusun sebuah kamus besar.

Hasilnya pada 1931, Za'ba berjaya menghasilkan buku Rahsia Tulisan Jawi untuk warisan umat Melayu. Kesannya ternyata beliau berjaya meniup semangat tulisan Jawi kepada masyarakat. Akhirnya sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi dapat disusun hasil perbincangan dengan beberapa rakan-rakannya.

Program J-Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah rendah di seluruh negara sejak 2005 adalah berita gembira kepada generasi muda untuk mempertahankan warisan agung itu. Ia juga dilihat sebagai satu tamparan keinsafan kepada generasi lama yang meminggirkan tulisan Jawi sejak sekian lama.

Akhirnya, penulis berasakan tulisan Jawi perlu bangkit dan gemilang seperti dulu. Ia perlu dikembangkan dan diperluaskan kepada masyarakat kini. Ibu bapa perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan tulisan jawi kepada generasi akan datang.

Kita perlu sedar akan kepentingannya kerana tulisan Jawi adalah satu-satu warisan tulisan umat Melayu yang mengangkat wibawa umat di ufuk persada intelektual. Ia juga umpama nyawa serta aset warisan terunggul milik umat Melayu di rantau ini.

*sumber diambil daripada berita Harian bertarih 2hb Jan 2010

4 ulasan:

Nurul Farah Wahidah said...

salam..sy suke bile artikel ni awk msukkn..mmg skrg ni ramai owg xreti bc tulisn jawi apth lg utk menulis jawi..sgt sedih skali krn ia nye b'kaitn ngn p'ktaan bhs mlyu m'gnkn huruf2 arab n d tmbh lam bbrp huruf lg..y sy lihat skrg,ibu bapa sndri x mementgkn pgjrn anak lam m'pljri tulisan jawi apth lg bhs arab..sprti sek rndh,ade sebilngn ibu bapa y x m'hntr anak2nye ke sek ren agm krn mrskn x pntg lam dunia global skrg ni,bgaimn anak2 nk pndai tulis jawi sdgkn ibu bapa sndri x m'glkkn..jika sikap bgini d trskn n lbh ramai y x m'ambil peduli ttg ni,mmg akn hilangla tulisan jawi d klgn generasi akn dtg..

Anonymous said...

Tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan adat orang melayu. Jika betol-betol mahu memperjuangkan bangsa Melayu, marilah kita memertabatkan bahasa kita ini

Ayid said...

Salam sahabat

Persolan skrng siapa yang menghapuskan tulisan jawi. Kini tulisan jawai hany kebanyakan boleh menulis dari golongan pelajar SAR sahaja yang menitik beratkan tulisan tersebut. Sek Menengah biasa kebanyakan buku tek agama dalam tulisan rumi. Ini yang ramai menyebabkan anak muda tidak boleh membaca Alquran. Apabila Alquran dilupakan maka bertambah menjadi gejalan sosial seperti sedia ada sekarang

Anonymous said...

Tulisan jawi bukan tulisan asal orang melayu. Tulisan jawi adalah tulisan yang diambil bulat bulat dari tulisan arab. Tulisan melayu yang sebenar adalah tulisan yang dilupakan. Sayangnya sebenarnya orang Melayu telah kehilangan jati diri sendiri. Nama orang melayu juga dalm bahasa arab, bukan bahasa melayu.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan